Monday, January 31, 2011

Spyshot Myvi 2011 Uncovered!

PANAS NIH

Spyshot Myvi 2011 sudah terbocor di internet. Sama ada sengaja atau tidak, sudah terbocor dan terbogel sudah wajah baru Myvi 2011. Seperti yang aku jangka sebelum ini rear design tak banyak berubah dan Perodua masih mengekalkan design lampu brek yang lebih kurang dengan model sekarang. Tidak sama dengan Passo 2011.

Ini sekali pandang macam gambar dalam kilang. Tengah QC inspection barangkali. Macamana boleh terbocor? Ada dua faktor, vendor yang curi ambil, atau pun staff Perodua sendiri yang bocorkan atau pun mungkin salah satu strategi marketing yang sengaja dilakukan. Heh nampaknya production unit sudah ada, tak lama lagi lah tu nak launching.

Photobucket
view depan dah ada rupa Hyundai pulak. Ni baseline ni, takde foglamp

Photobucket
Rear view tak banyak ubah, no suprise. Interior tak tahu


Setuju tak front view Myvi ini iras-iras Hyundai nye latest front fascia design cue sket..
Apa pendapat korang design versi 2011 ni?


SOURCE : pic kredit to TS at forum lowyat

Friday, January 28, 2011

Shaolin Osemness

no problem, you can skip the warm-up session until 1.00 

OSEM!

Tuesday, January 25, 2011

Mengucap di Radio

Ohayop!

Pagi-pagi dijamah dengan berita dari akhbar Metrol yang Fasha Sandha dan Jejai sudah putus. Eloklah tu. Ada chance gadis-gadis lain tumpang naik Camaro Bumblebee Jejai kan? Eh eh dah macam blog gossip pulak. Nak trafik ler tewww.. #desperet

Baidewei, aku nak cerita pasal ucapan Radio. Korang pernah tak rasa tertekan bila dengar ucapan radio yang mengarut2, ataupun alasan yang orang bagi bila diorang call ke radio?

contohnya :

"Saya nak ucapkan selamat pagi kepada ibu dan ayah saya yang berada kat tepi saya ni dan adik saya yang masih tido itu dengan ucapan bangunlah cepat, kami lapar nak ajak pegi brekfes nih"

ataupun

"Saya tengah hangit ni, sebab baru je eksiden. Ada kereta langgar tepi pintu, saya bengang lalu terus call radio nih"

ataupun

"Hello, semekom saya Aiman..umur baru 9 tahun. Nak ucapkan selamat hari jadi kepada Dayana Bintang Kecil. Bila nak buat konsert kat sekolah saya?"


Dasaaaatttt kan???

Dah tau mak bapak ada kat tepi, kau bisik je la kat telinga diorang. Ucapkan rasa sayang stret ke hati, tak perlu susah payah bayar prepaid nak call radio. Yang satu hal lagi, adik kau tido buat pe nak kasi ucapan? Pegi hantok kepala dia la suruh bangun. Dasaatttt betol lahh.

Satu lagi, ini aku perasan berkali gak la kat radio. Baru eksidenlah, tayar pancitlah.. tapi nak call radio dulu..baik kau call tow truck ke, call mak bapak dulu ke..lagi bagus. Takde maknanya bagitau DJ yang kau eksiden.

Oh last bat not lis, budak-budak belom akhil baligh elok habiskan khatam quran dulu. toksah sibuk-sibuk nak telefon radio. Aku dulu sampai tingkatan 3 pun boleh guna telefon untuk telefon kawan je. Tu pun ada limit.

Apa pun, memang dasattt la senario zaman sekarang.

#dasaattttt

Photobucket

Sunday, January 23, 2011

Berita Tahi Lembu

Photobucket
obviously taken from Harian Metro

Habis tu nak nilai tang mana? Saiz cawan ke? This is pure BS news.

Tuesday, January 18, 2011

Tahukah Anda?

Tahukah anda?
Konfemlah tak tahu kalau tak diberitahu.
Bukan apa..

Tahukah anda aku dah 6 hari tak update blog?

Peduli hape kan? Haha

Kadang-kadang banyakkan sangat kita nak buat dalam satu masa.
Tapi ultimatumnya, keluarga tetap no 1.

Thursday, January 13, 2011

Bontot Kereta Ini Seksi

Photobucket
LEXUS CT200 H

Sila pasang lagu "SEXY BACK" dari Justin Timberlake

Wednesday, January 12, 2011

#tanyanajib

Bukan main meletup hashtag #tanyanajib semalam. Lebih hebat dari #2AlamSarcasm dan #malaysiacheatlaser. Hebat sampai satu masa mencecah top 5 most popular trending topics di Twitter worldwide. Aktif juga Malaysians dengan Twitter nih. Aku pun tak lepaskan peluang semalam dengan soalan-soalan cepu emas dan tak lupa juga sarcasm untuk #tanyanajib. Kebetulan je sebenarnya, aku tak tahu lansung pasal #tanyanajib, tapi bila aku tengok ramai guna hashtag tu, baru tau ada something going on. Aku sendiri pun dah tak ingat apa soalan aku, nak track balik jangan harap lah. Dah beratus ribu, silap-silap berjuta umat #tanyanajib sejak petang semalam. Walaupun dah ditutup pukul 6pm 11 Januari, tapi still bersepah orang #tanyanajib. Kepada yang bosan, dan perlukan sedikit hiburan hari ini silalah search hashtag #tanyanajib di twitter. Pasti menghiburkan!Ok tak entri satu paragraph ni? Saje nak kasi mata korang bekerja sikit.

Monday, January 10, 2011

Juara AJL25 ialah Ana Raffali? Addhoii

Yuna Juara AJL25?
Ana Raffali Juara AJL25

Itulah yang aku baca dekat timeline twitter aku sejak semalam. Hampir semua rakan aku yang pergi full rehearsal AJL25 semalam kata persembahan Yuna Ana sangat hebat sampai meremang bulu roma, bulu hidung, bulu ketiak dan segala bulu yang ada. Jangan lupa Yuna Ana merupakan artis yang buat persembahan untuk pertama kali tau kali ini! Kalau dia mampu jadi juara, kira sejarah lah tu.

Photobucket
Ah shit, salah Google. Ini Yuna Ito lah
bukan Yunalis Zarai. 

FT korang nak campak mana? Dua bijik lagu dia nak gamble tu weh!

+ + + + + + +

UPDATE #AJL25

Mantap seh persembahan Yuna Ana. Memang osem gila. Nice music arrangement dengan okestra. Potential winner. Memang winner pun! Persembahan sangkar yang memukau juri


KEPUTUSAN PENUH AJL25

1. Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku
2. Meet Uncle Hussein feat Black - Drama King
3. Hafiz - Noktah Cinta

Vokal terbaik
Hafiz - Noktah Cinta

Persembahan terbaik 
Faizal Tahir - Hanyut

Sunday, January 2, 2011

Err..








Selamat Tahun Baru 2011..
maaf zahir batin?

あけましておめでとう!
今年もよろしくね









Related Posts with Thumbnails