Monday, June 13, 2011

Korean Cars : Hyundai Avante

Haa, masih mengenai kereta. Sebelum ni aku cerita pasal kereta Kia K7 kan? Kali ini sebijik lagi model Korea yang aku tertarik masa visit ke sana 2 minggu lepas. Kali ini dari kilang Hyundai pulak. Namanya Hyundai Avante. Ini ialah generasi ke-5 platform ini. Sekarang kat Malaysia masih model lama yang dikenali sebagai Elantra..alaa yang ada dim light kaler biru kat centre console dia tuu.

Kete ni dah macam adik kepada 2011 Sonata, yang menampilkan ciri-ciri fluid design pada keretanya. Avante ada dua variasi enjin iaitu 1.6L dan 1.8L. Kete ni memang cun, lagi-lagi kalau dapat tengok secara live. Sayangnye aku tak berpeluang naik kereta ni kat sana. Teksi kat sana kebanyakkannya semua Sonata dan K7.

Apa pun, kat sini aku tempelkan gambar-gambar kereta Hyundai Avante. Dengar-dengar tak lama lagi Hyundai akan membawa masuk model ini ke pasaran Malaysia. Ada info dari forum-forum automotif mengatakan Hyundai Malaysia sudah membuka tempahan awal untuk model ini. Tak pasti sahih ke tak. Tapi kalau betul launch kat Malaysia, sudah tentu Honda City, Toyota Vios akan tergugat. Sebab design-wise memang kereta ini 100% menang! Cuma ramai masih belum yakin sepenuhnya dengan engine performance dan spare parts cost.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Cun kan?

1 feedbacks:

ADLIL RAJIAH said...

lampu depan belakang smart habis!

Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails