Lif Jatuh Dari Tingkat Enam - Kosmo
PETALING JAYA – Sepasang suami isteri dan dua remaja mengalami detik cemas apabila lif yang mereka naiki tiba-tiba terjatuh dari tingkat enam Blok A, Flat Impian Baiduri di sini semalam.Daripada laporan Harian Metro ni pula, salah seorang daripada mangsa patah kaki. Boleh baca lebih lanjut di sana.
So, apa perlu kita buat jika keadaan macam tu berlaku? Aku pun risau juga sebab melihatkan keadaan lif dekat apartment aku yang macam tak maintain elok-elok. Pernah juga beberapa kali lif tu berhenti tak parallel dengan lantai (sama ada lif tu berhenti sedikit atas, atau pun bawah). Bunyi mengarut yang keluar dari lif toksah cerita, memang selalu sangat!
Sebelum itu kita tengok struktur lif secara umum. Biasanya lif akan di support oleh beberapa kabel (mungkin 3, 4 atau lebih). Secara teorinya 1 kabel (bergantung kepada kekuatannya) sudah mampu menarik berat lif. Tetapi sebagai safety lebih banyak kabel digunakan, just in case satu daripadanya putus. Satu lagi safety point ialah amaran lebihan berat. Sebab itu ada lif yang boleh menampung 10 orang, ada yang boleh tampung lebih dari itu. Itu bergantung kepada kabel, struktur lif dan sebagainya.
Sekiranya kabel putus dan menyebabkan lif jatuh menjunam, sistem brek lif akan berfungsi. Brek lif di sini menggunakan kaedah geseran antara clamp (safeties) dengan railing lif (macam gerigi di kiri kanan).
Katakanlah brek geseran itu pun gagal mengurangkan kelajuan lif menjunam, terdapat dua lagi faktor yang boleh mengurangkan hentakan lif. Iaitu udara mampat di bawah ruang lif dan penyerap hentakan di lantai shaft.
Itu dari struktur lif, jadi apa kita perlu buat semasa berlaku situasi itu? The best solution ialah baring di lantai lif. Ini untuk luaskan permukaan supaya kesan impak dapat disebarkan dan mengurangkan kecederaan. Tidak digalakkan berdiri kerana impak akan tertumpu di bahagian kaki.
Itu lah serba sedikit info untuk dikongsi hari ini. Walaupun di seluruh dunia kes kematian yang diakibatkan oleh lif menjunam amat kurang sekali, namun kita perlu berhati-hati dan syarikat yang buat lif tu patut mengadakan inspection lif dengan jujur.
+ + + + + + +
Dalam kes yang berlaku di Flat Impian Baiduri PJ tu, rasanya syarikat lif patut bertanggungjawab. Mustahil ia disebabkan oleh vandalisma. Biasanya budak-budak conteng dalam lif, dan aku rasa itu tak efek kat kabel dan bahagian lain lif. Oh ya, vandalisma dalam lif kena stop juga lah. Mak bapak kena ajar sikit anak mereka guna lif dengan betul.
Lepas tu satu lagi, yang ada otak, sila bezakan lif dengan tandas. Hahaha
Last but not least, cara untuk atasi masalah lif ni ialah dengan membeli/menyewa rumah atas tanah..Senang kan?
Haha, Betul betul..nobody complains!!
p/s : kalau ada info yang salah sila bagitau! tq
7 feedbacks:
wah dah macam engineer lif ni..hehehe
From what i know, the lift is maintained by third party instead of the certified technician from the lift company. The building management was wrong to option for cheaper maintenance by third party. Therefore, people shouldn't blame the lift company if they didn't find out the truth behind the accident.
Tn. Punya,
takda lah, hasil bacaan je..sambil share dengan semua
Drew,
Even if it's maintained by cheap third party company, doesn't mean they can't detect something wrong with the lift?
Maybe the developer should be held responsible! tq for the input btw
Aku pernah mengalami lift yang tersekat2 sebab ramai orang dalam lift tue. Tapi tak dak siapa mau keluar.
Aku tak risau lift tue tersekat2 nak naik sebab ada backup jikalau ada apa2 pekara berlaku macam ko kata.
Kalau dulu2 lift tak canggih sangat, sebab tu ada yang mati apabila kabel lift terputus..
nasib baik kat umah takde lif. tapi lif kat ofis ni pun selalu jugak tersekat2. kalau jadi gitu memang tak naik dah sebab takut
giler horror. mmg xleh buat apa. mmg kene buat maintanance check selalu
Boleh bagi detail tak keadaan baring dimaksudkan yang boleh mengurangkan kecederaan tersebut. Info berguna ni untuk menyelamatkan nyawa.
Avatar Movie 2010
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan