Tuesday, October 12, 2010

Lepas Ini Macam Mana?

Sibuk seharian. Serius. Secara total, masa aku berada di depan PC hari ini lebih kurang 1.5jam sahaja. Tetapi dimana saja aku berada/meeting masa kerja hari ini, semua bualkan topik yang sama.

"Macamana bas tu boleh terbabas, tibai divider, sapu 3 biji kereta dan terbalik hah?", satu persoalan yang diutarakan oleh seorang rakan di ofis.

Entahlah kan?

Cuba pejamkan mata kejap, bayangkan korang sedang memandu kereta dengan kelajuan 100km/h di lebuh raya secara aman...dan tiba-tiba entah dari mana sebuah bas datang meluru dari arah kanan korang. Gelap.

I wonder how the survivors feel. How can they overcome the trauma?


p/s : walaupun tiada kenalan yang menjadi mangsa, sayu aku tengok berita tadi.

2 feedbacks:

Hazzy Ishak said...

dari semalam hazzy bercerita dgn bos, macam mana eksiden macam tu boleh berlaku.

sama2 kita tunggu hasil siasatan.

maslinamansor said...

ngeri bila dengar cerita2 macam nie.
Tetiba teringat cerita final destination 2...

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails