Wednesday, November 30, 2011

Coming Model Line-up dari PROTON (P3-21A March 2012!)

Salam sejahtera, Salam 1Malaysia, salam semuanya. Siapa sempat tonton Buletin Utama semalam? Aku yakin ramai tak tonton pun kan? sebab hari-hari di timeline twitter masing-masing sibuk sumpah seranah Buletin Utama. Tapi kepada yang tonton, mesti perasan ada sedikit berita menarik untuk para peminat automotif tempatan kan?

Yaa, tak lain tak bukan berita tentang PROTON. Semalam berita melaporkan prestasi kewangan bagi PROTON untuk separuh ke-2 tahun kewangan 2011/2012. PROTON mencatatkan penurunan keuntungan iaitu RM47 juta berbanding RM185 juta pada tempoh yang sama tahun lalu. Penurunan ini ada kaitannya dengan perbelanjaan oleh anak syarikat PROTON iaitu LOTUS untuk plan pembangunan 5-tahun mereka.

Tetapi apa yang menarik perhatian sebenarnya cerita tentang produk line-up yang dipreview dalam Buletin Utama semalam. Boleh rujuk screen shot di bawah dimana ada slideshow menunjukkan coming Line-Up produk dari PROTON.

Photobucket

Aku dah siap summarize untuk senang faham. Kalau ikutkan apa yang diumum oleh MD PROTON, Dato Sri Syed Zainal tahun 2012 akan diakhiri dengan pelancaran satu lagi model Special Edition iaitu SAGA FLX SE pada bulan Disember (khabarnya esok, 1hb). Diikuti dengan 2 model pembaharuan Exora iaitu Exora Bold (facelift model) dan Exora Prime (turbo) pada Januari 2012. Gambar sedikit tertutup dek grafik TV3 tu. 

Bulan Februari pula akan dilancarkan model khas Inspira R3, kali ini dikhabarkan ada performance upgrade berbanding Inspira R3 yang ada sekarang (bodykit + rim 18'). Namun belum ada info rasmi mengenai perkara tersebut. Dan yang paling dinanti-nantikan iaitu model dengan kod P3-21A pula akan muncul bulan March 2012.

Ini bermakna 4 buah model akan dikeluarkan (3 model kemaskini, 1 model baru sepenuhnya) dalam suku pertama tahun hadapan. Dan disamping itu, ada juga blog-blog melaporkan P3-21A akan didatangkan dalam dua versi iaitu Sedan & Hatchback. Tetapi bila model hatchback itu akan dilancarkan masih tidak didedahkan.

Well, next year will be another exciting year for the local automotive industry. Harapnya PERODUA juga ada perancangan dengan model-model baru.

Jadi sebagai kesimpulan yang mudah difaham....

1. SAGA FLX SE 1.6 CVT (Disember 2011)


sumber Funtasticko blog

2. EXORA Bold & EXORA Prime (Januari 2012)


Photobucket
sumber Funtasticko blog
3. INSPIRA R3 (Februari 2012)

Photobucket

4. PROTON P3-21A (March 2012)




p/s : Fuh kemain panjang entri. jangan lupa tekan LIKE. hahaha

0 feedbacks:

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails