Tuesday, July 26, 2011

Bolos 5 gol mudah, #HarimauMalaya perlu Amuk di Bukit Jalil

Harimau Malaya vs Singapura 28 July


Rata-rata rakyat Malaysia yang menyaksikan siaran lansung perlawanan Pusingan ke-2 di kaca TV, mahupun live di Stadium Jalan Besar (bukan Padang Besar ye Datuk) pasti sedikit kecewa dengan persembahan pasukan kesayangan kita apabila tewas 3-5 di tangan musuh tradisi kita Singapura. Rata-rata kalau dilihat di timeline twitter dan status rakan-rakan di Facebook, barisan pertahanan dan penjaga gol menjadi mangsa kritikan. Bukan apa, peminat agak kecewa kerana prestasi mereka agak jauh berbeza dengan perlawanan-perlawanan sebelum ini. Dan kelima-lima gol boleh dikatakan agak mudah dibolosi.

Namun perjalanan Harimau Malaya masih belum berakhir. Masih ada baki 90minit yang sangat berharga buat seluruh rakyat Malaysia. Singapura bukan sukar untuk diatasi. Walaupun secara realitinya kesemua pemain yang menjaringkan gol Singapura itu bukanlah "warga original" pun. Kita tidak tewas dengan Singapura, tetapi kita tewas dengan dua orang pemain China, seorang dari England, Serbia dan Bosnia. Oh, tak lupa jurulatih mereka sekali.

Harimau Malaya vs Singapura


Yang pastinya, gelanggang Bukit Jalil perlu diisi sepadat-padatnya dengan semangat juang Harimau Malaya. Mengaumlah stadium Bukit Jalil 28 Julai nanti. Seluruh rakyat mengharapkan persembahan mantap dari Safee Sali dan rakan-rakan. Berjuanglah sehingga minit terakhir. Pastikan kita meratah pasukan palsu Singapura untuk teruskan misi 2014. Walaupun aku belum pasti dapat menjejakkan kaki ke Stadium, namun akan tetap menyokong dari rumah dengan seluruh ahli keluarga.

AYUH Malaysia. Bangkit HARIMAU MALAYA!!. Jangan putus harapan. Di Bukit Jalil nanti, di atas Tanah Tumpah Darah Kita semua, kita gegarkan gol Singapura. Mengaumlah sepuas-puasnya..ratahlah sehabis boleh. Semoga kejayaan milik kita semua.

+ + + + + +

Seronok bila stesen radio, media, blog semua bersatu memberikan kata-kata semangat buat pasukan kita. Siapa lagi yang akan menyokong pasukan Harimau Malaya kalau bukan kita semua? Contohilah negara Jepun, yang tetap memuji pasukan mereka walaupun apa sekalipun keputusan yang mereka capai. Bukan overconfident, bukan bangga diri tapi kita mesti yakin yang Malaysia mampu menumbangkan Singapura khamis ini!

0 feedbacks:

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails