Thursday, October 27, 2011

TIPS - How To Save Your Ass from MLM Scam

Salam 1Manchester. nak 6Manchester pun boleh.

Tips untuk mengelak ditipu agen MLM? mudah saja.

Bahan-bahan yang diperlukan :
1. Keyakinan diri
2. Kesabaran
3. Pendirian yang teguh
4. Berani membantah
5. Sebiji smartphone dengan data plan atau tablet/ipad

Cara-cara :
Gunakan teknologi terkini yang korang agung-agungkan tu. Android smartphone? Blackberry? iPad? iPhone?Google je nama produk yang "kawan-kawan" baik korang tu cuba promote. Lebih afdal layari laman web Aidid Muaddib dulu. Kalau takde entri pasal produk tu, beralih pula ke google.com. Kalau ada search result dengan kata-kata yang meragukan jiwa lara anda, sila gunakan keyakinan diri, berani membantah dan jauhkan diri daripada "kawan" korang tu. Kemudian dengan sedikit kesabaran, buat research bila balik rumah. dapatkan fakta supaya lebih mudah nak troll "kawan-kawan" korang tu dengan kawan-kawan lain. Elakkan diorang meracuni minda kawan-kawan, lebih-lebih lagi ahli keluarga korang.

Sekian. Selamat mencuba


0 feedbacks:

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails