Showing posts with label Hyundai. Show all posts
Showing posts with label Hyundai. Show all posts

Sunday, September 23, 2012

(VIDEO) Kia K3; The New Forte/Cerato

Ohai!

Lagi video mengenai model terbaru Forte. Kali ini video rasmi dari Kia. Walaupun dalam bahasa Korea, tetapi yang penting kita dapat melihat dengan jelas rekabentuk, dan teknologi yang diperkenalkan dalam model terbaru Kia Motors ini.







Monday, June 13, 2011

Korean Cars : Hyundai Avante

Haa, masih mengenai kereta. Sebelum ni aku cerita pasal kereta Kia K7 kan? Kali ini sebijik lagi model Korea yang aku tertarik masa visit ke sana 2 minggu lepas. Kali ini dari kilang Hyundai pulak. Namanya Hyundai Avante. Ini ialah generasi ke-5 platform ini. Sekarang kat Malaysia masih model lama yang dikenali sebagai Elantra..alaa yang ada dim light kaler biru kat centre console dia tuu.

Kete ni dah macam adik kepada 2011 Sonata, yang menampilkan ciri-ciri fluid design pada keretanya. Avante ada dua variasi enjin iaitu 1.6L dan 1.8L. Kete ni memang cun, lagi-lagi kalau dapat tengok secara live. Sayangnye aku tak berpeluang naik kereta ni kat sana. Teksi kat sana kebanyakkannya semua Sonata dan K7.

Apa pun, kat sini aku tempelkan gambar-gambar kereta Hyundai Avante. Dengar-dengar tak lama lagi Hyundai akan membawa masuk model ini ke pasaran Malaysia. Ada info dari forum-forum automotif mengatakan Hyundai Malaysia sudah membuka tempahan awal untuk model ini. Tak pasti sahih ke tak. Tapi kalau betul launch kat Malaysia, sudah tentu Honda City, Toyota Vios akan tergugat. Sebab design-wise memang kereta ini 100% menang! Cuma ramai masih belum yakin sepenuhnya dengan engine performance dan spare parts cost.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Cun kan?

Tuesday, June 7, 2011

Korean Cars : Kia K7 a.k.a Kia Cadenza

Last week aku ke Korea atas urusan kerja. Cuaca agak cantik, dalam pertukaran musim dari Spring ke Summer. Suhu antara 18-20 darjah macam tu. Di Seoul, orang ramai dah mula pakai t-shirt, ada yang sudah bersandal..kalau pakai jaket tu boleh berpeluh jugak lah. Anyway, ini trip ke-2 aku ke Korea sejak tahun 2008. 2 years past, memang banyak perubahan aku dapat tengok.

Takpe, that one aku akan cerita kemudian. Hari ni nak tempek gambar kereta yang aku jumpa kat sana. FYI, industri automotif di Korea memang pesat sejak kebelakangan ini. 2 syarikat automotif besar Korea, iaitu Kia Motors dan Hyundai masing-masing sudah mula melakukan perubahan drastik terhadap model-model kereta diorang. With the support of their government plus huge tax over foreign cars, kita dapat lihat kereta buatan negara Korea melimpah ruah di jalan raya mereka. Eventhough ramai still complaint on Korean made engines especially reliability & Fuel consumption, tapi penerimaan secara total kenderaan mereka memang hebat. Tambahan pula dengan marketing strategy mereka yang hebat sejak menjadi main sponsor World Cup 2010 dulu.

Okeh, ini salah satu kereta yang menarik perhatian aku. Perhatikan yang parking sebelah 5-series Beemer ini. Ini model high-end Kia K7, atau dikenali sebagai Kia Cadenza di pasaran antarabangsa. Kereta ini pernah dipamerkan kat KL Motorshow sebelum ini. A bigger brother to the Kia K5 atau Optima (yang bakal dilancarkan oleh Naza tak lama lagi).

Photobucket
5-series next to the Kia K7

Photobucket
The trademark "Tiger Nose" by Peter Schreyer

Photobucket
awesome interior


Semat kan kereta K7 ini? There's a lot of Audi cues can be seen. Tapi takpe, at least diorang design menjadi. Tak macam Chinese Car Maker yang tiru bulat-bulat tukar lambang pastu mengaku kereta diorang sendiri. Nanti aku nak tunjuk satu lagi kereta favourite aku di Korea. The Hyundai Avante (model terhangat kat Korea sekarang). Can be seen almost everywhere in Korea.

What do you guys think of Korean Automotive Industry? 


Related Posts with Thumbnails