Agak-agak berapa gol Harimau Malaya boleh ketuk sama Laos malam ni. Lihat sajalah betapa angkuhnya coach kita menjawab soalan selepas kekalahan dengan Singapura. Paling gua tak puas hati bila dia boleh cakap, dia hanya jangka kalah 0-1 dengan Singapura. Itu macam ke? Berani dia beraksi di hadapan penyokong sendiri, dan masih mampu jawab dengan tenang tak expect kalah 0-3. Adoyai.
Dengar pula ada "silent killer" bakal turun malam ni. Aku saspek hero Malaya akan turun. Ultras Fakri diminta bersiap sedia. Gua harap, midfield lebih kukuh dan pegang bola lebih confident malam ni. Kalau dengan Laos pun struggle, gua mohon tukar sajalah coach, sebelum Ultras menyalak lagi.
+ + + + + +
Formasi: 4-2-3-1 (pehh mcm Arsenal je ni)
Kesebelasan utama harapan terakhir umat Ultras :
Farizal (GK)
Mahali (RB) --- Aidil (CB) --- Faizal (CB) --- Fadhli Shas (LB)
Shakir (CM) --- Gary Steven (DM)
Wan Zack (RW) --- Baddrol (AMF/SS) --- Kunanlan (LW)
Hazwan Bakri (ST)
Second half kasi masuk Hero Fakri ganti Wan Zack. Confirm satu gol dia kasi tanduk masuk.
+ + + + + + +
Ramalan Sukati aku la :
Malaysia 3 - Laos 1
Singapura 1 - Indonesia 1
0 feedbacks:
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan