Showing posts with label Delima Ekspress. Show all posts
Showing posts with label Delima Ekspress. Show all posts

Wednesday, October 13, 2010

Kenapa Kau Soal?

Ajal maut di tangan Allah. Kita tidak tahu bila dan dimana. Cuma kalau boleh kita selalu mohon pada-Nya supaya ianya bukan di atas jalan raya. 

Cuma,

Kenapa setiap kali berlaku kematian, keluarga mangsa akan ditanya dengan soalan cliche seperti

"Ada tak arwah tunjukkan tanda-tanda sebelum pemergiannya?"

"Arwah ada buat benda pelik tak kali terakhir berjumpa?"

Come on lah uolls. Please stop asking soalan yang tiada siapa tahu jawapannya. Persoalan macam ini tak membantu lansung. Lagi tertekan adalah. Dah jadi habit wartawan kat Malaysia ni. 


Tuesday, October 12, 2010

Lepas Ini Macam Mana?

Sibuk seharian. Serius. Secara total, masa aku berada di depan PC hari ini lebih kurang 1.5jam sahaja. Tetapi dimana saja aku berada/meeting masa kerja hari ini, semua bualkan topik yang sama.

"Macamana bas tu boleh terbabas, tibai divider, sapu 3 biji kereta dan terbalik hah?", satu persoalan yang diutarakan oleh seorang rakan di ofis.

Entahlah kan?

Cuba pejamkan mata kejap, bayangkan korang sedang memandu kereta dengan kelajuan 100km/h di lebuh raya secara aman...dan tiba-tiba entah dari mana sebuah bas datang meluru dari arah kanan korang. Gelap.

I wonder how the survivors feel. How can they overcome the trauma?


p/s : walaupun tiada kenalan yang menjadi mangsa, sayu aku tengok berita tadi.

Monday, October 11, 2010

10.10.10 Tragedi Bas Delima Ekspress : Twitter Memang Pantas

10-10-10. Atau Ten, ten, ten bak kata Jimmy Ohnishi dalam rancangan "Gaki No Atsukai - Waraenai 24jikan SP". Boleh check kat youtube kalau tak familiar lagi lawak bodoh Jepun tu.

Photobucket
fuh makcik kat tengah tu dapat close-up pic!


Orang ramai menyambut 10-10-10 dengan pelbagai cara; Kahwin, Tunang, Dating, Makan-makan, Photography activity dan etc. Yang berkahwin cukup ramai tapi yang dapat spotlight sudah tentu pelancong angkasa atau "Hero Malaysia" kerana bilangan sponsor yang dia dapat punyalah banyak. Jadi perlu ada play by play commentary dari akad nikah sampailah ke majlis potong kek besar sebesar "roket". Wedding of the year? Pffftttt! Kenapa perlu mention tentang lelaki-lelaki dari kontest lelaki maskulin tu yer?? Haha Weird

Di harap angkasawan kita berbahagia hingga ke anak cucu, dan dalam keseronokan melayari angkasaraya semalam harap-harap tidak menemui bulan mengambang. Hehe. LOLz

+ + + + + + +

Photobucket
Bus Delima Ekspress

Dalam dok bersuka-ria bergossip, ada juga yang berduka. Asalnya aku terbaca satu tweet dari rakan menyatakan kesesakan teruk berlaku di lebuhraya dekat Melaka. Dia mention ada bas terbalik dan mayat bergelimpangan. Nak confirmkan tweet "ngeri" member aku tu lalu membawa kepada bacaan news update di portal-portal berita akhbar utama, termasuk blog bro sham Ondscene tentang tragedi yang sekali lagi melibatkan bas ekspress (Bas Delima Ekspress). Kali ini angka yang lebih besar; 12 Maut di tempat kejadian dan lebih 40 cedera. 10-10-10 akan terpahat lagi dalam sejarah tragedi melibatkan bas ekspress.

photo credit to mStar Online


Tunggu 12 malam - Nightline di TV3 mula menayangkan kek besar roket keadaan di tempat kejadian. Keadaan Bas Ekspress Delima cukup mengerikan. Terbalik, dan menghempap habis sebuah kereta Myvi. Bayangkan betapa laju bas itu sehingga boleh terbabas dan terbalik di lorong bersebelahan. Habis semua disapunya. Even the highway dividers can't stop the bus! 

Photobucket
gambar H.Metro punya ok?
Adoyai, Myvi yang tak bersalah ini jadi mangsa
Please, please lah driver bas ekspress..bawak la slow sikit


Pagi ini di pejabat, seorang rakan ofis turut berada di tempat kejadian lebih kurang pukul 8 malam semalam. Sangkut dalam kesesakan selama lebih 3 jam. Dia cerita nampak darah di jalan, bas dan kereta yang remuk, kaca bertaburan, dan macam-macam lagi. Memang ngeri (tengok di TV pun sudah ngeri, apa lagi kalau betul-betul di sana). Gambar lebih jelas di tempat kejadian boleh lihat di blog bro Sham Ondscene ok?

Apa pun, asalnya aku cuma nak tekankan kuasa internet dan semalam Twitter memang terbaik. Cepat sampaikan info dan kalau tak kerana satu tweet dari member aku tu (yang kebetulan lalu di tempat kejadian), sudah tentu aku tak tahu dan tak mungkin ambil tahu tentang tragedi semalam (maa, ofkos lepas baca paper hari ini mesti tahu juga, tapi terlambat la kan?).

At least that news membuatkan aku berhenti melayan pelbagai tweet tentang kek sebesar roket di kayangan itu. heeee

Photobucket
Boley jer, no SPAMs oktqvm?

p/s : sekali lagi ucapan takziah kepada keluarga mangsa-mangsa kemalangan. rasanya list nama sudah ada. warga asing pun terbabit sekali..mungkin yang naik van tu kut

Related Posts with Thumbnails