Showing posts with label MSL2013. Show all posts
Showing posts with label MSL2013. Show all posts

Sunday, January 6, 2013

ATM "The Gladiators" Rangkul Piala Pertama 2013

Photobucket



ATM  "The Gladiators" berjaya merangkul kejuaraan pertama musim 2013 setelah menewaskan Kelantan "Red Warriors" menerusi sepakan penalti. Kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas 90minit dengan gol-gol dijaringkan oleh Indra Putra dan sepakan percuma cantik dari Izwan Fadli. Jaringan cantik dan permainan baik dari Izwan juga membawa tuah apabila dinobatkan pemain terbaik perlawanan (M.O.M) semalam. 

Apapun, tahniah kepada ATM. Dan dengan perlawanan semalam, bermakna Liga Bolasepak Malaysia akan kembali memeriahkan minggu-minggu akan datang. Sudah pasti pasukan tumpuan ialah Johor DT dengan barisan pemain termahal dalam liga kali ini.

Mengharapkan revolusi baru bola sepak Malaysia musim ini dengan kemasukan lebih banyak sponsor, rebranding pasukan, pengurusan baru dan sebagainya. Cuma persoalannya, bila Presiden FAM nak bertukar rupa.

Akhir kata, "Majulah Sukan untuk Negara".

Wednesday, December 5, 2012

AFF Suzuki Cup 2012 : Nak Kejar Deadline FAM, Johor FA Pancing Safee Sali

MSL2013 nampaknya semakin sarat dengan berita sensasi. Kejap-kejap Johor..kejap-kejap Kelantan. Perak cool je. Melaka toksah cerita. Malam tadi, ribut tak ada, taufan Sandy pun dah tak ada..Keluar berita tentang isu perpindahan Safee Sali. Dan pasukan yang terlibat, tak lain tak bukan...Johor FA.

Mari kita tengok profil Safee dulu,

Photobucket
memang mantap profil Super Sali. suka mendengar radio rupanya

Ramai yang mempersoalkan kenapa FAM benarkan pemain-pemain kebangsaan diganggu dengan isu perpindahan ini tatkala tournament AFF Suzuki sedang berlansung? Memang nampak macam pasukan-pasukan ni semua desperate, tetapi sebenarnya bangang yang anda lontarkan patut dituju kepada FAM. Transfer window (ewah macam BPL) untuk MSL akan berakhir pada 6hb Disember. Tinggal 2 hari je (ketika berlakunya isu Safee ni). Dateline itu yang menyebabkan team-team desperate nak sign player especially yang last minit deal ni.

Sepatutnya FAM ni, extend la dateline since tarikh tu overlap dengan AFF Suzuki. FAM ni tak tengok BPL ka? Macamana transfer ni akan berlarutan sehingga ke jam terakhir dateline. Kalau nak ikutkan sebelum 12malam nanti pun kalau tetiba Sultan lain nak bid aku pun masih sempat. Jadi dalam hal ni, mula-mula nak blame Johor, tetapi bila kita check balik ketetapan FAM tu, kiranya memang patut pun Johor agresif dan bertindak pergi ke wisma FAM terus untuk mengikat Safee. (mesti rombongan naik lambo kan?)

Photobucket
Safee sah ke Johor FA on loan setahun dari Arema Jaya

Satu lagi kena ingat, Safee Sali nak selamatkan karier dia. Liga Indonesia nampaknya semakin tenat. Baru-baru ni ada player import di liga mereka meninggal dunia akibat jangkitan virus. Lebih parah bila ada cerita dia tak dibayar gaji sudah 4 bulan, dan gagal mendapatkan rawatan lebih awal akibat masalah kewangan.

Apa pun, kepada Safee..untunglah, sebab boleh pergi Legoland selalu.

Related Posts with Thumbnails