Showing posts with label DYMM Sultan Johor Mangkat. Show all posts
Showing posts with label DYMM Sultan Johor Mangkat. Show all posts

Monday, January 25, 2010

Kerana Mulut Badan Binasa, Kerana Blog Pun Badan Binasa


screenshot sebagai bukti
klik untuk imej besar
(credit kepada blogger yang print screen)


Sejak dua hari ini, seorang lagi blogger bakal berdepan dengan masalah apabila salah satu posting dalam blognya menjadi sasaran rakyat Malaysia terutamanya warga Johor. Ini adalah contoh apabila kebebasan bersuara disalahgunakan. Lebih-lebih lagi dalam dunia siber yang tanpa sempadan, apa yang kita catatkan menjadi bacaan jutaan(billion kut) pengguna web di seluruh dunia.

Kebelakangan ini juga terdapat beberapa orang yang sudah didakwa akibat 'kenakalan' di laman web. Lawak ada batasnya, dan ada juga caranya. Apabila melibatkan sensitiviti orang lain, sudah pasti akan menimbulkan masalah.

Fikir-fikirlah sebelum menekan butang post. Sebelum menulis status di Facebook, Twitter, Blog atau sebagainya. Walau apa pun niat kita, pastikan kita fikir dulu akibatnya. Kalau nak "syok" sendiri, lebih baik tulis diari saja.

Apabila kita bersalah dengan individu, cepat-cepat minta maaf. InsyaAllah diterima kalau kita ikhlas. Tapi apabila kita menghamburkan kata-kata tak sopan terutamanya kepada orang yang sudah tiada, kemudian menimbulkan kemarahan kepada berjuta-juta orang, memohon maaf di blog rasanya tidak cukup. Mungkin mengambil masa untuk semua terima kemaafan kamu. Apatah lagi di saat ini semua masih berkabung dengan kemangkatan Almarhum Sultan Johor. Kita tengok sajalah tindakan pihak berkuasa seterusnya.

Apapun, berhati-hatilah ketika blogging. Bukan bermakna kita hiprokrit, tapi berbahasalah dengan sopan dan beradab.

to AdukaTaruna whatever your intention is (jadi popular?), get ready to face the music. "Nasi sudah menjadi Bubur!"


Agaknya, lepas ni akan jadi tabiat di kalangan blogger...
1. Tulis posting 'panas'
2. Delete post bila menjadi isu
3. Tulis permohonan maaf
4. Ulang kembali 1-3

Apakata cuba praktikkan...
1. Fikir sebelum post perkara 'panas'
2. Delete sekiranya tidak sesuai...SEBELUM tekan POST!
3. Hidup seperti biasa dengan tenang.
4. Ulang kembali 1-3

Saturday, January 23, 2010

Al-Fatihah. Kemangkatan DYMM Sultan Johor (22 Jan 2010)

JOHOR BAHRU, 22 Jan. – Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO bersama dengan seluruh ahli UMNO menyembahkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang teramat sangat ke atas kaum kerabat Di Raja Negeri Johor di atas kemangkatan DYMM Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan memaklumkan demikian setelah beliau mendapat pengesahan daripada kenyataan Setiausaha Sulit Pemangku Sultan Tuanku Ibrahim berkenaan kemangkatan baginda pada jam 7.08 malam tadi.

Terdahulu pada sebelah petang Al-Marhum Sultan Iskandar telah di masukkan ke Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru setelah gering.

Ekoran itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar hari ini dilantik sebagai Pemangku Sultan semasa kegeringan baginda Sultan.

Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli melalui satu kenyataan memaklumkan, Jumaah Majlis Diraja membuat keputusan itu di bawah Fasal 9(1)(b) dan 9(2) Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 selepas menerima laporan kesihatan daripada pakar-pakar perubatan mengenai kegeringan baginda.

Menyorot kembali, Almarhum Sultan Iskandar yang diputerakan pada 8 April 1932 adalah Yang di-Pertuan Agong Malaysia kelapan iaitu antara 26 April 1984 hingga 25 April 1989.

Almarhum Baginda adalah putera sulung kepada Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim dengan isterinya Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Paduka Bena Sri Maharaja Utama Ahmad dan dilantik sebagai Tengku Mahkota pada 1959.

Justeru, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas roh Almarhum dan semoga dihimpunkan bersama orang-orang yang soleh – Al-Fatihah.

Related Posts with Thumbnails