alaa cedih cedih nyier Nora Danish
Selepas berbulan berkejaran pulang ke rumah dari opis dengan gaya merempit, nampaknya aktiviti itu akan berterusan lagi untuk berbulan-bulan akan datang. Wadefak aku membulan ni? Dah penat meroyan dengan hastag #Soffiya kan? Lepas ni kita memuji kecomelan Nora Danish pulak dalam siri drama terbaru TV3 di waktu maghrib iaitu Tentang Dhia. Wahh kemain double meaning punya title. Dia, dan watak bernama Dhia. Of kos Dhia tu Nora Danish. Kemain dia comel bertudung labuh, gaya anak dara duduk kampong tepi sawah macam Nur Kasih lagi. Harap-harap Jejai tak geramlah eh.
Seperti blogger-blogger lain yang dahagakan trafik murahan, maka aku pun dengan selambanya mengkopi pes sinopsis drama terbaru ini. Walaupun aku tau ramai dah baca di dada-dada akhbar. Akhbar tau bukan dada orang lain. Tapi itu lah, sebagai blogger yang nakkan duit lebih (alaa mengaku je ler..takde nye passion-passion blogging ni) aku tempekkan jua di sini.
Jadi silalah baca, dan kepada yang tak sempat nak kopi pes, bolehlah kopi pes tanpa segan silu.
+ + + + + +
Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia (Nora Danish), yang berdiri di antara dua lelaki yang sangat dikasihinya. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly (Izreen Azminda), yang mengganggap dirinya lebih anggun dan sesuai.
Raffi (Irfan Roslan) dan Azmi (Ako Mustafa), dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang yang berbeza. Hanya memikul tugas sebagai seorang kerani biasa, Azmi yang merupakan anak seorang Imam di kampung tersebut disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada perwatakan Azmi, walaupun Raffi, seorang jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan luar negara merupakan teman rapat Dhia sejak kecil lagi.
Tergamam apabila melihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia dan bakal melangsungkan majlis pertunangan, Raffi yang baru pulang dari luar negara merenung keseorangan di dalam kesedihan dan kekecewaan.
Namun, hatinya ikhlas menyintai Dhia, lalu Raffi mengambil keputusan untuk redha dengan apa yang berlaku.
Melly mengambil kesempatan ini untuk mendekati Raffi dan menidurinya ketika dia di dalam keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya.
Tetapi, ‘jerat’ yang dipasang Melly memakan diri sendiri apabila Raffi tidak mengendahkannya. Melly juga mendapati bahawa dirinya sedang mengandungkan anak Raffi. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi.
Azmi dan Melly ditangkap basah oleh penduduk kampung dan ditahan di lokap balai polis. Sejurus mengetahui tentang berita ini, hati Dhia bagaikan dipanah halilintar, mengenangkan majlis pertunangan mereka yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Namun, berkat ketabahan hatinya, Dhia mampu memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap akan berlangsung seperti yang dirancang.
Walaubagaimanapun, majlis mereka diserang oleh keluarga Melly yang ingin menuntut keadilan daripada Azmi.
Mereka mahukan Azmi supaya bertanggungjawab di atas perbuatannya sehingga Melly didapati mengandung. Sekali lagi, Dhia diuji dan ujian kali ini bakal mengubah hidupnya sampai bila-bila. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia yang hanya mampu mengalirkan air mata.
“Bagaikan pelangi selepas hujan”, hidup Dhia didatangi Zikir (Adi Putra), seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur.
Zikir mempunyai seorang rakan baik bernama Fendi, dan mereka bekerja di firma yang sama. Zikir sangat diminati oleh Rose (Tasha Shilla) yang juga salah seorang pekerja di firma milik beliau.
Malang tidak berbau, Fendi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang turut dialami Zikir ketika hendak pergi mengerjakan solat Jumaat.
Zikir datang ke kampung halaman Fendi untuk majlis pengebumian yang terletak di Pulau Pinang dan ditemani oleh isteri arwah Fendi, Suraya.
Ketika menjamah nasi lemak di sebuah gerai di kampung tersebut, Zikir terlihat Dhia. Mata bertentang mata, Zikir terpesona dengan keayuan Dhia.
+ + + + + +
Psstt..ada Nora Danish, Adi Putra, Tasha Shilla, Izreen Azmida tau uolss. Jangan lupa merempit pulang awal tau. Maghrib jangan tinggal..sekarang masuk waktu awal wehh
0 feedbacks:
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan