Fun juga kadang-kadang buat research sendiri. So aku cari-cari bahan dan prepare satu lagi entri tentang lif. Ini semua berpunca daripada kejadian yang berlaku di Flat Impian Baiduri. Bagus juga, boleh share info sekurang-kurangnya kita ada idea what to expect incase ia benar-benar berlaku. FYI, ini semua aku tulis berdasarkan maklumat dan tips diperoleh daripada internet. Mungkin kalau ada yang mempunyai pengalaman sendiri, eloklah kongsi bersama.
Berdiri tidak digalakkan lansung. Ini kerana kita mendedahkan kaki tertumpu kepada impak yang besar daripada hentakan. Risiko patah tulang paling tinggi dalam keadaan macam ini. Sekiranya lif penuh, dan terpaksa berdiri maka hendaklah membengkokkan lutut sambil mengjengket kaki sikit. At least impak dapat dikurangkan akibat tindakan refleks membengkok kaki. Alah, macam orang lompat dari atas ke bawah, kan lutut akan bengkok untuk serap hentakan?
Duduk pun tidak berapa baik. Tetapi lebih elok daripada berdiri. Luas permukaan bertambah, impak dapat disebarkan. Lagipun bontot kita seperti padding semula jadi. Dan lebih elok kalau tangan melindungi kepala kalau ada benda jatuh dari atas dan terhantuk ke dinding lif.
Ada pendapat mengatakan lompat sebelum lif cecah lantai dapat menyelamatkan diri. Tetapi sejauh mana kita dapat mengagak dengan tepat masa untuk melompat? Sebaliknya jika salah timing, lebih teruk kecederaan. Bayangkan kita lompat dan landing just before lif tu mengenai dasar lantai, tak ke sama dengan keadaan kita sewaktu berdiri? Jadi not advisable.
Paling ramai bersetuju baring di lif adalah langkah yang selamat. Meluaskan permukaan badan untuk menyebarkan kesan impak hentakan. Paling baik kalau kita ada benda yang boleh digunakan sebagai cushion di bawah badan. Misalnya baju jaket/kot, barang2 lembut (contohnya masa tu baru lepas shopping tisu dapur ke), beg pakaian dan lain2. Semua itu boleh digunakan untuk menyelamatkan diri. Rancangan Discovery Channel Mythbuster juga menyarankan supaya baring untuk selamatkan diri dalam lif yang sedang menjunam. Juga boleh baca di sini
Apa pun ini sekadar perkongsian maklumat berdasarkan bacaan aku. Kemalangan melibatkan lif kurang direkodkan (maknanya jarang berlaku), tetapi tidak mustahil ia boleh berlaku. Dan semalam ia telah pun berlaku di Petaling Jaya. Harap-harap semua syarikat selenggara lif akan lebih bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan berkala terharap lif-lif yang dipasang mereka. Safety First!
May the "Fart" be with you
1 feedbacks:
leh trauma kalau kena kat diri sendiri ni. tu nasib tgkt 6, kalau tinggal berbelas2 tu. naya mati terus
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan