Monday, November 21, 2011

Bola Sepak Grand Finale : #HarimauMuda vs Indonesia

Photobucket

Malam ni sekali lagi kita akan beramai-ramai melekat depan kaca tv, layar putih, skrin PC untuk menyaksikan perlawanan getir Final Bolasepak Sukan Sea ke-26 antara Malaysia menentang Indonesia. Kita pernah menewaskan Indonesia dalam perlawanan peringkat kumpulan tempoh hari, walaupun Indonesia memberi alasan barisan pemain ketika itu bukan pilihan utama. Tapi takpe, yang penting skuad Harimau Muda berjaya menyerap segala kutukan, provokasi mengarut, sentimen kebencian yang dikecohkan oleh media Indonesia serta penyokong-penyokong mereka. Walaupun hampir 100ribu memenuhi stadium Bung Karno dan boo lagu Negaraku, namun semangat para pemain tetap utuh dan berjaya melakar kemenangan.

Beberapa jam lagi kita bertemu pasukan Indonesia di stadium keramat mereka yang bakal dipenuhi 100 ribu penyokong fanatik yang gila babeng. Dan malam ini buat kali ketiga, para pemain akan masuk ke dalam Stadium menaiki kereta perisai Barracuda disebabkan faktor keselamatan. Dan doa kami semua, semoga Harimau Muda mampu memberi aksi terbaik, kesabaran yang tinggi serta disiplin di atas padang nanti. Biarlah mereka nak boo lagu Negaraku, tapi nyanyilah dengan semangat. Biar sampai meremang bulu roma, bulu ketiak, bulu segala macam bulu. Lepas tu unleash your skills atas padang, main dengan baik dan hidangkan seluruh rakyat Malaysia dengan keputusan yang cemerlang. Yang penting, jangan jadi pondan macam pesilat Indonesia nih.

Ayuh Malaysia! Kasi gegar Stadium Bung Karno malam ini!

mohon tumbangkan garuda sekali lagi!

0 feedbacks:

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails