Hanya dua warna, Putih dan Fire Red (sama Neo R3) |
Mark SE 1.6 di sebelah kiri, rear combi "smoked" |
Jelas kelihatan rim baru 15inci khas untuk FLX SE |
Ada info yang aku dapat dari blog mengatakan model PROTON SAGA FLX SE 1.6 CVT akan dilancarkan dalam minggu ini. Ada juga info dari sumber tertentu kata Jumaat (hari ni) launchingnya. Kebetulan semalam aku terserempak dengan lori sedang membawa SAGA FLX ini. Mungkin sedang dalam perjalanan ke showroom masing-masing.
Seperti yang semua sudah tahu pun, kereta ini cuma special edition dengan enjin & transmisi baru. Ini merupakan model pertama dari PROTON yang menggabungkan enjin berkuasa 1.6L dengan transmisi CVT. Selain daripada itu, ia datang dalam 2 warna sahaja dengan bodykit khas berwarna kelabu metalik. Satu lagi kelainan ialah rim tayar bersaiz 15 inci berbanding 14 inci sebelum ini.
Cuma apa yang menjadi persoalan ialah.....berapa harganya? Ada sumber kata masih di bawah RM50k. Kalau benar, maka ini mungkin menjadi antara model kereta sedan dengan enjin 1.6L yang termurah di Malaysia.
UPDATE :
Ada khabar-khabar angin terbaru kata launching pada 1hb Disember 2011. Sehingga sekarang masih belum ada kenyataan rasmi dari pihak PROTON. Sampai bila nak berahsia ni? Ramai dah tak sabar nak test drive kereta ni. Mungkin kalau berkenan, sambarlah satu kan?
PROTON bukan takat Pressure their Peers je ni, dengan kita-kita sekali ter"pressure" menunggu launching..haha
+ + + + + +

1 feedbacks:
Wah, menarik nih..thanks bro atas info.. :)
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan