Monday, November 21, 2011

PANAS! Brochure SAGA FLX SE 1.6 CVT!!

Photobucket
sumber dari blog Funtasticko

PRESSURE YOUR PEERS! 
nice tagline indeed. boleh tangkap maksud tersirat tak??

Panass Panass!! brochure variant terbaru SAGA FLX, iaitu PROTON SAGA FLX SE 1.6 CVT sudah pun leaked! Sumber dari blog Funtasticko Design. Dengan ini kita dah boleh agak, launchingnya sudah semakin dekat. Kalau ikut pada sumber komen-komen di blog terbabit, tarikh launching ialah pada 26 November akan datang. 

Apa yang ada dengan SAGA FLX SE ini? Yang pasti ini model S.E (special edition) paling gempak dari PROTON kerana melibatkan penambahbaikan dari segi Enjin dan transmisi. Biasanya hanya bodykit saja sebelum ini.

Apa yang aku boleh summarize berdasarkan komen-komen di blog lain :
- Enjin 1.6L IAFM+
- Transmisi CVT dengan 6 virtual gear - sama seperti FLX 1.3L
- Bodykit baru (front lip, side skirt, rear skirt)
- Kemasan interior leather (seat, door trim, steering)
- Rear combi dengan design baru (smoked ala Kasturi concept KLIMS)
- Sport rim baru 15inchi 

Harga? belum ada info. 

Komen aku : Ini memang head to head competition dengan Myvi SE 1.5, tapi yang pasti dengan Kuasa lebih besar, transmisi lebih baik, saiz lebih luas dan pakej harga yang menarik. Lebih menarik bila ini merupakan model pertama dari PROTON yang guna enjin 1.6 + transmisi CVT.

Looking foward to see it on the road soon!

0 feedbacks:

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails