Showing posts with label Tolong Awek Aku Pontianak. Show all posts
Showing posts with label Tolong Awek Aku Pontianak. Show all posts

Friday, July 22, 2011

Jika Diberikan Satu Peluang

Sebenarnya tajuk lagu nyanyian Pretty Ugly dalam filem Tolong! Awek Aku Pontianak. Dah lama tak dengar Pretty Ugly punya lagu baru. Masa dapat tengok media preview filem tu, dapat la dengar lagu yang sempoi ni. Tajuknya "Jika Diberikan Satu Peluang". Jom Layan!



PRETTY UGLY
JIKA DIBERIKAN SATU PELUANG

Jika diberikan ku satu peluang
Apa yang aku impikan
Pulihkan segala kesilapan
Jika diberikan ku satu peluang
Kembali ke masa silam
Kan ku pilih tarikh kita dulu

Bagai dijanjikan
Pertemuan singkat waktu itu
Bagai dituliskan
Kesetiaanmu

Pernah dulu ku sebutkannya
Pernah dulu ku ingkarinya
Bukan bermaksud
Melukakan hatimu
Ku lakukannya untuk kita
Ku lakukannya demi cinta
Bukan bermaksud

Maafkan diriku

Jika diberikan ku satu peluang
Apa yang aku impikan
Diriku dirimu dulu
Jika diberikan ku satu peluang
Tembusi masa depanku
Kan ku suluh tiga tahun dari situ

Saatnya terhenti
Seketika kau terima lafaznya
Saatnya ku nanti
Dikau bahagia

Saturday, July 2, 2011

Sinopsis/Review Filem Tolong Awek Aku Pontianak

Photobucket


Nak cerita panjang lebar tentang ke"best"an filem Tolong Awek Aku Pontianak (TAAP) ini kang, orang kata spoiler. Aku diberi peluang untuk tonton media preview filem ini pada 28 June lepas. Senang cerita memang best. Antara filem Melayu romantik komedi yang terbaik setakat ini. Tiada lawak slapstik, tiada dialog skema, but laughter all the way. Aku selamba ringkaskan macam ini je :

Photobucket


Walaupun aku tau korang semua berebut nak tengok Transformers 3, tapi make sure korang luangkan masa jugak tengok filem TAAP ini. Worth the ticket. Bawak family pun syok. 

Meh baca sinopsis cerita TAAP ini. Don't worry, takde spoiler.
Percintaan dua dunia berbeza… Sebuah filem komedi seram yang mengisahkan Bob (Zaharil), berperwatakan lurus bendul dan baik hati yang bekerja di sebuah syarikat pengiklanan, di bawah penyeliaan Faizal (Rashidi Ishak). Selepas berpisah dengan teman wanitanya (Ina), Bob dan kawannya, Pian berpindah ke sebuah apartmen lain. Kehidupan baru Bob bermula selepas berpindah dan bertemu dengan dua beradik, iaitu Maya (Sazzy) dan Liyana (Liyana Jasmay). Pada mulanya Liyana tidak menyenangi kehadiran Bob dan Pian kerana takut identiti Pontianak mereka terbongkar. 
Namun selepas menguji Bob, mereka mengakui bahawa Bob tidaklah seperti yang mereka sangkakan. Sejak itu, mereka berempat menjadi kawan baik. Hubungan Bob dan Maya pula bertambah rapat selepas insiden beg Maya diragut. Selepas bertemu Maya di rumah Bob, Faizal melamar Maya untuk bekerja di syarikatnya. Faizal cuba memikat Maya, namun hampa. Kemudian Faizal berpakat dengan Kamal untuk menakutkan Maya. Tetapi berlaku sebaliknya, Faizal dan Kamal pula yang ketakutan setelah dikacau oleh Pontianak. Faizal mula curiga dengan kehadiran Maya dan menyuruh Kamal mencari bomoh untuk menyiasat kehadiran Pontianak dipejabatnya. 
Faizal menyatakan keraguannya tentang Maya kepada Pian dan mereka berpakat untuk membongkar identiti Maya dan Liyana. Di parti yang diadakan oleh Faizal, mereka melakukan pelbagai cara untuk membuktikan Maya dan Liyana adalah Pontianak.
Tapi… keadaan menjadi kacau apabila datang lagi seorang lagi Pontianak; Nadia (Nurul Wahab). Datang dari Johor ke KL, semata-mata nak cari Maya. Kehadiran Nadia banyak mengucar-kacirkan kehidupan Maya, Liyana dan Bob. 
Bagaimanakah kesudahan filem ini, adakah kehidupan Bob yang loser akan bertukar menjadi lebih baik dengan kehadiran Pontianak ni? Atau menjadi bertambah loser? Sama-samalah anda nantikan di pawagam pada 7.7.2011 ini.

Photobucket

Photobucket

Photobucket


Akhir sekali, tak lengkap bagi review kalau takde rating.. Jadi aku dengan selamba je memberi filem Tolong! Awek Aku Pontianak ini :

****
(4 bintang berkelipan)

Thursday, June 30, 2011

(GAMBAR) Sekitar Tayangan Perdana Tolong Awek Aku Pontianak di WangsaWalk

Photobucket


Pada hari Selasa, 28 Jun tempoh hari aku telah diberi peluang menghadiri tayangan perdana filem "Tolong Awek Aku Pontianak" (TAAP) di TGV Cinemas WangsaWalk. Filem terbitan Tayangan Unggul ini diarahkan oleh James Lee, yang sebelum ini pernah muncul dengan filem "Sini Ada Hantu". Filem berkonsepkan Komedi+Romantik+Seram ini menggabungkan pelakon-pelakon hebat seperti Zahiril Adzim, Sazzy Falak, Liyana Jasmay, Rashidi Ishak, Harun Salim Bachik dan ramai lagi.

Filem ini bakal muncul di pawagam-pawagam bermula 7 Julai nanti. Tak lama dah, minggu depan je. Kalau nak ulas lebih lanjut, nanti jadi spoiler pula. Nanti aku ceritakan dalam entri lagi satu. Apa pun, ini ada sedikit gambar yang sempat aku rakamkan ketika majlis tersebut.

Photobucket
Aril AF7, penyanyi lagu OST Filem TAAP, Hanya

Photobucket
Malaysia's Sweetheart Lisa Surihani pun datang beri sokongan

Photobucket
James Lee dan para pelakon sedang menjawab soalan media

Photobucket
Zahiril Adzim sebagai Bob, hero filem TAAP

Photobucket
Barisan pelakon TAAP

Wednesday, June 15, 2011

Koleksi Trailer Filem Baru akan datang 2011

Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit
Dari pengarah filem Zombie Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah, Mamat Khalid kembali dengan filem terbaru. Masih di Kampung Pisang, tapi kali ni cerita pasal Husin lagi banyak kut. Ntah bila nak ditayangkan..tunggu jer ler.




Sekali Lagi
Filem dari Metrowealth. Barisan pelakon terdiri dari Malaysia's sweetheart Lisa Surihani, Artis paling popular 2010 Sam Shaheizy, dan pelakon comel adik Mia Sara Nasuha. Cerita pasal Sam yang berlakon sebagai seorang yang kebudak-budakan dan IQ yang rendah..alaa ni macam filem Jack lakonan Robin Williams tu kut. Bakal ditayangkan 30 Jun 2011. Tak lama dah ni..




Hantu Bonceng
Ni konfem pecah perut. Filem komedi seram dari pengarah Ahmad Idham. Tapi yang bestnya sebab pelakon utama ialah Zizan Raja Lawak. Heroin plak Juliana Evans. Sebab tu diorang berdua ni kena gossip..sebab berlakon sama-sama. Cerita pasal mat rempit yang kena kacau dengan hantu (lakonan Juliana Evans). Tengok je la trailer dia. Tarikh tayangan masa Raya nanti..31 Ogos 2011.




Tolong Awek Aku Pontianak
Filem ni macam klakar je aku tengok. Barisan pelakon pun menarik. Ada Zahiril Adzim, Sazzy Falak, Liyana Jasmay, Afdlin Shauki, Bell Ngasri, Harun Salim Bachik, Nurul Wahab, dan Jehan Miskin. Cerita ala-ala twilight la kut. Tapi since barisan pelakon tu klakar-klakar belaka, I bet this could be an interesting movie to watch. Coming soon 7th July.




Flat 3A
Flat 3A. Satu lagi cerita seram dari Metrowealth. Rajin benor buat cerita seram. Kali ni pelakon utama Intan Lydiana dengan sorang lagi aku tak kenal siapa. Standard cerita seram, gelap gelita, ada hantu budak dan sebagainya. 14 Julai depan akan muncul di pawagam..2 minggu lepas tu keluar ASTRO First, 2 minggu lagi keluarlah DVD..hahaha




8 Jam
Aaa ini satu filem misteri aku jumpa trailer dia kat youtube. Ini pun Metrowealth punya, sebab hero dia Shaheizy Sam, arahan Ahmad Idham. Cerita ala-ala Ong Bak dan banyak aksi macam filem Thailand. Kejar-kejar, gaduh, golek-golek. Overall dari Trailer nampak dramatik. Mana taknya, diorang guna khidmat stunt director yang pernah kerja dengan Tony Jaa untuk filem Ong Bak tuuu. Tak sure bila akan ditayangkan, tapi most probably dalam tahun 2011 jugak!



Related Posts with Thumbnails