Wednesday, January 28, 2015

Sembang Kereta : Proton Exora MC2 2015

New 2015 Proton Exora (pic source : Lowyat.net Forum)
Akhirnya MPV mampu milik paling digemari ramai, Proton Exora kembali dengan Minor Change 2 (MC2) model. Khabarnya akan dilancarkan hari Khamis ini. Yang paling menarik minat ramai ialah Proton Exora 2015 ini ditambah baik dengan ESC (electronic stability control) dan 4 beg udara. 

Kedua ciri penting ini tidak terdapat pada model terdahulu. Lampu kabus juga diganti dengan LED dan terdapat DRL ring pada lampu kabus tersebut. Agak unik di situ kerana pertama kali Proton menggunakan DRL berbentuk bulat. 

Harga belum dapat dipastikan. Saya sendiri telah melihat semalam beberapa buah treler keluar dari kilang proton Shah Alam untuk menghantar Exora baru ini ke showroom di seluruh negara. Apa pun, ini satu perkembangan menarik buat mereka yang sedang mencari MPV untuk keluarga. Apatah lagi sesuai buat mereka yang sedang "membesarkan" keluarga dan ini adalah antara MPV selesa yang mampu dimiliki. Good Luck Proton.

LED fog lamp dengan DRL ring light (pic source : Lowyat.net Forum)

UPDATE :
Info dari sahabat-sahabat mengatakan ia Exora MC2 ini mempunyai spec yang sama dengan Exora GXR Australia, bezanya cuma pada warna baru Luxury Blue & Indiana Grey serta lampu rear combi baru. Aloi rim 10 spoke juga merupakan design baru untuk model ini. Khabarnya 2nd row seat boleh sliding sama seperti Australia spec.

Warna baru Luxury Blue (pic source : Autofreaks)

3 feedbacks:

Hisyam saaid said...

Puashati pakai model mc2 ni.

zety zety said...

seat pemandu besar tak. selesa tak

zety zety said...

seat pemandu besar tak. selesa tak

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails