Showing posts with label Kereta. Show all posts
Showing posts with label Kereta. Show all posts

Tuesday, June 25, 2013

Peraduan Nama Siapa Hebat PROTON

 photo Screenshot2013-06-25at51508PM_zps4b35b980.png

Ahaaa!!

PROTON akan kembali dengan model serba baharu tahun hadapan!! Yaa tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Suku pertama 2014, bakal menyaksikan sebuah model kompak keluaran PROTON. Bersempena dengan model terbaharu tersebut, pihak pengurusan PROTON telah menganjurkan satu peraduan menamakan model tersebut! Tempoh peraduan selama sebulan bermula hari ini dan menawarkan hadiah-hadiah lumayan sehingga RM120,000. Termasuklah hadiah utama sebuah kereta kompak terbaharu proton!

Apa lagi, ini lah peluang nak menang kereta secara percuma. Hantarlah seberapa banyak penyertaan sekalipun. Tak dapat kereta, HTC One pun ok apa? hahaha

Yang pastinya, kereta ini direka untuk menepati kehendak EURO NCAP 5 bintang. Kerangka yang diperkuatkan dengan teknologi hot press forming (seperti Preve), dan dilengkapi banyak ciri-ciri terbaru yang belum ada pada model PROTON sebelum ini. Memang dasat!

Apa lagi? Jom kita bagi nama!!

 photo Screenshot2013-06-25at51454PM_zps1166d531.png
Hadiah-hadiah lumayan ditawarkan

Monday, October 29, 2012

PROTON + HONDA = ?

Photobucket


Nampaknya terdapat perkembangan drastik dalam isu rakan strategik pengeluar kereta nasional, PROTON. Hari ini begitu kencang dilaporkan di akhbar tentang ura-ura PROTON bakal mengikat perjanjian dengan rakan strategik dari negara matahari terbit. Antara calon-calon yang disebut awal pagi tadi termasuklah SUZUKI, NISSAN, TOYOTA dan HONDA.

Terbaru, lewat petang tadi laman Paultan.org ada melaporkan yang PROTON sudahpun mencapai persetujuan dengan HONDA sebagai rakan strategiknya. Menurut laporan awal, perjanjian itu ada meliputi perkongsian teknologi, platform dan kemudahan fasiliti. 

Apakah kemungkinan PROTON bakal mendapatkan kepakaran dari HONDA untuk membangunkan enjin terbaru? Kita masih menantikan pengumuman rasmi dari kedua-dua pihak tentang perkembangan ini.


Sunday, September 23, 2012

(VIDEO) Kia K3; The New Forte/Cerato

Ohai!

Lagi video mengenai model terbaru Forte. Kali ini video rasmi dari Kia. Walaupun dalam bahasa Korea, tetapi yang penting kita dapat melihat dengan jelas rekabentuk, dan teknologi yang diperkenalkan dalam model terbaru Kia Motors ini.







Thursday, July 19, 2012

Perodua Alza Advance Edition Diperbaharui - RM69,503

PERODUA telah melancarkan model MPV mereka Alza Advance Edition yang diberi penambah-baikan berbanding sebelum ini. Dari sudut luaran, ia masih mengekalkan body-kit yang sama seperti sebelum ini. Namun, bahagian interior diberi nafas baru dengan paparan multimedia unit skrin sesentuh dengan integrasi GPS/Navigation. Ini merupakan "carry over" aksesori dari model Myvi yang terbaru. Maklumat lanjut dengan merujuk kepada brochure-brochure berikut.

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket

sumber : Buy-Perodua.com

Tuesday, December 13, 2011

(7 Gambar) PROTON Exora Bold & Prime : Leaked Foto Interior & Exterior

Tak pasti sama ada ini diklasifikasikan sebagai spy shot, sebab gambar-gambar ini diperolehi dari laman Facebook Proton Exora & laman blog Kizzkazz65. Mungkin ini dah jadi trend promosi secara tidak lansung. Tidak ada selindung-selindung lagi, dan khabarnya akan dilancarkan tak lama lagi (pertengahan bulan Disember). Di sini ada 7 keping gambar, 1 Exora Bold dan 6 lagi Exora Prime.

Kepada yang merancang nak membeli sebuah MPV untuk keluarga, tunggu sikit lagi. Mungkin penantian anda berbaloi dengan Exora Bold atau Prime nanti. MPV pertama keluaran PROTON dengan harga yang kompetitif.

Gambar Proton Exora Bold Prime
Gambar 1 : Proton Exora Bold dengan CFE (warna Elegant Brown)

Gambar Proton Exora Bold Prime
Gambar 2 : View dari depan


Gambar Proton Exora Bold Prime
Gambar 3 : Front fascia Proton Exora Prime dengan CFE

Gambar Proton Exora Bold Prime
Gambar 4 : Seat dengan leather kemasan warna coklat muda


Gambar Proton Exora Bold Prime
Gambar 5 : Rear combi lamp Exora Prime (sama dengan Exora Bold)

Gambar Proton Exora Bold Prime
Gambar 6 : Interior Exora Prime, ada kemasan seperti kayu (macam camry)

Gambar Proton Exora Bold Prime
Gambar 7 : Close up I.C.E, 2 Din dengan touch screen. Ada reverse camera + GPS



Nota Kaki Ayam:
Daripada sumber yang boleh dipercayai, gambar-gambar ini mungkin gambar prototype Exora Prime, kerana Exora Prime sepatutnya menawarkan konfigurasi seating 6 tempat duduk berbanding Exora Bold 7 tempat duduk. Pendek kata, Exora Prime ni akan menjadi variant paling premium bagi Exora. Warna exterior juga mungkin berbeza.

Apa pun, yang pastinya Exora Bold & PRIME ada Enjin CFE 1.6L dan transmisi CVT3 (kemungkinan besar dengan steptronik). Wah makin hangat berita tentang Exora Bold & Prime ni!

Thursday, December 1, 2011

(AUTO NEWS) Mobil Indonesia Pertama, GEA : Rp 40 Jutaan


Photobucket

Waduh, comel sekali ya. Ini lah wajah mobil nasional pertama Indonesia, GEA. Bakal dilancarkan dalam bulan Disember setelah beberapa kali tertunda. Harganya hanya Rp 40 jutaan saja. Mobil GEA ini akan di grand launching di Jakarta sama dengan versi GEA polisi. Mobil citycar ini punyai wheelbase 1.965m.

Ahhhh..cukup saja di sini. Ngapa-in aku berbahasa begini? Mau baca lagi lanjut, sila ke laman web ini

Aku tak reti nak cerita banyak. Tapi membaca perenggan ini...
Dan bila kita masuk ke dalam mobil yang memiliki dimensi 3.320×1.490×1.640 mm (PxLxT) ini nuansa mewah tersembur berkat pilihan warna beige di kabin mobil meski atribut di bagian dalam seperti roda kemudi, panel indikator atau AC control masih tampak jadul.
membuatkan aku tersenyum simpul mati. (ok aku sebenarnya nak gelak, tapi cover line) 

Indonesia baru nak bermula dengan industri automotif tempatannya. Apa pendapat korang semua?


Tuesday, October 18, 2011

Sembang Kereta : City Car by VW Group

Ni mungkin cerita dah basi sket, tapi nak jugak aku jadikan entri. Baru-baru ini gergasi automotif Eropah, Volkswagen memperkenalkan model barunya yang berkonsepkan kereta bandar (city car) yang diberi nama Volkswagen UP! Kereta comel-comel gitew ini mempunyai panjang 3.54m dan lebar 1.64m. FYI, Myvi punya size 3.69m panjang, 1.67m lebar. So VW Up! lebih kompak dari Myvi kesayangan rakyat Malaysia.

Walaupun size nampak macam kecik, tapi VW Up! menjanjikan keselesaan untuk 4 orang dewasa kerana wheelbase yang agak besar iaitu 2.42m. Jadi keluasan interior dimaksimakan sebaik mungkin. Kapasiti boot pun agak besar iaitu 251 liter. Tak boleh bayangkan? sila banding dengan Myvi 2011 yang mempunyai kapasiti boot 208 liter je tau! This is brilliant engineering by the Europeans. Small car with large capacity.

Banyak lagi spesifikasi menarik model VW Up! ni. Rajin-rajinlah buat carian di rakan baik kita Google, dan check it out.

Volkswagen UP!

Photobucket


Photobucket

+ + + + + +


VW Up! ini juga dikeluarkan oleh dua lagi syarikat milik penuh VW iaitu SKODA dan SEAT. Berkongsi platform yang sama, tapi rekaan eksterior diberi sentuhan tersendiri. Ini merupakan perkongsian bijak dari Volkswagen Group untuk mengurangkan kos membuat kereta disamping memperluaskan market mereka.


Skoda Citigo

Photobucket


Photobucket

SEAT Mii

Photobucket


Photobucket

Wednesday, October 12, 2011

Awesome Stuff : Kereta Main Zero Point


Wadehek meng!

Thursday, May 12, 2011

Countdown #Myvi2011

Baru-baru ni PERODUA ada bagi hint tentang launching produk terbaru mereka. Apalagi kalau bukan Myvi 2011. Tak pasti sama ada nama Myvi akan maintain atau tidak. Tapi dalam ucapan MD Perodua tu ada menyebut, kalau launching Sept kira dah terlambat untuk diorang kejar target sales tahun ini sebanyak 195,000 unit. Since sekarang dah May, kemudian PERODUA mention yang sales mereka akan kembali melonjak (sejak krisis Tsunami di Jepun - yang efek parts PERODUA) maknanya model terbaru ini akan dilancarkan somewhere around end July or early August.

Seperti biasa, model ini bakal jadi hit. Sebab apa? tak banyak kereta yang boleh compete dengan dia dalam segmen yang sama. It's a perfect 2nd car, and 1st car for students. And most important, that T-brand factor yang banyak membantu imej PERODUA. So kepada sesiapa yang ada plan nak sambar Myvi, better wait a bit..dapatkan yang baru. Totally new interior (based on Alza dashboard), walaupun exterior not so much different. But there will be a new engine variant, 1500cc also based on the Alza. Ini pasti jadi biggest selling point. 

Photobucket
Ciri-ciri membezakan Toyota Passo & Myvi 2011 (hadapan)


Photobucket
Ciri-ciri membezakan Toyota Passo & Myvi 2011 (belakang)

Monday, February 28, 2011

Macamana Tak Traffic Jam Hari-hari Kak, kalau..

gambar aku selambe recycle

Jumlah kenderaan yang berdaftar di Malaysia sehingga tahun 2010 sudah mencecah 21.25 juta! Peningkatan sebanyak 11.74% daripada tahun 2009 iaitu 19.01 juta kenderaan. Ini termasuk semua jenis pengangkutan iaitu Lori, Bas, Motosikal, dan juga Traktor.

Kuala Lumpur tops the list, dengan 4.9juta kenderaan diikuti oleh Johor sebanyak 2.9juta. Selangor dan Pulau Pinang masing-masing sebanyak 2.4juta dan 2.2juta buah kenderaan.

+ + + + + + +

Mana tak jem oi..!

tukar topik :
Situasi keluarga sekarang.
Bapak bekerja. Mak pun bekerja. Anak yang dah bekerja pun ada, yang belajar di Universiti pun ada. Belum kira yang sekolah menengah lagi tu.
Bapak satu kereta, Mak pun satu kereta. Anak yang kerja kat bank tu pun satu kereta, yang kat Universiti pun ada kereta..at least Viva sebijik. Yang sekolah menengah pun nak pakai motor..rempit la katakan.
Kat situ aje dah 5 buah kenderaan. Kalau ada 10 keluarga produktif macam ni? dah ada 50 biji kereta. 

Fuihh...dashattt..dashatttt. Takkan nak suruh aku buat vlog pasal ni? Tak pasal-pasal wehh..hahaha


SOURCE : data dirujuk dari Motortrader.com.my

Monday, January 31, 2011

Spyshot Myvi 2011 Uncovered!

PANAS NIH

Spyshot Myvi 2011 sudah terbocor di internet. Sama ada sengaja atau tidak, sudah terbocor dan terbogel sudah wajah baru Myvi 2011. Seperti yang aku jangka sebelum ini rear design tak banyak berubah dan Perodua masih mengekalkan design lampu brek yang lebih kurang dengan model sekarang. Tidak sama dengan Passo 2011.

Ini sekali pandang macam gambar dalam kilang. Tengah QC inspection barangkali. Macamana boleh terbocor? Ada dua faktor, vendor yang curi ambil, atau pun staff Perodua sendiri yang bocorkan atau pun mungkin salah satu strategi marketing yang sengaja dilakukan. Heh nampaknya production unit sudah ada, tak lama lagi lah tu nak launching.

Photobucket
view depan dah ada rupa Hyundai pulak. Ni baseline ni, takde foglamp

Photobucket
Rear view tak banyak ubah, no suprise. Interior tak tahu


Setuju tak front view Myvi ini iras-iras Hyundai nye latest front fascia design cue sket..
Apa pendapat korang design versi 2011 ni?


SOURCE : pic kredit to TS at forum lowyat

Sunday, December 26, 2010

Jom Skodeng Perodua Myvi 2011

O hai.
Kali ini aku nak sembang fasal kereta dari PERODUA pula. Kereta yang dikhabarkan akan muncul 1st Quater 2011, iaitu new Myvi 2011. Lately sejak PROTON mengumumkan tentang SAGA Facelift (yang sudah pun dilancarkan), PERODUA mengambil langkah awal "menayangkan" model baru syarikat itu di jalan raya. Dari situ muncul lah "spy shot" kereta yang bakal muncul suku tahun pertama 2011 itu nanti.

Photobucket
Myvi 2011 Spyshot

Sekali pandang mesti ramai kata sama saja. Cuma tukar tailgate belakang yang nampak ada styling line berbanding  model Myvi sekarang (rujuk gambar bawah). Tapi sebenarnya kalau di kaji betul-betul, Myvi itu adalah sama dengan Toyota Passo/Daihatsu Boon yang baru. Kali ini PERODUA mengambil inisiatif lebih sikit dengan menukar bahagian depan (most probably headlights, bumper), dan belakang (tailgate, rear combi lights, bumper). Pendek kata, similar to what PROTON did with the SAGA Facelift.

Photobucket
current Myvi design (ini versi SE)

Photobucket
ini Toyota Passo 2011 (yang berkongsi platform dengan Myvi)

Kalau diperhatikan betul-betul, kita boleh mengesan design Passo baru di dalam Myvi 2011 spyshot. Cuba bandingkan styling line pada pintu di mana sama dengan Passo terbaru. Bentuk pintu belakang pun sama, di mana PERODUA cuba menyembunyikan styling line pintu dengan menampal kertas putih seolah-olah design Myvi sekarang (rujuk kedua-dua gambar bawah).

Paling ketara diubah ialah bahagian belakang, di mana PERODUA membawakan design baru pada tailgate dan rear combi light. Perhatikan curvature pada bumper belakang sama dengan Passo, tetapi di tambah rear reflector dan kedudukan nombor plet diletakkan di atas.

Photobucket

Apakah perubahan pada Myvi 2011 nanti? Based on specification pada Passo, tidak banyak perbezaan sebab ia berkongsi platform yang diteruskan daripada model Passo sebelumnya. Cuma ada sedikit perbezaan pada Length dan Height kereta tersebut. Width masih sama so kita boleh bayangkan keluasan dalaman tidak banyak berubah dengan model sekarang.

Photobucket

Cuma yang masih menjadi tanda tanya ialah bagaimana rupa bahagian depan dan trim dalaman kereta Myvi 2011 nanti. Apakah ia akan membawa konsep yang ada pada Passo 2011 seperti di bawah? Tapi aku rasa, PERODUA akan memilih untuk menggunakan konsep yang ada pada Myvi sekarang kerana lebih menjimatkan jika carry over design. Mungkin ada perubahan sedikit tapi rasanya tidak akan serupa dengan Passo 2011 ini yang nampak terlalu simple dan terbuka.

Photobucket

Model baru Myvi ini sebenarnya sudah di "teaser" masa pameran KLIMS baru-baru ini. Jadi agaknya sudah boleh agak rupanya bagaimana. Dan rasanya model dibawah ini membayangkan variant SE untuk Myvi berdasarkan design bumper yang agresif dan front grill yang garang (garnish berwarna hitam saja di tunjukkan).

Photobucket

Apakah Myvi akan diperkenalkan dengan variant 1500cc? Kenalah kita tunggu lebih banyak lagi spyshot muncul. Hopefully ini bukan model variant Myvi lagi dengan harga yang berpatutan. Nampaknya industri automotif di Malaysia semakin rancak tahun hadapan!

Gambar-gambar sumber dari carian google.

Tuesday, December 7, 2010

Kuala Lumpur International Motorshow 2010

Kuala Lumpur International Motorshow 2010 (KLIMS'10) - LOTUS Evora

Kuala Lumpur International Motorshow 2010 (KLIMS'10) - LOTUS Esprit

Kuala Lumpur International Motorshow 2010 (KLIMS'10)

Thursday, November 11, 2010

New PROTON INSPIRA Launched! 2.0P RM91,999!

Photobucket
gambar kredit to Paultan.org

TERBAEKKK!
Itu komen yang aku dengar bila tengok gambar PROTON Inspira. Akhirnya ia dilancarkan juga hari ini di Centre of Excellence, PROTON EDAR setelah sekian lama menanti. Walaupun semua sedia maklum kereta itu sudah ada di Malaysia sebagai Mitsubishi Lancer GT, tetapi masih ramai yang teruja nak melihat sendiri kereta hasil keluaran kilang PROTON di Shah Alam itu. Ramai yang masih skeptikal dengan produk buatan Malaysia. Ramai yang masih berpegang kepada dakyah yang PROTON tak mampu keluarkan kereta berkualiti, power window problem dan sebagainya.

Tapi terus terang aku katakan, sejak model PERSONA, semua mimpi ngeri dulu sudah berkurangan dengan signifikan sekali. Kali ini PROTON melancarkan satu lagi model barunya iaitu PROTON INSPIRA. Model yang dipasang berdasarkan Mitsubishi Lancer GT. Satu usahasama dengan syarikat automotif Jepun yang pernah dulu menjadi mentor kepada PROTON. Walaupun terdapat kritikan tentang projek rebadge engineering ini, even dari pak Menteri kita (ingat lagi komen Bung) namun sambutan yang diterima amatlah baik.

Kalau tak silap tempahan INSPIRA sebelum majlis perlancaran pagi tadi sudah pun mencapai 1800+. Tahniah kepada PROTON atas kejayaan melancarkan satu lagi model dalam line-up produk mereka. Komen dari journalist automotif dan juga daripada MMC Japan memberi respon positif. Masing-masing mengakui terdapat perbezaan handling jika dibandingkan dengan Mitsubishi Lancer GT.

Nanti kita cerita panjang lebar tentang PROTON INSPIRA. Untuk rujukan, ini harga bagi 3 variant kereta tersebut :

Harga PROTON INSPIRA
1.8 M/T - RM78,999
1.8 CVT - RM84,999
2.0 CVT - RM91,999

Maklumat lanjut boleh refer laman web khas PROTON INSPIRA

Nota Spare Tyre :
Minggu ni memang minggu yang baik untuk PROTON. Pertama ialah kejayaan team PROTON R3 Rally di APRC 2010 apabila menamatkan pusingan Rally China dengan kejayaan tempat 1 dan 2. Dan kejayaan kedua apabila PROTON EXORA Hybrid memenangi anugerah "Best Range Extender EV" di Royal Automobile Club (RAC) Future Car Challenge di London.

Tahniah PROTON!

Wednesday, November 10, 2010

Cium Bontot

Di suatu pagi yang indah..
Kaki melangkah ke petak yang menempatkan kenderaan ruji aku ke tempat kerja. kunci ditusuk dan diputarkan. Enjin pun ditala. Memandu ke tempat kerja.
Ok semacam je tatabahasa aku kali ni.

Sebenarnya kisah yang berlaku pagi tadi ketika menuju ke tempat kerja. Sedang aku menunggu di simpang traffic light yang sedang merah, tak semena-mena..

"Gedebuk!"

Mula-mula buat tak tahu. Ingatkah bunyi lori besar yang berada di lorong bertentangan. Sekali aku pandang kat rear view mirror, "apahal ramai orang belakang kereta aku ni?"

Sekali ada awek moto tergolek dot belakang kete aku. Konfius aku kejap. Hujan takde, ribut takde awek tu terbabas langgar belakang kereta aku. Lebih kurang macam ni lah..

Photobucket
Jalan 3 lane, semua lane penuh kereta 

Macamana berlaku masih menjadi misteri. Dari arah kiri moto tu datang, dan ditemui terbabas dalam keadaan macam tu. Awek penunggang motor tu cedera sikit, sebab kaki dia tersepit bawah motor dia. Pembonceng ok sempat selamatkan diri. Kesan perlanggaran kat kereta aku sangat minimal. Bermakna dia dalam kelajuan yang perlahan. Cuma aku masih tak faham kenapa dia jatuh. Ruang tu sebenarnya sempit, sebab ada kereta depan belakang.

Aku tolong sama dengan der der lain angkat awek motor tu sebelum sambung ke tempat kerja. Harap-harap awek berdua tu selamat dan mendapat rawatan di klinik.

Photobucket
tercalit sikit kesan tayar kat bumper aku. tapi takde kemek. 



Begitulah kisah cium bontot di pagi hari.

Kthnxbye.

Photobucket

Monday, August 2, 2010

Model Gantian Waja Semakin Dinanti-nanti

Ini baru betul "spyshot" beradab. Sumber dari Paultan.org

Salam 1Malaysia, 2August. Setelah seharian tidak berblogging. Hari ini aku kembali lagi dalam bulan yang baru. Bulan yang penuh bermakna bagi aku, kerana banyak tarikh penting berlaku dalam bulan ini.

Kembali pada topik asal, minggu lepas laman blog automotif kecoh apabila gambar kereta Model Gantian Waja yang bakal dikeluarkan di kilang PROTON yang berdasarkan model Mitsubishi Lancer terbocor akibat tindakan seseorang yang menangkap gambar di KLIA. Bukan sekadar gambar luaran, tetapi sampai interior pun habis dicerobohi (terma yang sesuai sebab kereta itu sudah pasti bukan miliknya). Walaupun peminat automotif gembira dengan kewujudan gambar-gambar "spyshot" itu, tetapi secara personal aku rasa itu bukan cara yang betul.

Apa pun, hari ini ada satu lagi "spyshot" kereta tersebut yang sedang menjalani ujian road test di Pulau Pinang. Basicly semua orang tahu ia model "rebadge" Mitsubishi Lancer. Dan berdasarkan laporan akhbar dan info lain, ianya adalah usahasama PROTON dengan Mitsubishi, di mana Mitsubishi membenarkan PROTON menggunakan model itu sebagai satu model PROTON. Ini bukan bermakna PROTON sudah ketandusan idea, tetapi pendapat aku ia sekadar mengisi gap between line-up model PROTON sementara menanti kemunculan EXORA Turbo, dan khususnya Persona Replacement.

Mungkin inilah wajahnya nanti dengan Grille trademark PROTON
gambaran Model Gantian Waja dari Theophilus Chin
sumber dari Paultan.org

Sebelum ada komen mengatakan PROTON ketandusan idea atau sebagainya, rasanya elok aku tekankan di sini seperti yang dilaporkan dalam akhbar, ini adalah satu business strategy antara PROTON dan Mitsubishi. Proton masih ada aktif model running seperti Saga, Persona Enhancement, Exora.

p/s : agaknya apakah nama yang bakal diberikan kepada Model baru ini? nampak lebih ke arah family car berbanding Mitsubishi Lancer GT yang lebih sporty..setuju?

Sessi soal jawab di FormSpring FTN!

Saturday, April 24, 2010

Coming Up Next di FTN : Ada Kisah Honda FREED Baru!

Nak preview sikit entri "coming soon" dari FTN. Kalau ada masa, aku akan cuba post malam ini juga. Antara cerita yang hendak diceritakan di hujung minggu ini :

1. Model terbaru dari Honda, MPV Freed! dan review daripada sessi test-drive
2. Kisah kemalangan yang berlaku sepanjang perjalanan aku ke Klang petang tadi.
3. Isu budak-budak desperate nak bunuh diri akibat cinta

Apa pun, aku paparkan dulu sedikit gambar-gambar yang sempat aku rakam guna kamera phone. Biasalah, kualitinya jangan dibandingkan dengan kualiti dari DSLR yang biasa aku guna. Nanti aku akan cerita panjang lebar tentang kereta Honda Freed ini. Review dari observation aku di showroom dan test-drive report. Cewah, nak jadi Paultan.org ke..hehe

Depan FREED memang ganas, tapi aku tak sanggup ambil gambar rear end

Tuesday, March 30, 2010

Sempena Kedatangan F1 di Sepang, PROTON lancar Satria Neo R3 Lotus Racing Edition dengan 145HP!

Satria Neo R3 - Lotus F1 Edition

PROTON hari ini melancarkan satu model khas sempena dengan perlumbaan F1 yang bakal berlansung di Litar Sepang minggu hadapan. Pengubahsuaian dilakukan oleh R3 (Race Rally Research), dan berharga RM115,000! Perubahan yang ketara ialah dari segi "performance" kereta. Menggunakan enjin CAMPRO CPS 1.6cc yang diupgrade dari 125HP kepada 145HP dan hanya dalam versi Manual sahaja. Selain itu, bonet kereta menggunakan carbon, serta bentuk fender sisi yang baru dengan emblem lotus racing. Lain-lain termasuklah sistem suspensi sports baru, rim aloi R3 dan sistem brake AP Racing 4 Pot with ventilated rotors with ABS & EBD.


Monday, March 22, 2010

Kalau Nak Jual Ikan, Lebih Baik Parkir di Pasar

Biar aku jelaskan tajuk di atas. Ini kisah hidup di Malaysia. Kisah driver "self-fish". Tak belajar sivik. Menyusahkan orang dan menimbulkan kemarahan. Kenapa? Cuba perhatikan kehebatan pemandu-pemandu kereta berikut. Ini semuanya gambar kejadian di Malaysia. Perhatian betapa bijaknya mereka ini.

1. Kereta mahal, tetapi driver kantoi!, nombor plet mesti mahal ni

Sunday, March 21, 2010

Aku Rela Beli Rumah Teres 2 Tingkat Dengan Jumlah Wang Itu


KUALA TERENGGANU - Nombor plat pendaftaran kenderaan Terengganu terus mendapat sambutan apabila nombor TAY 1 memperoleh bidaan tertinggi di Malaysia setakat ini iaitu RM220,000 sementara nombor plat Melaka, MCA 1 yang akan dibuka untuk bidaan dijangka turut menjadi rebutan.

Satu Soalan. Berbaloikah?

Sebab :
1. Yang membawa kita dari A ke B ialah Kenderaan itu sendiri, bukan No Plet
2. Gunalah nombor plet apa sekalipun, kalau eksiden ia akan patah dulu dan nyawa anda mungkin melayang
3. Gunalah nombor plet apa sekalipun, kalau bukan jodoh kamu awek hot itu takkan minat dengan kau.

Setuju?

p/s : mungkin duit lebih dari blogging kut? tak tahu nak buat apa, beli nombor plet mahal-mahal..haha

Related Posts with Thumbnails