Monday, March 14, 2011
From The News
Sudah 4 hari bencana menimpa negara matahari terbit Jepun. Berita dari Jepun juga ada melaporkan skala gempa bumi yang melanda Jepun pada 11 March lalu merupakan gempa berskala 9.0 (sebelum ini dilaporkan 8.8). Ia merupakan bacaan terkuat pernah dicatatkan di Jepun. Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan juga ada menyebut, krisis yang menimpa Jepun kali ini yang paling teruk sejak Perang Dunia ke-2. Di tambah dengan kebimbangan berlaku kebocoran radiasi nuklear di Fukushima.
Walaupun Jepun dipuji sebagai negara yang paling bersedia dari segi teknologi dan disiplin rakyat mereka, namun kemusnahan yang berlaku akibat Tsunami amat dasyat dan mengejutkan seluruh dunia. Terus terang, aku amat kagum dengan ketenangan orang-orang Jepun menerima takdir yang menimpa. Bergotong-royong membersihkan jalan untuk memberi laluan kepada pasukan penyelamat, berkongsi makanan/minuman sesama sendiri, masih boleh beratur dengan sabar ketika membeli makanan dan sebagainya. Respect!
Apapun, takziah aku ucapkan kepada penduduk Jepun dan berdoa agar mereka dapat kembali meneruskan hidup selepas dilanda bencana yang besar. Aku tak dapat bayangkan kalau aku berada dalam situasi yang sama. I'm actually looking foward to how the Japanese government and it's people will try to recover from this massive disaster. How long will it take to clear up the mess, and move on with life.
Nak tengok gambar-gambar menakjubkan keadaan sebelum dan selepas gempa/tsunami di beberapa kawasan utama Jepun? klik sini.
FYI, antara peristiwa Gempa Bumi yang diingati pernah berlaku di Jepun
Jan, 1995 - Hanshin Awaji Daishinsai di Kobe, skala magnitud 7.2richter (6434 kematian, lebih 300000 hilang tempat tinggal)
Oct, 2004 - Chuetsu Jishin di Niigata, skala magnitud 6.9richter (40 kematian, 3000 cedera, dan lebih 100,000 hilang tempat tinggal)
July, 2007 - Chuetsu Oki Jishin di Niigata, skala magnitud 6.6richter (11 kematian, 1000 cedera, 342 kediaman musnah)
//sedih bila ada rakyat Malaysia yang kurang sensitif dengan situasi semasa. Berita Harian dan Kosmo dengan lawak kartun dan berita ntah apa-apa. Kemudian ada pula rakyat Malaysia yang beri komen bencana yang menimpa Jepun setimpal dengan serangan mereka ke atas Tanah Melayu dulu. Apa punya ketinggalan zaman la. Korang bukan main bangga pakai kereta buatan Jepun, sibuk nak makan sushi masa dating dengan awek tapi mengungkit kisah lama bila mereka ditimpa bencana. Bodoh!
Jangan tak tahu, Jepun adalah antara negara yang paling aktif/pantas menghantar pasukan bantuan ketika negara-negara lain dilanda bencana. Paham?
Next entry : aku nak share some amazing heartwarming stories by the Japanese
5 feedbacks:
harap2 semuanya ok, especially rakyat malaysia kt sana.
Aku setuju dengan ayat2 akhir kau bro.
orang ditimpa musibah, patutnya tumpang bersimpati kalaupun tak boleh buat apa2. Ni makin mengeji. Sungguhlah what the hell rasanya~
ya la bro, memang tak sensitif langsung.
;(
hazzy share picture(link) tu dengan officemate & my boss.
Thanks
sorry, I'm a bit emotional about this tragedy...sebab pernah spend 4 years kat sana. And tempat I belajar dulu pun affected gak.
but deep in my heart i know the japanese are very strong hearted people and some how they will overcome all this and become a better country.
just worried about the radiation problem... :(
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan