Showing posts with label Takziah. Show all posts
Showing posts with label Takziah. Show all posts

Tuesday, October 19, 2010

Masihkah Kau Ingat

Masih teringat lagi. Ok fine, tidak bagus berperangai macam ini.
Yang pergi tetap akan pergi.

Cuma kali ini berlainan sedikit. Mungkin perlu sedikit masa lagi. Sikit je.

Seorang bespren serta mempunyai minat yang sama. Aku rasa, sejak aku tamat belajar dan memulakan hidup di Kolumpo ni, banyak masa aku habiskan dengan dia... berfotografi.

Kali terakhir berkolaborasi, di majlis perkahwinan Anne Hot FM.

Harus tabah. Harus terima hakikat. Harus redha dengan ketentuan.
Terharu melihatkan begitu ramai sahabatnya berkumpul di tanah perkuburan tempoh hari.

Al-Fatihah.

Saturday, October 16, 2010

Kehilangan

awal pagi tadi jam 1.35am, aku kehilangan seorang rakan seperjuangan dalam fotografi.

muda remaja, seorang yang ceria.
tetapi tiada siapa pun tahu disebalik keceriaan itu, rupanya ada derita yang terselindung.

arwah meninggal dunia akibat brain tumor yang sudah merebak hampir 20% daripada otaknya.

sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Taufiq.

semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aminn

Friday, April 2, 2010

Pelawak Din Beramboi Meninggal Dunia Jam 12.30 malam akibat Denggi Berdarah, Al-Fatihah..



Ini bukan lagi lawak, ia kenyataan. Merujuk kepada status Facebook Afdlin Shauki, Din Beramboi telah pergi meninggalkan kita kira-kira jam 12.30malam, Jumaat 2hb April 2010 bersamaan 17 Rabiatul Akhir. Seluruh ahli keluarga berada di sisi arwah ketika itu termasuk isteri dan tiga orang anaknya.

Abang iparnya telah mengesahkan arwah meninggal dunia akibat Denggi Berdarah atau Shock Dengue Fever, walaupun sebelum ini pelbagai spekulasi tentang penyakit arwah timbul. Al-Fatihah kepada arwah, dan takziah kepada ahli keluarga Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri. Arwah berusia 44 tahun. Arwah akan dikebumikan di tanah perkuburan Taman Ihsan, Kepong sebelum solat Jumaat.

Sebagai seorang peminat beliau, sudah pasti ia satu kehilangan besar di Malaysia. Masih teringat gelak ketawa menonton gelagat arwah dalam rancangan bersiri Spontan bersama rakan-rakan lain seperti Afdlin sendiri, Zizan, Nabil dan lain-lain. Paling tidak boleh lupa, klip video arwah bersama dengan Afdlin Shauki ketika parody lagu Ah Long Bukit Beruntung.

Dan sudah pasti, temannya di konti radio Aznil Hj. Nawawi akan merasa sunyi selepas ini kerana setiap pagi biasanya dia ditemani dengan gelak ketawa arwah Din Beramboi. Pastinya riuh pagi di Era.fm mungkin tidak lagi seriuh dulu..

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.

Saturday, January 23, 2010

Al-Fatihah. Kemangkatan DYMM Sultan Johor (22 Jan 2010)

JOHOR BAHRU, 22 Jan. – Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO bersama dengan seluruh ahli UMNO menyembahkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang teramat sangat ke atas kaum kerabat Di Raja Negeri Johor di atas kemangkatan DYMM Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan memaklumkan demikian setelah beliau mendapat pengesahan daripada kenyataan Setiausaha Sulit Pemangku Sultan Tuanku Ibrahim berkenaan kemangkatan baginda pada jam 7.08 malam tadi.

Terdahulu pada sebelah petang Al-Marhum Sultan Iskandar telah di masukkan ke Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru setelah gering.

Ekoran itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar hari ini dilantik sebagai Pemangku Sultan semasa kegeringan baginda Sultan.

Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli melalui satu kenyataan memaklumkan, Jumaah Majlis Diraja membuat keputusan itu di bawah Fasal 9(1)(b) dan 9(2) Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 selepas menerima laporan kesihatan daripada pakar-pakar perubatan mengenai kegeringan baginda.

Menyorot kembali, Almarhum Sultan Iskandar yang diputerakan pada 8 April 1932 adalah Yang di-Pertuan Agong Malaysia kelapan iaitu antara 26 April 1984 hingga 25 April 1989.

Almarhum Baginda adalah putera sulung kepada Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim dengan isterinya Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Paduka Bena Sri Maharaja Utama Ahmad dan dilantik sebagai Tengku Mahkota pada 1959.

Justeru, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas roh Almarhum dan semoga dihimpunkan bersama orang-orang yang soleh – Al-Fatihah.

Related Posts with Thumbnails