"Japan hasn’t seen damage like this since World War II." - CNN
Aku pernah belajar di Jepun. Sebab tu bila ada rakan tweet ada gempa bumi di sana semalam, aku terus check yahoo japan website. Bila baca ada amaran tsunami, aku agak ini mesti gempa yang besar. Lalu terus semak TheStar, CNN, BBC, NHK dan sebagainya. Mula-mula dilaporkan 7.9 kemudian bila update jadi 8.9skala richter! Itu sudah MAJOR EARTHQUAKE!
Keadaannya memang menakutkan. Gempa yang kuat, Tsunami yang menghanyutkan segalanya, dan amaran radiasi pun ada sebab power generator di Jepun kebanyakkannya menggunakan tenaga nuklear. Pagi ini berita dari Jepun melaporkan hampir 1,000 kematian dilaporkan, beratus-ratus lagi masih gagal ditemui. Alhamdulillah, rakan-rakan pelajar dan rakyat Malaysia di sana dilaporkan selamat. Walaupun telefon bimbit tak boleh guna, namun mereka masih dapat menggunakan Facebook, Twitter untuk melaporkan keadaan masing-masing.
Apa pun, aku doakan semua rakan-rakan di Jepun, khususnya kawasan Tohoku dan tak lupa di Nagano. Hampir semua yang aku kenal (especially batch aku) dah berjaya dihubungi melalui FB. Semoga mereka semua tabah menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Gegaran susulan pasti ada jadi hati-hati dengan barang-barang di rumah.
Kalau tak silap aku, sekarang ni student tengah sibuk nak attend interview kerja dan menamatkan pengajian bagi pelajar tahun akhir di Jepun.
Aku yakin Jepun memang sudah bersedia menghadapi sebarang bencana. They are very well prepared. Their buildings are build to withstand up to 7magnitude of earthquake. Tapi mungkin skalanya begitu besar kali ini, ditambah dengan Tsunami besar dan kebimbangan radiasi nuklear.
My thoughts are with the people in Japan.
My thoughts are with the people in Japan.
0 feedbacks:
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan