Wednesday, November 28, 2012

AFF Suzuki Cup 2012 : SYM, Safee Yang Menyekor akhirnya!

Photobucket


MALAYSIA  4
LAOS          1

Woi woi woi woi..alhamdulillah syukur!!.

Harimau Malaya menang ke atas Laos dengan jaringan 4-1. Namun gua rasa masih slack di merata tempat, dan sepatutnya boleh menang dengan jaringan lebih besar...6-7 gol boleh dijaringkan...Safee Yang Menyepak merata-rata, Safee Yang Menanduk tak tepat, Safee Yang Mensia-siakan banyak peluang di separuh masa pertama.

Namun akhirnya, sumpahan Safee terlerai lepas 2nd half, bila Safee Yang Menyekor akhirnya hasil hantaran leret dari Wan Zack. Oh itu, kita mendahului Safiq Yang Menyepak free kick. Kesimpulannya, persembahan yang biasa-biasa saja, selepas minit ke 60 baru Malaysia dapat control game dan mengasak bertubi-tubi. Farizal Marlias pun nampak tenang dan relaks di pintu gol.

Harapan gua, next game lawan Indonesia nanti mesti meriah di Stadium, bila keyakinan penyokong dah kembali. Dan gua pasti penyokong Indonesia pun akan "ramai" di Stadium. Indonesia dah selangkah ke semi, lepas tewaskan Singapura. Bermakna, ketiga-tiga team nak merebut tempat. Yang pasti Harimau Malaya perlu baham Garuda dulu Ahad ini.

Bangkit Harimau Malaya.....!

0 feedbacks:

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails