Showing posts with label Proton Iriz. Show all posts
Showing posts with label Proton Iriz. Show all posts

Tuesday, August 30, 2016

Proton Persona Generasi ke-2

23 Ogos baru-baru ini Proton telah melancarkan model terbaru mereka iaitu Proton Persona. Ini adalah generasi kedua selepas model pertama dilancarkan hampir 9 tahun lepas. Selepas beberapa fasa minor change, kali ini Persona muncul sebagai FMC (full model change) dan sekaligus diletakkan dalam segmen-B berbanding sebelum ini. Bermakna Proton sedang melakukan streamline pada line-up produk. Jadi Persona baru ini tidak akan overlap dengan Preve yang bersaing dalam segmen-C.

Berbalik kepada Persona baru, saya telah pun berpeluang memandu uji variant premium pada Sabtu lepas. Berikut adalah ulasan ringkas saya.


 photo side profile.jpg

Styling/Rekabentuk
Persona kali ini direka berdasarkan platform Iriz yang sedia ada. "Top Hat" atau luaran semuanya direka baru untuk model sedan ini. Kalau tak silap saya, hanya front fender dan pintu hadapan sahaja yang di-carry over dari Iriz. Muka depan berbeza dari Iriz dengan headlamp serba baru dan dipadankan dengan chrome lining yang bersambung top mark Proton. Ini dah menjadi trend styling sekarang dan boleh dilihat pada model Civic baru dan juga Perodua Bezza. Cuma saya tidak berapa berkenan pada design rim tayar yang saya rasa tak matching dengan overall design kereta ini.

Praktikaliti
Pembuat kereta sekarang seolah-olah berlumba untuk menghasilkan kereta yang mempunyai ruang simpanan besar. Perodua Bezza dengan 508L, dan Persona baru pula tampil dengan 510L ruang simpanan. Walaupun dari luaran nampak kecil, tetapi ruang simpanan yang agak dalam merupakan satu kelebihan Persona kali ini. Saiz ruangan ini jauh lebih besar daripada model generasi pertama. Tempat duduk amat selesa, apatah lagi carry over design daripada Iriz. Bench seat (kerusi penumpang belakang) sedikit panjang berbanding Iriz pada pendapat saya. Ini mungkin untuk memberi keselesaan kerana Persona disasarkan untuk keluarga kecil.

Enjin/Kuasa/Transmisi
Persona menggunakan enjin yang sama dengan model Iriz iaitu 1.6L VVT yang memberikan penggunaan minyak 6.1L/100km (untuk model CVT, 5.6L/100km untuk manual standard) pada kelajuan malar 90km/h. Persona juga dilengkapi dengan ECO assist lamp, yang akan menyala apabila dipandu dalam keadaan malar antara 90km/h dan 100km/h. Ketika pandu uji, saya berpuas hati dengna prestasi enjin. Tidaklah hebat seperti enjin turbo, tetapi memadai untuk pemandu biasa seperti saya. Transmisi PUNCH CVT kali ini lebih refined, lebih senyap daripada model-model sebelum ini seperti Saga FLX, Preve, Suprima, dan Iriz. Pecutan juga lebih stabil, enjin tidak mengaum seperti Iriz. Dan yang paling saya kagum, keadaan kabin yang senyap ketika idling, dan ketika memandu. Proton Persona boleh dikatakan on-par dengan kereta lebih mahal seperti Honda City dan Toyota Vios.

Safety
Ini tidak dapat dinafikan lagi, Proton sudah mula mendengar rintihan pengguna. Seperti Iriz, Persona juga dilengkapi safety features untuk semua variant. Kerangka REES dengan HPF, ESC, ABS, EBD, TCS, HHA, BA dan SRS airbag semua ada. Cuma untuk model premium saja dilengkapi dengan 6 airbag manakala yang lain hanya 2 airbag. Terdapat juga sensor depan dan belakang, serta reverse camera untuk model premium. Pada saya pada harga bawah RM60,000, ini adalah kereta yang serba lengkap dengan sistem keselamatan dan berbaloi dengan harganya. Jika sayang nyawa, inilah kereta dengan nilai terbaik.

Kesimpulan
Setiap kali Proton melancarkan model baru, saya tidak pernah gagal untuk ke showroom dan test drive. Dan pada pendapat saya, Proton Persona adalah model yang terbaik pernah dihasilkan oleh Proton. Kabin yang senyap, features yang cukup mantap, handling yang baik, jimat minyak dan rekabentuk yang cantik. Ditambah dengan 5 tahun warranty, pada saya cukup berbaloi. Harga dari RM46,350 ke RM59,800

Monday, November 17, 2014

Sembang Kereta : Dah pandu-uji Proton Iriz?

Kali ini Proton Design menang dengan rekaan Iriz yang menawan
(gambar sumber Google)

Proton Iriz baru saja dilancarkan beberapa bulan lepas. Walaupun tak berapa nampak sangat kat atas jalan, tapi berapa ramai dah pergi pandu uji kereta terbaru keluaran Proton ini? Mungkin salah satu sebab ialah harga premium model ini berbanding dengan kompetitornya iaitu Perodua. Walaupun berlainan segmen, Perodua Axia yang dilancarkan dalam bulan yang sama lebih mendapat sambutan. Tetapi bagi mereka yang mementingkan pemanduan yang mantap serta pakej keselamatan yang tinggi, sudah tentu akan memilih Proton Iriz.

So, macamana agaknya feel memandu kereta ini?

Penulis (perasan tulis segmen auto dalam suratkhabar) dah mencuba dua varian kereta ini. Pertama sekali memandu 1.3 (Executive) Manual dan kemudiannya 1.6 (Premium) CVT. Tak perlu ulasan panjang lebar, biar dirumuskan terus.
  • Handling tip-top. No doubt about it. Proton memang champion bab handling ini. Rasanya a whole lot better than Japanese make, but just a bit behind the continental/european big names.
  • Safety diutamakan across all range. Tahniah Proton kerana pertama kali membuat model dengan ciri-ciri keselamatan ABS, EBD, ESC etc untuk kesemua varian. 5 star Asean NCAP, dan tak lama lagi pastinya mendapat Australia NCAP 5 bintang insyaAllah.
  • Kemasan yang semakin baik, gap antara panel much better than all previous model. Fit and finish wajar mendapat pujian. 
  • Entertainment unit berteras android. Kaki program/handphone mesti gatal nak godam dan install macam-macam apps kat sini. 
  • USB charger 2 ketul untuk varian executive & premium. Ini satu yang tak pernah di offer oleh mana-mana manufacturer sebelum ini. Total ada 3 USB slot (1 untuk connect dengan entertainment unit, 2 lagi untuk charge)
  • Seat yang cukuppppp selesa. No complaint about that.

Walaubagaimanapun, ada beberapa tempat perlu improvement. Sudah pasti, tak akan ada satu kereta yang 100% perfect. So ini antara point yang harap dapat improve in next model
  • NVH is ok. Cruising speed boleh dikatakan senyap. Tapi bila kita push engine untuk overtake akan dengar sikit mengaumnya. Satu lagi NVH dekat area CVT gearbox. Untuk Manual tak ada masalah.
  • Luggage space terhad. Of course kita perlu faham, untuk dapat good interior space (leg room untuk rear passenger) terpaksa korbankan sikit luggage space. But still adequate untuk weekend travelling. 4 biji beg hand-carry size boleh muat.



Ruang dalaman 1.6 Premium CVT
(gambar sumber Google)

Seat yang sangat selesa untuk pemanduan jauh
(gambar sumber Google)

Apa pun, Proton Iriz memang membuka mata banyak pihak dan menunjukkan bahawa Proton mahu kembali menjadi yang terbaik seperti dahulu. Sebab itu pihak pengurusan Proton menganggap model ini sebagai "Game Changer" dan mampu membawa Proton kembali bertaut di hati rakyat. 

Kepada yang belum mencuba Proton Iriz, janganlah malu dan segan. Walaupun belum terbuka hati nak memiliki sebuah kereta Proton, sedikit sebanyak persepsi anda terhadap kemampuan Proton akan berubah selepas memandu uji kereta ini.


Related Posts with Thumbnails