"また再建しましょう!"
Masih mengenai malapetaka yang baru menimpa Jepun. Tapi aku tak mau bagi cerita yang dah sedia ada di suratkhabar. Gambar-gambar pun dah banyak tersiar. Apa yang aku nak sebarkan ialah semangat bangsa Jepun yang begitu hebat.
Ini video petikan berita dari TV Jepun. Berita dimana para penyelamat berjaya menjumpai 3 orang mangsa yang terselamat dari dalam sebuah rumah yang teruk dilanda tsunami. Oh dan seekor anjing peliharaan mereka juga. Mereka dijumpai 42jam selepas kejadian Tsunami membadai Jepun.
Kuatnya semangat pakcik ini. Dia masih mampu tersenyum, mengucapkan terima kasih pada tentera yang menyelamatkan dia. Lepas tu pakcik tu cakap dia juga pernah terselamat ketika Tsunami (akibat gempa di Chile) tahun 1960, dan dengan tenang berkata "Kita akan bina semula rumah ini".. "saya tidak apa-apa"...Tidak mengeluh apa pun. Dia tak cakap pun pasal duit tak ada, pasal harta yang rosak, tapi dia beri kata-kata semangat pada semua dahulu. Sangat positif. Ini lah cara mereka memberi semangat kepada satu sama lain. Respect!
Aku speechless. Aku rindu orang-orang Jepun. Aku teringatkan keluarga angkat aku di sana. Tak lupa juga sensei-sensei yang pernah mengajar aku dulu. I wish I could have that positive spirit from them. Don't get me wrong, aku bukan memperlekeh orang lain, cuma aku amat-amat berharap kita dapat belajar sesuatu daripada peristiwa ini..
The Japanese People Are True "Ultraman"
感動..(terharu)
感動..(terharu)
0 feedbacks:
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan