Sempena dengan tahun baru 2010, aku ingin membuat satu pembaharuan untuk blog FTN ini. Di samping layout yang baru (akan datang), aku ingin memulakan satu topik iaitu "Di Luar Kotak". Sekadar untuk menyelitkan pandangan FTN mengenai sesuatu topik disamping ulasan berita seperti biasa. Jadi kali ini kita mulakan dengan pendapat FTN di luar kotak; edisi pertama.
Aku kagum dengan kebolehan ramai blogger hebat di Malaysia ini. Mereka bukan sahaja boleh menjana pendapatan beribu ringgit melalui blog, malah ada yang sudah menjadikan blogging sebagai kerja utama mereka. Dengan kata lain, duduk di sofa rumah setiap hari dan masih mampu mendapat 'gaji' seperti orang yang bekerja di pejabat.
Tetapi apa yang menarik perhatian aku ialah, kebanyakan high traffic blogs ini ada satu persamaan. Cuba perhatikan di sidebar blog mereka. Lihat iklan-iklan yang dipaparkan. Sudah pasti mereka memasang Nuffnang (kalau tidak bagaimana nak menjana duit kan?) Cuba lihat lagi. Perasan tak iklan-iklan yang terdapat gambar perempuan seksi, gambar berpelukan, serta perkataan yang berkait dengan seks.
Takkan sebab duit, kita sanggup mengiklankan produk-produk begini? Bahaya juga, sebab mengiklankan produk yang belum tentu keselamatannya.
Pagi tadi baru saja TV3 menyiarkan berita mengenai satu produk Kopi yang mencampurkan Viagra kedalam ramuannya secara haram. Produk kopi itu jika diambil tanpa sukatan yang betul, boleh menyebabkan penurunan tekanan darah.
Jadi kalau kita mengiklankan produk yang boleh menjejaskan kesihatan, adakah kita dikira bersubahat? Kalau menjual dadah adalah satu kesalahan, bagaimana kalau kita mengiklankan ubat (yang mungkin mengandungi dadah)?
Ini pendapat peribadi saja, terpulang kepada pertimbangan masing-masing. Tapi menarik juga kalau boleh mendapat pandangan dari orang lain. Sila tinggalkan komen. Mari kita bertukar pendapat.
Buta akibat UBAT KUAT - Harian Metro
SUBANG JAYA: Aduan beberapa lelaki yang hilang penglihatan serta rabun selepas memakan sejenis pil perangsang seks membawa kepada penemuan ribuan kotak produk berbahaya berkenaan yang dianggarkan bernilai lebih RM2 juta.
Produk ‘pil buta’ berkenaan yang berselindung di sebalik makanan kesihatan mengandungi herba tongkat ali dan ginseng sebaliknya didapati mengandungi kimia analog yang disahkan boleh membawa maut melalui ujian yang dilakukan Jabatan Kimia.
Difahamkan, syarikat jualan langsung yang mengedarkan produk terbabit ke seluruh negara termasuk negara jiran berselindung di sebalik produk kesihatan tanpa menyedari pil terbabit mengandungi kimia dipanggil Thiosildenafil yang boleh mengancam nyawa pengguna.
Kegiatan terbabit bagaimanapun dibongkar selepas operasi besar-besaran dilakukan serentak di seluruh negara oleh Bahagian Penguat kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kelmarin.
Sumber penguat kuasa farmasi berkata, serbuan awal dilakukan di ibu pejabat syarikat jualan langsung terbabit di Shah Alam bagi mengesan penjualan produk beracun berkenaan.
Cerita lama : Produk Kopi Goji dirampas. Didapati terdapat campuran "Sildenafil" atau Viagra
Cerita baru seperti yang dilaporkan TV3 : Rahsia Kopi RM20
0 feedbacks:
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan