Showing posts with label Di Luar Kotak. Show all posts
Showing posts with label Di Luar Kotak. Show all posts

Tuesday, February 2, 2010

Di Luar Kotak #3 - Lagi-lagi Facebook

Facebook. Lagi-lagi Facebook. Boleh dikatakan semua orang ada akaun Facebook. Bukan setakat remaja, mak bapak remaja pun sudah ada akaun Facebook. Facebook juga merupakan salah satu medium promosi yang paling efektif. Tidak kira menjual produk, mempromosi syarikat, menghebahkan tentang acara/konsert, buat parti liar pun ada. Pendek kata, macam-macam boleh dilakukan di Facebook. Main game merepek-repek pun di Facebook (aku pun pada mulanya terpengaruh, tapi sudah muak).

Pada aku, tujuan membuka akaun Facebook pada mulanya sama seperti alasan aku membuka akaun Friendster dalam tahun 2003 lalu. Untuk keep in touch dengan kawan-kawan sekolah. Jadi, aku pun membuka akaun Facebook (kalau tak silap 2 tahun lalu). Terbukti Facebook lebih hebat dari Friendster. Bukan setakat kawan-kawan di universiti, sampai ke zaman sekolah rendah pun dapat jejak kasih.

Tetapi, sejak timbul berita mengenai Facebook tak kira dari luar negara mahupun di Malaysia, aku sudah mula risau dengan "kehebatan" Facebook ini. Contoh paling terbaru, kisah "Hate Pages" atau group benci artis ataupun sipulan-sipulan. Tak apa, nanti aku ulas mengenai fenomena ini di entry seterusnya.

Apa-apa pun, aku nak senaraikan serba-sedikit perkara yang aku tak suka mengenai Facebook.

1. User tidak diberi penerangan jelas mengenai privacy setting ketika membuka akaun Facebook.

You hereby grant Facebook an irrevocable, perpetual, non-exclusive, transferable, fully paid, worldwide license (with the right to sublicense) to (a) use, copy, publish, stream, store, retain, publicly perform or display, transmit, scan, reformat, modify, edit, frame, translate, excerpt, adapt, create derivative works and distribute (through multiple tiers), any User Content you (i) Post on or in connection with the Facebook Service or the promotion thereof subject only to your privacy settings or (ii) enable a user to Post, including by offering a Share Link on your website and (b) to use your name, likeness and image for any purpose, including commercial or advertising, each of (a) and (b) on or in connection with the Facebook Service or the promotion thereof.

bermakna, segala maklumat yang terdapat dalam akaun korang boleh diguna oleh Facebook untuk tujuan komersil dan pengiklanan. Bayangkan gambar-gambar peribadi korang digunakan untuk iklan di US misalnya. Kepada yang lebih "daring", bayangkan gambar-gambar seksi clubbing korang tu digunakan untuk iklan "murahan" di US? Silap-silap, iklan ubat kuat terpampang wajah korang..melompat tak? Ini mungkin terlalu umum, tapi tidak mustahil berlaku kan?

info : TOS ini mungkin sudah berubah, tetapi harus diingat, tidak kita Facebook atau apa-apa site sekalipun, apa yang korang "upload" ke web boleh diguna pakai oleh sesiapa saja. Pastikan kita berfikir dulu kandungan yang hendak di "upload".

2. Aku tak suka orang "tag" gambar yang tiada kaitan lansung dengan aku. Mula-mula mungkin kelakar, tapi kalau melebih sangat pun jadi menyampah. Terpaksa aku remove semua tag sebab rimas.

3. Ini ada kaitan dengan no.1, bila maklumat peribadi kita semuanya nak dipaparkan. Secara "detail" pula. Tarikh lahir, no. telefon, alamat rumah, tempat kerja, nama semua ahli keluarga pun nak bagitau satu dunia. Kena ingat, Facebook ini bukan setakat access di Malaysia saja, seluruh dunia boleh tahu maklumat peribadi kita. Banyak kes yang boleh dikaitkan dengan isu ini.

Contoh 1: Kes pekerja dipecat akibat status Facebook. Lain kali kalau ada masalah di pejabat, tak perlu lah "announce" di Facebook. Apatah lagi kalau ada melibatkan nama individu seperti Bos anda. Dengan bijaknya dia menulis nama tempat kerjanya dengan jelas di dalam maklumat peribadi. Jadi, bila kantoi kena pecatlah jawabnya.

Contoh 2: Kes cerai akibat main kayu tiga di Facebook. Boleh rujuk entry sebelum ini.

Apapun, berhati-hatilah dengan kebebasan internet. Tidak kira Facebook, Friendster dan lain-lain, semuanya perlu berwaspada bila berinteraksi tanpa sempadan. Sekali-sekala berfikir tentang akibatnya, menakutkan juga. Sekali tersilap langkah buruk padahnya.


Apa yang aku merepek tentang Facebook ni? Mungkin belum sampai idea blogging bulan Februari lagi..hehe

Friday, January 8, 2010

FTN Blogs : Di Luar Kotak #1 - Iklan "Ubat Kuat"

Di luar kotak #1 - Blog Popular mesti ada iklan ubat kuat

Sempena dengan tahun baru 2010, aku ingin membuat satu pembaharuan untuk blog FTN ini. Di samping layout yang baru (akan datang), aku ingin memulakan satu topik iaitu "Di Luar Kotak". Sekadar untuk menyelitkan pandangan FTN mengenai sesuatu topik disamping ulasan berita seperti biasa. Jadi kali ini kita mulakan dengan pendapat FTN di luar kotak; edisi pertama.

Aku kagum dengan kebolehan ramai blogger hebat di Malaysia ini. Mereka bukan sahaja boleh menjana pendapatan beribu ringgit melalui blog, malah ada yang sudah menjadikan blogging sebagai kerja utama mereka. Dengan kata lain, duduk di sofa rumah setiap hari dan masih mampu mendapat 'gaji' seperti orang yang bekerja di pejabat.

Tetapi apa yang menarik perhatian aku ialah, kebanyakan high traffic blogs ini ada satu persamaan. Cuba perhatikan di sidebar blog mereka. Lihat iklan-iklan yang dipaparkan. Sudah pasti mereka memasang Nuffnang (kalau tidak bagaimana nak menjana duit kan?) Cuba lihat lagi. Perasan tak iklan-iklan yang terdapat gambar perempuan seksi, gambar berpelukan, serta perkataan yang berkait dengan seks.

Takkan sebab duit, kita sanggup mengiklankan produk-produk begini? Bahaya juga, sebab mengiklankan produk yang belum tentu keselamatannya.

Pagi tadi baru saja TV3 menyiarkan berita mengenai satu produk Kopi yang mencampurkan Viagra kedalam ramuannya secara haram. Produk kopi itu jika diambil tanpa sukatan yang betul, boleh menyebabkan penurunan tekanan darah.

Jadi kalau kita mengiklankan produk yang boleh menjejaskan kesihatan, adakah kita dikira bersubahat? Kalau menjual dadah adalah satu kesalahan, bagaimana kalau kita mengiklankan ubat (yang mungkin mengandungi dadah)?

Ini pendapat peribadi saja, terpulang kepada pertimbangan masing-masing. Tapi menarik juga kalau boleh mendapat pandangan dari orang lain. Sila tinggalkan komen. Mari kita bertukar pendapat.

Buta akibat UBAT KUAT - Harian Metro

SUBANG JAYA: Aduan beberapa lelaki yang hilang penglihatan serta rabun selepas memakan sejenis pil perangsang seks membawa kepada penemuan ribuan kotak produk berbahaya berkenaan yang dianggarkan bernilai lebih RM2 juta.

Produk ‘pil buta’ berkenaan yang berselindung di sebalik makanan kesihatan mengandungi herba tongkat ali dan ginseng sebaliknya didapati mengandungi kimia analog yang disahkan boleh membawa maut melalui ujian yang dilakukan Jabatan Kimia.

Difahamkan, syarikat jualan langsung yang mengedarkan produk terbabit ke seluruh negara termasuk negara jiran berselindung di sebalik produk kesihatan tanpa menyedari pil terbabit mengandungi kimia dipanggil Thiosildenafil yang boleh mengancam nyawa pengguna.

Kegiatan terbabit bagaimanapun dibongkar selepas operasi besar-besaran dilakukan serentak di seluruh negara oleh Bahagian Penguat kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kelmarin.

Sumber penguat kuasa farmasi berkata, serbuan awal dilakukan di ibu pejabat syarikat jualan langsung terbabit di Shah Alam bagi mengesan penjualan produk beracun berkenaan.

Cerita lama : Produk Kopi Goji dirampas. Didapati terdapat campuran "Sildenafil" atau Viagra

Cerita baru seperti yang dilaporkan TV3 : Rahsia Kopi RM20

Related Posts with Thumbnails