Tuesday, July 26, 2011

SAGA FLX 1.3 CVT - It's Even Better

Proton Saga FLX 1.3 CVT


SAGA FLX sudah dilancarkan dan model upgrade dari SAGA FL itu sudah pun berada di showroom PROTON EDAR sejak dua hari lepas. Secara umumnya luaran masih sama seperti SAGA FL, tetapi terdapat sedikit perubahan pada interior finishing dan upgrade pada bahagian powertrain dan transmisinya.

Untuk interior, ada finishing color baru untuk trim parts, iaitu warna lebih gelap sedikit berbanding SAGA FL sebelum ini. Meter console juga diberi wajah baru. Lain-lain ada sama seperti model SAGA FL sedia ada. Untuk ciri-ciri keselamatan pula, bagi model Executive, terdapat 2 Airbag serta ABS (Anti-lock Braking System) dan EBD (Electronic Brake Distribution). Ini merupakan antara upgrade yang dinanti-nanti bagi model SAGA yang dapat membantu memberikan pemanduan yang lebih selamat.

Dari segi powertrain, SAGA FLX kali ini dilengkapi enjin 1.3 liter CamPro IAFM yang dipertingkatkan, menghasilkan 94hp@5,750rpm dan 120Nm@4,000rpm tork maksimum. Berbanding Saga FL sebelum ini, kuasa enjin kini terhasil pada rpm lebih rendah, iaitu 5,750rpm berbanding 6,000rpm. Daripada maklumat di brochure, fuel consumption juga ada improvement berbanding SAGA FL. Tahap penjimatan minyak dianggarkan sebanyak 4% untuk pemanduan biasa (city drive) dan mencapai 10% untuk pemanduan di lebuhraya.

Sedikit info tentang CVT pada kereta PROTON kali ini


Proton Saga FLX 1.3 CVT


Proton Saga FLX 1.3 CVT


Untuk SAGA FLX baru ini, satu warna unik diperkenalkan iaitu Elegant Brown selain warna-warna lain seperti Solid White, Tranquility Black, Genetic Silver dan Blue Rock. Harga bagi SAGA FLX ialah seperti berikut :

SAGA FLX 1.3 MT Standard = RM38,598.00
SAGA FLX 1.3 CVT Standard = RM41,598.00

SAGA FLX 1.3 MT Executive = RM42,398.00
SAGA FLX 1.3 CVT Executive = RM44,998.00

Proton Saga FLX 1.3 CVT


Proton Saga FLX 1.3 CVT

Overall, aku rasa ini satu upgrade yang baik dan tepat pada masanya. Sudah lama peminat automotif menantikan ciri-ciri ini dalam kereta sedan budget seperti SAGA. Sesuai dengan tagline kali ini, SAGA FLX - It's Even Better. Dengan kemunculan model ini, nampaknya saingan antara PROTON dan PERODUA menjadi makin menarik. Apakah PROTON mampu mengekalkan kedudukan no 1 untuk 6 bulan berikutnya? Hmm..kita tunggu statistik bulan depan.

0 feedbacks:

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails