Showing posts with label Netherlands. Show all posts
Showing posts with label Netherlands. Show all posts

Wednesday, July 7, 2010

Semi-Finals Result Netherlands vs Uruguay : 3-2




Netherlands vs Uruguay
[3-2]
NED | Van Bronckhorst (18'), Sneijder (70'), Robben (73')
URU | Forlan (41'), Pereira (90')

Live 2.52am :
Semi Finals 1 antara Netherlands dan Uruguay. Oranje menguasai perlawanan, dan gol pertama tiba minit ke-18 hasil rembatan jarak jauh dari Van Bronckhorst dari arah kanan pintu gol. Antara calon gol tercantik World Cup setakat ini.

Live 3.10am :
Uruguay menyamakan kedudukan menerusi rembatan Forlan pada minit ke-41. Rembatan dari tengah gol gagal ditampan Stekelenburg. Perlawanan seimbang. Kedua-dua pasukan bergilir-gilir membalas serangan.

Live 3.55am :
Sneijder mengembalikan advantage kepada Netherlands apabila sepakannya dalam kotak penalti menerjah gawang gol selepas serangan bertali arus. Sebelum itu Van Der Vaart hampir menjaringkan gol, tetapi rembatannya ditampan Muslera. Netherlands mendahului 2-1.

Live 3.58am :
Arjen Robben menanduk bola ke dalam gawang untuk gol ke-3 Netherlands. Final pasti milik Netherlands. Dua gol dalam masa 3 minit! Robben sekali lagi menjadi pemusnah! Netherlands semakin menekan Uruguay.

Live 4.17am
Uruguay menjaringkan gol untuk merapatkan jurang 3-2. Satu set piece cantik dan curling shot dari Pereira menewaskan Stekelenburg. Satu serangan tidak dijangka daripada Uruguay.

Full time :
Netherlands akan ke Finals World Cup 2010!! Selepas menewaskan Uruguay 3-2

Robben in action
(photo source soccernet.com)

Gol dari Van Bronckhorst minit ke-18
(photo source soccernet.com)

Kegembiraan Forlan tak bertahan lama
(photo source soccernet.com)



Saturday, July 3, 2010

Brazil Tergolek, Robinho Meroyan Dengan Robben

[ 1 - 2 ]
BRA | Robinho (10')
NED | Melo (O.G 53'), Sneijder (68')

What a night of football!! Aku dapat juga tengok bola secara live, thanks to Stadium Astro website. Can't believe I watched online streaming so smoothly, clearly and without lag at all! Macam tengok ASTRO betul-betul. Superb service! Salute lah. Nak harapkan RTM..cettt porah. And how lucky I am to watch the Oranje dumps Brazil live! Ya kawan-kawan, Brazil tewas kepada Netherlands 2-1 dalam perlawanan penuh dramatik menyaksikan Netherlands bangkit daripada ketinggalan di awal permainan untuk menumpaskan Brazil. 

Lebih malang buat Brazil apabila pemainnya Melo menjaringkan gol sendiri sebelum dibuang padang akibat meminjak peha Robben. Arjen Robben benar-benar menjadi duri dalam daging bagi Brazil kerana single handedly mengucar kacirkan pertahanan Brazil. Sampai ramai kena mark dia. Takut benar Brazil dengan Robben. Kaka lansung tidak menyerlah, Robinho pula yang bikin panas bila tidak berpuas hati dengan Robben sentiasa. 

Apapun, aku cukup gembira melihat Brazil tewas. Walaupun aku tetap menyokong Germany dalam kempen World Cup ini, kredit dan pujian harus diberikan kepada barisan Oranje, terutamanya Robben dan Sneijder kerana bermain dengan best sekali. 

awek oranje yang sama. pandai kamera cari yer..
(original source soccernet.com)



Robinho meroyan tak tentu pasal..macam mak temah
(original source soccernet.com)


Friday, July 2, 2010

World Cup 2010 : Quater Finals - Tumpuan pada Brazil vs Netherlands


Yeaahhhhh! Jerit dulu. Sebelum Vuvuzela berbunyi. Selepas dua hari rumah sunyi tanpa alunan Vuvuzela, malam ini kita kembali dengan berita bola. Quaterfinals akan bermula malam ini dengan perlawanan tumpuan antara Brazil vs Netherlands. Ramai yang merasakan Brazil mudah mengatasi Netherlands tapi kali ini sokongan aku pada pasukan Oranje. Sebab aku ada jersey Oranje yang original. Haha. Oh tak lupa juga penyokong-penyokong Oranje cun-cun belaka.

Kaka nampaknya berhadapan masalah disiplin apabila sudah mengutip 2 kad kuning dan 1 kad merah. Luis Fabriano dan Robinho banyak menyumbang kepada serangan-serangan Brazil. Maicon juga boleh bikin panas gawang gol Netherlands.

Tapi jangan underestimate barisan Oranje. Robben, Kuyt, Sneijder, Van Persie, Van der Vart semua boleh buat magik. Robben sudah tentu dikawal rapi kerana dia merupakan playmaker penting untuk Netherlands. Seperti perlawanan lain, aku berharap sangat dapat tengok banyak gol. Tak gemar la tengok match boring dan defensive macam Portugal vs Brazil dulu. Kalau boleh janganlah sampai penalti, sebab aku nak tidur awal. Haha

FTN predict : Netherlands atasi Brazil [3-2]


+ + + + + + +


Next game, Uruguay vs Ghana. Ahh, malas aku nak ulas. Tak kenal sangat pun kedua-dua team. Aku cuma berharap Ghana menang ke atas Uruguay. Cuma risikonya kalau Ghana menang, lebih banyak Vuvuzela akan dijual, dan membawa kepada pencemaran bunyi semasa Semi-finals nanti. Al-maklumlah, satu benua Afrika akan menyokong Ghana!

FTN predict : Ghana atasi Uruguay [2-1]

Tuesday, June 29, 2010

Oranje vs Yellowje, Malam ini Spainje vs Portugalje


NETHERLANDS vs SLOVAKIA
[ 2 - 1 ]
NED | Robben (18'), Sneijder (84')
SVK | Vittek (pen 90+4')

BRAZIL vs CHILE
[ 3 - 0 ]
BRA | Juan (34'), Luis Fabriano (38'), Robinho (59')



Seperti yang kita semua ramal, Netherlands dan Brazil mudah mengatasi lawan mereka dalam pusingan 16 World Cup semalam. Oranje menewaskan Slovakia 2-1 menerusi jaringan Robben, dan Sneijder. Gol last minit Slovakia datang dari Vittek hasil sepakan penalti. Masa kecederaan dah pun. Patut boleh clean sheet je.

Brazil pula sudah mula perform dengan menewaskan Chile 3-0. Gol hasil tandukan Juan, dan gerakan cantik dari Luis Fabriano dan curling shot menarik Robinho. Chile walaupun dengan penyerang profilik mereka Hamberto Suazo, gagal menembusi gawang Brazil. Aku mengharapkan Chile dapat score satu, tapi nampaknya pertahanan Brazil kukuh dan keeper dia pun tengah top form.

Jadi tinggal 2 lagi tempat untuk peringkat suku akhir. Malam ini akan berlansung perlawanan antara wakil tunggal Asia setakat ini Japan menentang Santa Cruz and Co., Spain akan berdepan Christiano Ronaldo dan kawan-kawan bertatunya.

Paraguay vs Japan | aku ramal Japan menang [2-1]
Spain vs Portugal | aku rasa seri sampai penalty [2-2], menang Portugal

+ + + + + + +

Robben dan Sneijder meraikan gol mereka. Comel sekali
(original photo from soccernet.com)

Luis Fabriano gagal mengawal emosi selepas gol kedua
(original photo from soccernet.com)

+ + + + + + +

Oranje fans memang hot, awek samba samar-samar. Haha. Kalau Oranje vs Yellowje, aku pilih fans Oranje.. 

Related Posts with Thumbnails