CELCOM dah paparkan pakej mereka dengan smartphone terbaru dari Samsung, iaitu Samsung Galaxy Note. Smartphone yang unik ini boleh jadi kegilaan terbaru generasi sekarang. Sebab apa? sebab ia dikelaskan antara smartphone & tablet. Size dia agak pelik, dengan skrin lebar 5.3inch super HD AMOLED screen tetapi masih ada ciri-ciri sebuah telefon mudah alih. Spesifikasi Galaxy Note ni pun gempak gak. Menggunakan dual-core 1.4Ghz processor dan dilengkapi dengan 8MP kamera belakang dan 2MP kamera depan. Galaxy Note dipadankan dengan bateri berkapasiti besar 2,500mAh. Selain itu, satu lagi ciri unik telefon ini ialah Stylus. Samsung mengembalikan semula penggunaan stylus dalam Galaxy Note. Dengan stylus pengguna boleh menulis nota freehand serta membuat sketch dengan mudah sekali. Galaxy Note akan menggunakan Android OS Gingerbread 2.3. Tidak pasti sama ada ia akan mendapat update 4.0 Ice Cream Sandwich.
Jadi kengkawan peminat gajet sekalian alam, pada harga RRP RM2,299, adakah korang akan beli satu Galaxy Note? Muat tak poket seluar korang nak bawa phone ni?
Rujuk kat bawah ini untuk harga pakej Samsung Galaxy Note dari Celcom :
RRP : RM2,299
|
Celcom Exec 50 + Broadband mBasic
|
Celcom Exec 50 + Broadband mAdvance
|
Celcom Exec 250
|
Monthly Commitment
|
RM88
|
RM108
|
RM250
|
Data FUP
|
1GB
|
3GB
|
5GB
|
Upfront payment
|
RM300
|
RM300
|
RM600
|
12 months contract
|
RM1,818
|
RM1,778
|
RM1,668
|
18 months contract
|
RM1,748
|
RM1,698
|
RM1,368
|
Sesiapa yang dah beli tu, share lah review yer!
0 feedbacks:
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan