Satria Neo R3 - Lotus F1 Edition
PROTON hari ini melancarkan satu model khas sempena dengan perlumbaan F1 yang bakal berlansung di Litar Sepang minggu hadapan. Pengubahsuaian dilakukan oleh R3 (Race Rally Research), dan berharga RM115,000! Perubahan yang ketara ialah dari segi "performance" kereta. Menggunakan enjin CAMPRO CPS 1.6cc yang diupgrade dari 125HP kepada 145HP dan hanya dalam versi Manual sahaja. Selain itu, bonet kereta menggunakan carbon, serta bentuk fender sisi yang baru dengan emblem lotus racing. Lain-lain termasuklah sistem suspensi sports baru, rim aloi R3 dan sistem brake AP Racing 4 Pot with ventilated rotors with ABS & EBD.
