Showing posts with label Berita Palsu. Show all posts
Showing posts with label Berita Palsu. Show all posts

Thursday, September 8, 2011

Ciri-Ciri 1Malaysia Office Dengan Teknologi Hijau

Photobucket

Khamis, 8 Sept - Malaysia merupakan antara negara yang mengamalkan teknologi hijau. Teknologi Hijau memainkan peranan yang penting untuk mengurangkan penggunaan tenaga elektrik, tenaga RON97, justeru menjimatkan dari segi perbelanjaan. Disamping itu juga, teknologi hijau dapat mengelakkan bencana alam seperti gempa bumi dan ribut taufan, walaupun saya tak berapa percaya tetapi itulah yang disampaikan oleh Professor Emiratus Dr. Rosmah awal tahun dulu.

Menyahut seruan itu, sebuah syarikat bumiputera yang pakar dalam Teknologi Hijau iaitu 1Malaysia Hijau Development dengan kerjasama syarikat pengeluar komputer terkenal Dell & HP, telah menyiapkan satu prototype "1Malaysia Green Technology Office" yang akan menjadi benchmark kepada semua arkitek/kontraktor untuk menyediakan ruang pejabat baharu pejabat kerajaan dan anti-kerajaan. Antara ciri-ciri yang terdapat dalam rekaan ini ialah bahan kedap bunyi, mudah dikitar semula, spare part murah, penjimatan harga bahan mentah sehingga 70%, mudah-alih (senang dipindah kesana kemari) dan bermacam-macam lagi.

Ini sekali lagi meletakkan nama Malaysia di persada dunia apabila menjadi negara pertama yang mengaplikasikan teknologi hijau dalam pejabat. Teruskan membaca untuk melihat sendiri contoh prototype 1Malaysia Green Technology Office.


Tuesday, March 15, 2011

Tolong Baca dan Fahamkan

repost :

dear friends, pls stop spreading khabar angin sebelum usul periksa. kesian korang beli handphone mahal2, laptop canggih, pakai unifi ape kejadah semua tapi tak pandai guna aplikasi google. gunalah teknologi untuk kebaikan kita semua please. kthanxbai.


maksudnya :
1. Jangan sakan nak sms atau RT cepat-cepat. Saya tahu rakyat Malaysia ni raja Undi SMS, pantas je tekan keypad handphone tu.
2. Sebab penyebaran berita-berita palsu macam ini la jadi kes naik harga barang. Macam rumours gula la, dan sebagainya. Silap-silap sebab khabar angin ni harga payung naik..kan?
3. Kata nak jadi blogger berhemah la ape bala lah, jadi janganlah main RT je. Tahu la kamu ada followers ramai, popular la katakan. That will create fear among others tau.
4. Teknologi ada, GUNA LAH! Akal pun ada, GUNA LAH!

Related Posts with Thumbnails