Showing posts with label Sea Games. Show all posts
Showing posts with label Sea Games. Show all posts

Monday, November 21, 2011

Insiden di SEA Games 26 - Pencak Silat Final (Indonesia - Thailand) - MEMALUKAN



Lu orang tengok. Lepas tu kasi komen. Apa punya LOW-CLASS atlet diorang lahirkan ni. Tengok atlit diorang..masuk final tapi main lari-lari macam perempondan. Masuk Silat tapi takde telor. Dah penat lari-lari, pegi gigit bahu atlit Thailand. Wadefak meng! Paling epik...diorang menang! Perkara ni patut diwar-warkan diperingkat dunia. Biar semua orang tengok betapa LOW-CLASS mentaliti diorang nih. Nak ganyang negara orang konon... Bersatu & Bangkit? Piiirahhh ...ref dari Singapore tu pun satu. Apa punya tahik keputusan dia bagi. Dengar cite ref tu dah kena gantung. 

I PITY THESE PEEPS LAH

Wednesday, December 16, 2009

(SPORTS) Final Showdown : Malaysia vs Vietnam 17th December



Pasukan bolasepak Malaysia akan berdepan dengan Vietnam di perlawanan akhir bola sepak bagi merebut pingat emas Sukan Sea ke-25 di Vientiane Khamis ini. Perlawanan yang dijadualkan pada pukul 6 petang waktu Malaysia itu, akan ditayangkan secara lansung di saluran RTM.

Malaysia melangkah masuk ke final setelah mempamerkan aksi bertenaga setelah mengejutkan juara bertahan Thailand 2-1, sebelum berjaya mengatasi tuan rumah Laos di saingan separuh akhir dengan jaringan 3-1 kelmarin.

Malaysia bakal berdepan Vietnam setelah juara Kumpulan A itu mudah menewaskan Singapura 4-1 pada satu lagi aksi separuh akhir. Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas acara bola sepak ialah pada Sukan SEA Edisi 1989 di Kuala Lumpur apabila berjaya menewaskan Singapura 3-1 pada perlawanan akhir.


Mari kita lihat barisan pemain-pemain pasukan Malaysia. Gandingan siapakah yang bakal diturunkan oleh K. Rajagopal di Final nanti? Adakah Zaquan Adha akan di turunkan setelah tamat tempoh penggantungan perlawanan beliau?






Penjaga Gol

Mohd Farizal Marlias
Mohd Sharbini Mohd Alawee

Pertahanan
Mohd Sabre Mat Abu
Mohd Azmi Muslim
Mohd Asraruddin Putra Omar
Mohd Nasriq Baharom
Mohd Muslim Ahmad
Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak
Mahali Jasuli
Mazlizam Mohamad

Tengah
Baddrol Bakhtiar
Mohd Safiq Rahim
Mohd Amirul Hadi Zainal
Amar Rohidan
S. Kunanlan
K. Gurusamy

Penyerang
Abdul Manaf Mamat
Norshahrul Idlan Talaha
Ahmad Fakri Saarani
Mohd Zaquan Adha Abdul Razak

Penjaring Gol Malaysia setakat ini :
Fakri Saarani 4 Gol
Baddrol Bakhtiar, Norshahrul Idlan, Safiq Rahim 3 Gol
Zaquan Adha, Aidil Zafuan, Amirul Hadi, Amar Rohidan, Abdul Manaf, Nasriq 1 Gol

Rekod perlawanan Malaysia Sukan Sea-25
vs Timur Leste (Menang 11-0)
vs Vietnam (Kalah 1-3)
vs Cambodia (Menang 4-0)
vs Thailand (Menang 2-1)
vs Laos (Menang 3-1) - Separuh Akhir


FINAL
MALAYSIA vs VIETNAM



Siapa bakal merangkul pingat emas Sukan Sea-25 nanti? Jom beramai-ramai memberi sokongan kepada pasukan Malaysia khamis ini!
MALAYSIA BOLEH!

-FTN

LATEST!! dipetik dari Bernama
KUALA LUMPUR 16 Dis. - Bahang kejayaan pasukan bola sepak Sukan Sea negara memasuki perlawanan akhir untuk menentang Vietnam esok, turut terasa di Dewan Negara apabila majikan disaran agar membenarkan pekerja mereka pulang lebih awal bagi menyaksikan siaran langsung perlawanan itu.

FTN : Jangan lupa sambut awal muharam juga ya!

SOURCE : BERNAMA

Related Posts with Thumbnails