Showing posts with label Harimau Muda. Show all posts
Showing posts with label Harimau Muda. Show all posts

Tuesday, November 22, 2011

Malaysia Juara Keseluruhan Sukan Sea ke-26. Tahniah!


Fakri Wira Negara. Where's Fakri?

Terbakor telinga dengar ye tak? Idoklah Juara keseluruhan..tapi Malaysia berjaya melawan arus, menyerap segala macam provokasi dan tomahan lansung berjaya mempertahankan pingat emas dalam acara yang paling menjadi tumpuan di Sukan Sea ke-26 iaitu Bola Sepak. Dihadapan lebih 100 ribu penyokong fanatik Laskar Garuda, Harimau Muda berjaya muncul pemenang selepas menewaskan mereka melalui penentuan penalti yang berakhir 4-3. Tahniah Harimau Muda. Kami semua bangga. Kami semua gembira. Kami semua ceria. Bersedialah nak mengadap Syria pula esok untuk kelayakan Olimpik. 

Akhir kata, jauh di lubuk hati..kami mohon Fakri Shaarani direhatkan seketika. Beri peluang dia mencari rentak kembali. Rehatlah..rehat. Bukak facebook/twitter dan baca luahan peminat anda. Kthnxbai. 


Monday, November 21, 2011

Bola Sepak Grand Finale : #HarimauMuda vs Indonesia

Photobucket

Malam ni sekali lagi kita akan beramai-ramai melekat depan kaca tv, layar putih, skrin PC untuk menyaksikan perlawanan getir Final Bolasepak Sukan Sea ke-26 antara Malaysia menentang Indonesia. Kita pernah menewaskan Indonesia dalam perlawanan peringkat kumpulan tempoh hari, walaupun Indonesia memberi alasan barisan pemain ketika itu bukan pilihan utama. Tapi takpe, yang penting skuad Harimau Muda berjaya menyerap segala kutukan, provokasi mengarut, sentimen kebencian yang dikecohkan oleh media Indonesia serta penyokong-penyokong mereka. Walaupun hampir 100ribu memenuhi stadium Bung Karno dan boo lagu Negaraku, namun semangat para pemain tetap utuh dan berjaya melakar kemenangan.

Beberapa jam lagi kita bertemu pasukan Indonesia di stadium keramat mereka yang bakal dipenuhi 100 ribu penyokong fanatik yang gila babeng. Dan malam ini buat kali ketiga, para pemain akan masuk ke dalam Stadium menaiki kereta perisai Barracuda disebabkan faktor keselamatan. Dan doa kami semua, semoga Harimau Muda mampu memberi aksi terbaik, kesabaran yang tinggi serta disiplin di atas padang nanti. Biarlah mereka nak boo lagu Negaraku, tapi nyanyilah dengan semangat. Biar sampai meremang bulu roma, bulu ketiak, bulu segala macam bulu. Lepas tu unleash your skills atas padang, main dengan baik dan hidangkan seluruh rakyat Malaysia dengan keputusan yang cemerlang. Yang penting, jangan jadi pondan macam pesilat Indonesia nih.

Ayuh Malaysia! Kasi gegar Stadium Bung Karno malam ini!

mohon tumbangkan garuda sekali lagi!

Related Posts with Thumbnails