Thursday, July 28, 2011

Harimau Malaya - This is Our Mission

Malaysia vs Singapura

Terima kasih Shafizul92 kerana menghasilkan video pembakar semangat ini. Ini bukti kita masih mampu bersatu. Tidak kira AGAMA, BANGSA, FAHAMAN POLITIK, UMUR dan sebagainya. Tanggal 28 Julai 2011, tak kira anda di Stadium Bukit Jalil, di rumah, di dalam kereta, di tempat kerja mahupun di mana sahaja..kita semua warga Malaysia akan mendoakan kejayaan pasukan Harimau Malaya dalam misi memadamkan kemaraan Singapura. Biarpun apa sekali kisah silam, kita yakin Harimau Malaya boleh lakukannya di tempat sendiri. Biar ngauman harimau menenggelamkan sorakan penyokong lawan. Inilah masanya kita buktikan pemain ke-12 team Harimau Malaya.


Alang-alang dah tengok video, apakata kita imbas balik footage-footage berikut kasi bakar semangat Harimau kita. Kita bukan nak over confident, tapi nak kekalkan positive vibes dan yakin untuk berjaya. Peminat bola kat Malaysia ni teringin nak tengok pasukan bola sepak kita makin maju. Tak nak la momentum terganggu dek pasukan ntah apa-apa macam Singapura tu.




video-video di atas kredit penuh kepada pemilik akaun masing-masing


p/s : dalam keghairahan nak sokong team kita, jangan lupa pula tuntutan agama ok? Kepada yang pergi stadium tu bawaklah kain alas, sejadah ke, atau pun kertas buat alas untuk solat nanti. Surau pasti penuh. Jangan takat tulis kat twitter je doa, doa, doa tapi tak solat. Lepas maghrib pasti lebih tenang menonton bola di stadium. Mudah-mudahan hajat pergi ke stadium menyokong pasukan kesayangan itu akan diberkati oleh Allah. Amin

0 feedbacks:

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails