Wednesday, January 12, 2011

#tanyanajib

Bukan main meletup hashtag #tanyanajib semalam. Lebih hebat dari #2AlamSarcasm dan #malaysiacheatlaser. Hebat sampai satu masa mencecah top 5 most popular trending topics di Twitter worldwide. Aktif juga Malaysians dengan Twitter nih. Aku pun tak lepaskan peluang semalam dengan soalan-soalan cepu emas dan tak lupa juga sarcasm untuk #tanyanajib. Kebetulan je sebenarnya, aku tak tahu lansung pasal #tanyanajib, tapi bila aku tengok ramai guna hashtag tu, baru tau ada something going on. Aku sendiri pun dah tak ingat apa soalan aku, nak track balik jangan harap lah. Dah beratus ribu, silap-silap berjuta umat #tanyanajib sejak petang semalam. Walaupun dah ditutup pukul 6pm 11 Januari, tapi still bersepah orang #tanyanajib. Kepada yang bosan, dan perlukan sedikit hiburan hari ini silalah search hashtag #tanyanajib di twitter. Pasti menghiburkan!Ok tak entri satu paragraph ni? Saje nak kasi mata korang bekerja sikit.

0 feedbacks:

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails