Showing posts with label Schedule World Cup. Show all posts
Showing posts with label Schedule World Cup. Show all posts

Saturday, July 3, 2010

Germany vs Argentina, Germany FTW!!!

Germany vs Argentina
FTN predict : [2-1]

Sudah tentu kita predict yang terbaik untuk pasukan yang kita sokong ye tak? Hehe. Selepas Brazil tersungkur semalam, Argentina tentu risau sebab semua menjangkakan Brazil akan bertemu Argentina di Finals. Tapi tidak lagi. Dan tekanan pasti pada Argentina sebab ramai memilih Argentina untuk World Cup kali ini. Tetapi selepas persembahan mantap di World Cup 2010, aku rasa Germany ada potensi untuk menewaskan Argentina. Yelah, Argentina tu bukan kebal sangat pun. Robinho pun boleh meroyan sebab Robben, jadi malam ini aku nak tengok Maradona menyirap dengan ilmu hitam Joachim Lowe. Haha. 

Ketiadaan Ballack nyata menyerlahkan barisan pemain muda Germany. Ozil terutamanya mendapat tumpuan selepas persembahan bertenaga menentang England bersama Muller dan Podolski. Ketiga-tiga mereka baru berusia awal 20-an. Klose pasti nak menambah koleksi gol di temasya World Cup dan nak pecah rekod Ronaldo. Hari ini nasib baik RTM tayang match disamping pengulas feveret Hasbullah Awang. Semalam aku gembira sebab Stadium Astro memberi tayangan percuma secara streaming yang laju teramat tanpa lagging untuk aku berpeluang menyaksikan Brazil tersungkur di tangan Netherlands. Kenapalah aku lambat tahu tentang online streaming tu. Haha

Apa pun, to Germany..all the best. Jangan main kasar sampai red card sudah. I want to see goals tonight! Not penalty kickoff ok?


Friday, July 2, 2010

World Cup 2010 : Quater Finals - Tumpuan pada Brazil vs Netherlands


Yeaahhhhh! Jerit dulu. Sebelum Vuvuzela berbunyi. Selepas dua hari rumah sunyi tanpa alunan Vuvuzela, malam ini kita kembali dengan berita bola. Quaterfinals akan bermula malam ini dengan perlawanan tumpuan antara Brazil vs Netherlands. Ramai yang merasakan Brazil mudah mengatasi Netherlands tapi kali ini sokongan aku pada pasukan Oranje. Sebab aku ada jersey Oranje yang original. Haha. Oh tak lupa juga penyokong-penyokong Oranje cun-cun belaka.

Kaka nampaknya berhadapan masalah disiplin apabila sudah mengutip 2 kad kuning dan 1 kad merah. Luis Fabriano dan Robinho banyak menyumbang kepada serangan-serangan Brazil. Maicon juga boleh bikin panas gawang gol Netherlands.

Tapi jangan underestimate barisan Oranje. Robben, Kuyt, Sneijder, Van Persie, Van der Vart semua boleh buat magik. Robben sudah tentu dikawal rapi kerana dia merupakan playmaker penting untuk Netherlands. Seperti perlawanan lain, aku berharap sangat dapat tengok banyak gol. Tak gemar la tengok match boring dan defensive macam Portugal vs Brazil dulu. Kalau boleh janganlah sampai penalti, sebab aku nak tidur awal. Haha

FTN predict : Netherlands atasi Brazil [3-2]


+ + + + + + +


Next game, Uruguay vs Ghana. Ahh, malas aku nak ulas. Tak kenal sangat pun kedua-dua team. Aku cuma berharap Ghana menang ke atas Uruguay. Cuma risikonya kalau Ghana menang, lebih banyak Vuvuzela akan dijual, dan membawa kepada pencemaran bunyi semasa Semi-finals nanti. Al-maklumlah, satu benua Afrika akan menyokong Ghana!

FTN predict : Ghana atasi Uruguay [2-1]

Sunday, June 27, 2010

Germany vs England, Germany FTW!!



Germany vs England
FTN predict : [2-1]

Yaa, malam ini perlawanan Germany. Team favourite aku. Dan pasukan musuh ialah England, pasukan yang memiliki keeper terhandal perlawanan (Robert Green), serta player paling sporting dengan peminat (Wayne Rooney). 

Klose akan kembali, Ozil sedang form, Lahm mantap di barisan pertahanan. Aku rasa kalau ikut performance, Germany lebih mantap dari England. Sebab England sembang kencang, tapi lansung tak menyerlah. Wayne Rooney bukan main bolot headline sebelum World Cup, kononnya sedang top form di Manchester United. Tapi 3 perlawan kumpulan, Rooney tak score satu pun, malah bikin panas dengan penyokong sendiri.

Apa pun, semoga pasukan yang layak menang dan mara. Jangan lah referee buat taik. Apakah Subkidin akan jadi 4th referee? Rasanya tidak, sebab kalau dia jadi, sudah pasti RTM akan tayang LIVE! Tapi PENYIAR RASMI memilih untuk tunda siaran. Peh, baik tak payah...



Germany FTW!!!


+ + + + + + +



ESOK LAST DAY! PLEASE LAH VOTE 

Wednesday, June 23, 2010

Germany Kena Menang, Walaupun RTM Tak Nak Tayang Game

USA menentang Algeria. Kumpulan C yang masih terbuka peluang kepada semua pasukan untuk mara ke pusingan kalah mati. Kedua-dua pasukan boleh mara bergantung kepada keputusan perlawanan antara England dan Slovenia. Tapi aku yakin Algeria bersemangat apabila mencatat keputusan seri dengan England. 


FTN predict : Algeria seri dengan USA [2-2]

+ + + + + + +

England mesti menang untuk mara. Namun lawan mereka ialah Slovenia, yang sedang mendahului kumpulan dengan 4 mata. England gagal menunjukkan persembahan baik apabila hanya mampu seri kedua-dua perlawanan dan jaringan 1 gol sahaja. Rooney pula bertindak kurang matang apabila mengecam peminat sendiri. Aku rasa persembahan England kali ini sekadar indah khabar dari rupa. Eh betul ke? Kemana hilangnya kehebatan Rooney, Gerrard dan lain-lain?



FTN predict : England menang tipis [1-0]

+ + + + + + +

Australia juga perlu menang untuk pastikan kemaraan. Dengan syarat Germany tewas kepada Ghana (oh itu tidak mungkin terjadi). Jadi kepada Australia, aku rasa tak perlulah bersusah payah. Main biasa-biasa saja. Lagipun Tim Cahill dah kena red card.



FTN predict : Serbia menang [2-1]

+ + + + + +

Ok. Ini tak perlu ulas susah-susah. Germany harus menang dengan Ghana. Namun pasti ada tentangan sengit, sebab Ghana pasukan yang ada kekuatan fizikal yang mantap, dan satu-satunya pasukan benua afrika yang masih ada peluang mara. Agaknya semua vuvuzela dari penyokong South Africa, Cameroon dan Nigeria akan dikongsi bersama dengan penyokong Ghana hari ini. Dan seperti biasa RTM tak nak tayang live telecast. Sebaliknya memilih perlawanan USA vs Algeria yang aku tak tau siapa peminat mereka di Malaysia ini. Mungkin murah sikit nak tayang game tu. Dan harap-harap pengulas RTM dapat membezakan antara pemain Algeria, France dan Italy. Sebab Cannavaro itu pemain Italy, bukan France!



FTN predict : Germany menang [2-1]
HARUS!

+ + + + + + +

Sambil-sambil layan WC2010, minta jasa baik korang undi gambar aku please
Jangan lupa undi ye! rujuk entri ini untuk cara-cara mengundi

Tuesday, June 22, 2010

France Gulung Tikar Malam Ini?

Mexico akan berdepan Uruguay malam nanti. Mexico dan Uruguay kedua-duanya mengutip 4 mata dari dua perlawanan pertama. Kedudukan mereka masih belum selamat, kerana France dan South Africa boleh memintas mereka sekiranya salah satu menang dan perbezaan gol yang besar. Diego Forlan akan cuba merobek gawang gol Mexico setelah menjaringkan dua gol menetang South Africa sebelum ini. Mexico pula sedang bersemangat tinggi lepas menewaskan France. Aku rasa kedua-dua sama kuat, mereka akan berkongsi mata malam ini.


FTN predict : Uruguay seri dengan Mexico 2-2

+ + + + + + +

France sedang dilanda masalah dalaman. Dengan pemain-pemain mogok, kritikan terhadap jurulatih, dan Anelka yang digugurkan dari barisan utama. Apakah France boleh lakukan sesuatu malam ini? Mereka macam sudah putus harapan. Apakah pemain mereka dirasuk oleh melodi Vuvuzela?? 

South Africa pasti nak gunakan peluang terakhir ini untuk cuba mara ke pusingan seterusnya. Tapi mereka perlu menang, dan menang dengan jaringan yang banyak. Agak-agak kuat tak bunyi Vuvuzela malam nanti? Perit telinga wehh




FTN predict : South Africa menewaskan France 1-0

+ + + + + + +

Wakil Asia South Korea perlu menang untuk mara ke pusingan kalah mati. Nigeria agak tenggelam dalam World Cup kali ini. Jadi aku ramal South Korea boleh menang ke atas Nigeria. Park Ji-Sung mungkin sumbangkan satu gol. Harap-harap South Korea mara ke round-16. 



FTN predict : South Korea menang 2-1


+ + + + + + +


IKLAN:
Jangan lupa daftar dulu dan undi ye! rujuk entri ini

Monday, June 21, 2010

World Cup 2010 : Misteri North Korea dan Kebangkitan Spain

Portugal sekadar seri dalam perlawanan pembukaan. Kali ini mereka perlu memperoleh kemenangan. Tetapi lawan mereka ialah North Korea. Pasukan misteri dalam World Cup ini. North Korea terkenal dengan sikap berahsia dan propaganda mereka. Namun permainan bola sepak mereka cukup bertenaga. Mampu menjaringkan satu gol menentang Brazil. Aku rasa Portugal akan menghadapi tentangan sengit dari North Korea.


FTN predict : Portugal menang 1-0

+ + + + + + +


Aku ingin melihat Chile menang dalam perlawanan ini. Harap-harap Hamberto Suazo turun malam ini. Penjaring gol terbanyak dalam pusingan kelayakan ini amat dinantikan persembahannya oleh peminat Chile. Philippe Senderos dikatakan mengalami kecederaan dan mungkin tidak turun malam nanti. 


FTN predict : Chile tewaskan Switzerland 2-1


+ + + + + + +

Kalau Spain tak menang malam ini, aku rasa memang ada sesuatu yang tak betul. Honduras langsung tak beri saingan ketika menentang Chile. Kedua-dua pasukan belum memperoleh mata dari perlawanan pertama. Apakah Honduras mampu lakukan upset?


FTN predict : Spain menang mudah 2-0

Tuesday, June 15, 2010

World Cup 2010 : Keputusan Luar Jangkaan, Italy Kurang Menyerlah

The Oranges menepati ramalan menang dalam perlawanan pembukaannya apabila menewaskan Denmark 2-0. Aku mengharapkan jaringan lebih besar. Netherlands mendahului hasil gol sendiri pemain Denmark sebelum Dirk Kuyt menambah jaringan.


2 - 0
 Goal : NED | Poulsen (OG - 46'), Kuyt (85')


+ + + + + + +

Japan membuktikan mereka masih berbisa apabila menewaskan Cameroon hasil jaringan tunggal Honda pada minit ke-39. Honda menanduk bola daripada hantaran silang cantik Daisuke Matsu yang gagal disambut oleh pertahanan Cameroon. Nampaknya pasukan Asia bermula cemerlang dengan kemenangan ke atas lawan masing-masing.


1 - 0
 Goal : JAP | Honda (39')


+ + + + + + +

Italy pula hanya sekadar seri dengan Paraguay. Daripada ulasan-ulasan yang aku baca, Italy bermain dengan agak hambar dan gagal mempamerkan aksi pasukan Juara Piala Dunia 2006. Buffon pula mengalami kecederaan dan diganti pada separuh masa kedua. Mampukah Italy mempertahankan kejuaraan yang dimenangi sebelum ini?


1 - 1
 Goal : PAR | Alcarez (39')
ITA | De Rossi (63')


+ + + + + + +

Nota Kaki :
1. Semalam tak tonton lansung World Cup, sebab seronok tonton Toy Story 3D di MidValley. Thanks to Nuffnang!
2. Aku sudah upload sedikit gambar-gambar majlis perkahwinan Anne Hot FM di blog fotografi aku. Check it out ya!

Monday, June 14, 2010

World Cup 2010 : Group E & F Fixtures

The Oranges bakal turun malam ini. Rasanya kecederaan yang melanda Robben pasti dirasai oleh seluruh kem Netherlands. Aku rasa Van Persie bakal menjaringkan gol malam nanti dan gandingan dengan Dirk Kuyt dapat menyentap barisan pertahanan Denmark. Oranges juga memiliki barisan tengah yang hebat seperti Sneijder, Van Bommel, dan De Jong. Aku rasa dapat melihat jaringan yang banyak malam ini.


FTN Predict : Netherlands tewaskan Denmark [3-1]

+ + + + + + +

Japan pasti tertekan melihat negara jiran mereka Korea Selatan menang bergaya ke atas bekas juara eropah Greece. Mereka pasti nak menandingi kelebihan Korea Selatan. Dua negara ini memang sentiasa bersaing untuk buktikan mereka hebat. Tapi aku rasa pasukan Japan tahun ini tidak menyerlah. Menentang pasukan yang kuat stamina seperti Cameroon pasti memaksa pemain Japan lebih banyak bergerak. Kelebihan bermain di benua Afrika dengan penyokong yang ramai pasti memihak pada Cameroon. Eto'o bakal membuka akaun jaringan golnya malam nanti!


FTN Predict : Cameroon tewaskan Japan [2-0]

+ + + + + + +

Juara bertahan Italy akan berdepan Paraguay. Italy akan bergantung harapan kepada penyerang De Rossi manakala Paraguay dengan penyerang sensasi Santa Cruz. Kali ini Italy tidak disertai kelibat pemain terkenal seperti Inzaghi, Totti, mahupun Del Piero. Ramai pemain muda tetapi gawang masih dijaga oleh Buffon. Pirlo pula mungkin tidak diturunkan malam ini akibat kecederaan.



FTN Predict : Italy seri dengan Paraguay [2-2]

+ + + + + + +

Saturday, June 12, 2010

World Cup 2010 : 3 Perlawanan Group B dan C Hari Ini

Hari ini bermula saingan kumpulan B dan C dimana perlawanan awal ialah di antara South Korea dan juara EURO 2004, Greece. South Korea sebagai wakil Asia pertama memulakan kempen Piala Dunia kali ini. Dengan bersandarkan pemain tengah Manchester United, Park Ji-Sung, serta penyerang sensasi mereka Ahn Jung-Hwan, South Korea pasti memberi saingan hebat kepada Greece. 

Bagi pasukan Greece pula, Georgios Samaras serta Giorgos Karagounis bakal menjadi tumpuan malam ini. Apakah pasukan Greece mampu melakukan kejutan seperti yang berlaku di EURO 2004? 

Dengan kelajuan pemain-pemain, aku rasa South Korea boleh menewaskan Greece. 

FTN predict : South Korea tewaskan Greece [1-0]


+ + + + + + +


Satu lagi perlawanan pasti menjadi tumpuan ramai peminat bola sepak, kerana Argentina akan berentap melawan the Super Eagles, Nigeria. Seluruh dunia pasti menagih sentuhan hebat dari bintang sensasi Argentina seperti Lionel Messi, Gonzalo Higuain, serta Carlos Tevez. Tiga pemain penyerang yang sedang menyerlah di dalam liga yang mereka sertai. Apakah Maradona akan menurunkan ketiga-tiga penyerangnya dalam perlawan ini?

Nigeria juga tidak ketinggalan memiliki barisan pemain hebat seperti Obafemi Martins, Nwankwo Kanu, John Utaka serta Yakubu. Kelebihan Nigeria pasti terletak pada kelajuan pemain-pemain mereka. Pasukan Nigeria yang terdiri daripada pemain-pemain muda pasti berharap bimbingan pemain berpengalaman Kanu untuk memberi saingan kepada Argentina.

Bomoh kata Argentina menang, pasti dia dah jampi habis-habisan. Tapi aku rasa Argentina terlalu kuat dan tak perlu bantuan bomoh. Bomoh hujan pun tak perlu, sebab South Africa panas je aku tengok. Tapi teringin nak melihat Nigeria beri saingan kepada Argentina. Masih terkenang kelibat Jay Jay Okocha. Dia punya skill dribble memang top class. Hopefully dapat tengok banyak fancy play malam ini.

FTN predict : Argentina tewaskan Nigeria [3-1]



+ + + + + + +

Perlawanan terakhir awal pagi ini adalah dari Kumpulan C, England menentang USA. England dibawah kendalian Fabio Capello pasti ingin membuka langkah kanan selepas persembahan kurang meyakinkan dalam sessi pemanas badan sebelum Piala Dunia tempoh hari. Tanpa kehadian David Beckham, barisan tengah England akan dibarisi Frank Lampard, Steven Gerrard, Joe Cole, Aaron Lennon dan lain-lain.

Bagi USA pula, pemain Clint Dempsey, Carlos Bocanegra, dan London Donovan akan menjadi tumpuan. USA mungkin tidak mempunyai masalah untuk mara ke pusingan seterusnya kerana diletakkan dalam kumpulan yang agak mudah. 

Aku mungkin tidak akan menonton perlawanan ini. Kerana perlu bekerja keesokkan harinya. Haha

FTN predict : England tewaskan USA [2-0]


Friday, June 11, 2010

World Cup 2010 : South Africa vs Mexico (Preview Sikit)

Okaaayy.. Mari kita mula dengan entri World Cup! Perlawanan pembukaan pastinya dinanti-nanti antara tuan rumah South Africa dan Mexico. Perlawanan malam ini dijadualkan berlansung jam 10 malam waktu Malaysia. Pastikan anda menonton di RTM, terutamanya mereka yang tidak mampu melanggan ASTRO seperti aku. Dah dapatkan jadual perlawanan?

Keputusan terkini juga akan diupdate di sini. Walaupun sudah ada beribu-ribu laman web lain termasuk FIFA.com, tapi seperti yang aku nyatakan sebelum ini blog FTN akan dilanda demam bola!
Let the games begin!


Antara pemain yang bakal menjadi tumpuan ialah Steven Pienaar, yang bermain di EPL mewakili pasukan Everton. Pemain tengah ini dikatakan antara pemain tambatan bagi pasukan South Africa, selepas Benni McCarthy tidak dipilih mewakili skuad South Africa kali ini. Mexico pula bakal memperlihatkan bakat pemain muda Arsenal, iaitu Carlos Vela.

+ + + + + + +

SOUTH AFRICA vs MEXICO
pasukan mana pilihan anda?

Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Thursday, June 10, 2010

Sudahkah Anda Download Schedule World Cup 2010? Jadual Siaran RTM Jangan Lupa!



Tekan dulu lagu, pastu baru sambung baca
(baru ada feel macam kat Afrika)

+ + + + + + +

Weh, esok dah nak mula World Cup 2010. Kat Afrika Selatan tu. Sudahkah korang bersedia?? Hah, dah mula la nih nak post entri tentang bola.

Download Schedule World Cup (versi excel) - credit to original owner/creator

Kepada yang tak mampu memiliki ASTRO seperti aku, jangan khuatir stesen TV kegemaran Datuk Yusof Haslam mendapat hak penyiaran untuk Piala Dunia 2010 ini. Kalau tak percaya, tengok jadual siaran di bawah. Walaupun tak semua dapat tengok LIVE, jadilah daripada tak dapat lansung. Harap-harap RTM tak tayang drama-drama skema Polis termasuk yang Memey jadi Polis Trafik tu masa musim Piala Dunia 2010. Tak sesuai lansung! Lebih baik tayang highlights dan rancangan khas Bola Sepak.

Lukas Podolski - 25, penyerang Germany.
(gambar nak pancing sokongan feminin)

Oh, jadual boleh lihat seperti di bawah. Aku pinjam dari blog Lompat Tikam. Link ada di bawah gambar tu. Ada jadual lengkap siaran lansung, siarang tertunda/ulangan, serta pengacara sekali. Nasib baik Hasbullah Awang jaga opening match. Mesti dia nak cerita sampai asal-usul pemain nanti. Pasti syiok!

Klik untuk tumbesaran
kredit to Lompat Tikam

Pasukan yang bakal menggegarkan Piala Dunia

Jadi sebelum sepak mula esok, pastikan anda sudah membaca peringatan khas ini. Penting untuk elakkan persengketaan dan salah faham. Tetapi kalau semuanya minat tengok Piala Dunia, pasti harmoni. Dengan syarat, semuanya menyokong Germany. Haha

Kalau ada suami isteri yang sokong team berasingan, make sure gaduh-gaduh tu depan TV je. Itu pun kalau lawan sesama team yang disokong. Tapi jangan pula sampai bawa dalam bilik ye hehehe


p/s : yang menonton di luar rumah tu, berhati-hati lah. Pastikan bawa kereta ada lesen memandu ya

SOURCE : segalanya google.com, serta blog Lompat Tikam

Boleh tanya tarikh lahir Podolski di FormSpring FTN
>> kalau suka tekanlah LIKE

Wednesday, June 9, 2010

FTN Ingin Memohon Maaf Secara Terbuka

Kepada,

Semua pembaca, followers FTN dan rakan-rakan blogger.

Pertamanya marilah kita bersyukur kepada Allah di atas segala nikmatnya. Saya menuliskan surat terbuka ini adalah dengan tujuan untuk memohon maaf kepada semua pembaca dan followers blog it's From The News (FTN) ini kerana beberapa sebab yang akan saya kemukakan di bawah.

Seperti yang kita semua maklum, tidak lama lagi, satu fenomena akan melanda seluruh warga dunia. Fenomena itu bukanlah "Rahsia Tarikh Lahir Anda", ataupun filem terlebih promo "2 Alam" dR. Rozmey dan rambut cecah dahinya. Fenomena itu ialah Piala Dunia FIFA 2010 yang bakal bermula Jumaat ini.

Sejajar dengan fenomena sukan terhebat itu, saya ingin memohon maaf sekiranya pihak pembaca merasa bosan dengan kehadiran entri-entri yang menjurus kepada bola sepak, keputusan perlawanan, gambar-gambar dan segala perkara yang relevan dengan bola sepak dunia.

Untuk tidak menghampakan semua, saya akan cuba menyelitkan kisah-kisah gossip isteri-isteri/girlfriend/bekas isteri pemain bola sepak sebagai bahan penarik kaum-kaum lelaki yang tidak tahu tentang perkembangan bola sepak tetapi hanya mahu melihat gambar wanita hot dan menarik.

Abigail Clancy
ini contoh je. Peter Crouch punya tau.

Bagi rakan-rakan pembaca wanita, anda juga tidak ketinggalan untuk menikmati wajah-wajah pemain bola sepak yang handsome sedikit dari admin blog (sila kawal emosi anda), dan jika bernasib baik pada waktu bonus gambar-gambar separuh bogel pemain hebat seperti Christiano Ronaldo, Fernando Torres, Podolski dan lain-lain akan dipaparkan. Jangan lupa untuk tekan "save target as" dan jadikanlah wallpaper PC anda.

Christiano Ronaldo
ini contoh saja. contoh tau.

Akhir kalam, sekali lagi saya ingin memohon maaf sekiranya kandungan blog FTN selama sebulan akan datang membosankan, dan tidak memenuhi citarasa pembaca sekalian alam. Jangan lupa menyokong pasukan kegemaran anda walaupun anda tidak tahu nama mereka. Bagi yang menyokong Germany, tahniah kerana anda hebat! Jangan lupa dapatkan jadual perlawanan Piala Dunia dalam format excel di sini untuk kemudahan anda. Pastikan anda lebih up-to-date dari bos anda!

i'm sorry tauu


Yang benar,
M. Faizal
it's From The News

+ + + + + + +

Dalam perkembangan lain, kepada peminat fanatik bola sepak yang suka menonton perlawanan bola sepak di rumah dalam keadaan separuh bogel, bolehlah mendapatkan seluar dalam pasukan kegemaran anda dengan harga RM34.90. Sambutan gol anda akan lebih meriah lagi dengan seluar dalam pasukan kegemaran anda. Walaupun anda lari separuh bogel di luar rumah, orang ramai tidak akan mendakwa anda tidak siuman atau gila apabila melihat bendera pasukan kegemaran anda. Mereka pasti berkata

"oh, dia peminat Brazil rupanya; itu rival aku!"

Satu saja peringatan kepada pihak berkuasa, sila tingkatkan pemantauan, khuatir kalau ada aktiviti luar tabii seperti parti gay yang menggunakan seluar dalam World Cup sebagai tema mereka.

beli bang, jangan tak beli..barulah peminat sejati
(caption tidak kena mengena dengan sesiapa)


SOURCE : original story here

Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Related Posts with Thumbnails