Ohayop!
Pagi-pagi dijamah dengan berita dari akhbar Metrol yang Fasha Sandha dan Jejai sudah putus. Eloklah tu. Ada chance gadis-gadis lain tumpang naik Camaro Bumblebee Jejai kan? Eh eh dah macam blog gossip pulak. Nak trafik ler tewww.. #desperet
Baidewei, aku nak cerita pasal ucapan Radio. Korang pernah tak rasa tertekan bila dengar ucapan radio yang mengarut2, ataupun alasan yang orang bagi bila diorang call ke radio?
contohnya :
"Saya nak ucapkan selamat pagi kepada ibu dan ayah saya yang berada kat tepi saya ni dan adik saya yang masih tido itu dengan ucapan bangunlah cepat, kami lapar nak ajak pegi brekfes nih"
ataupun
"Saya tengah hangit ni, sebab baru je eksiden. Ada kereta langgar tepi pintu, saya bengang lalu terus call radio nih"
ataupun
"Hello, semekom saya Aiman..umur baru 9 tahun. Nak ucapkan selamat hari jadi kepada Dayana Bintang Kecil. Bila nak buat konsert kat sekolah saya?"
Dasaaaatttt kan???
Dah tau mak bapak ada kat tepi, kau bisik je la kat telinga diorang. Ucapkan rasa sayang stret ke hati, tak perlu susah payah bayar prepaid nak call radio. Yang satu hal lagi, adik kau tido buat pe nak kasi ucapan? Pegi hantok kepala dia la suruh bangun. Dasaatttt betol lahh.
Satu lagi, ini aku perasan berkali gak la kat radio. Baru eksidenlah, tayar pancitlah.. tapi nak call radio dulu..baik kau call tow truck ke, call mak bapak dulu ke..lagi bagus. Takde maknanya bagitau DJ yang kau eksiden.
Oh last bat not lis, budak-budak belom akhil baligh elok habiskan khatam quran dulu. toksah sibuk-sibuk nak telefon radio. Aku dulu sampai tingkatan 3 pun boleh guna telefon untuk telefon kawan je. Tu pun ada limit.
Apa pun, memang dasattt la senario zaman sekarang.
#dasaattttt
0 feedbacks:
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan