Pertama sekali tahniah kepada Linglung atas komen yang sempoi gila untuk entri Hai Obat..Hai Obat (Hai-O). Tapi sejujurnya semalam aku berada dalam keadaan separa sedar ketika menulis entri tu. Serius der, aku menguap tak hengat tapi aku habiskan jua demi menyiapkan satu entri waktu rehat pagi. Batuk toksah cerita, walaupun aku dah ngap obat batok lepas tu lalok waktu kerja namun proses "pembatukan" tetap berjalan seperti biasa. Kong kong bunyinya..sebab batuk kering.
walaupun batuk, adab sopan perlu dijaga
Dalam keadaan begini memang aku bersetuju dengan apa yang Kak Jie komen. Madu adalah penawar yang baik. Malam tadi aku NGAP satu sudu madu yang dicampur dengan Habbatus Sauda' original dapat dari Mekah. Pagi ni pun aku NGAP satu sudu lagi. Tak makan obat batok. Berangin je tekak. Nice!
Hasilnya, tidak lalok seperti semalam dan kurang sedikit batuk. Still ada, tetapi tekak semakin lega.
Petua; ambil madu guna sudu plastik
Apapun tahniah kepada Josiah Ng sebab berjaya dapat emas pertama Malaysia dalam sukan basikal. Eh tetiba jek.
1 feedbacks:
semangat gak tulis entry tu. dah dah gi rehat
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan