Wadehek meng!
Showing posts with label Video Lawak. Show all posts
Showing posts with label Video Lawak. Show all posts
Wednesday, October 12, 2011
Wednesday, July 13, 2011
Thursday, June 23, 2011
Jawatan Baru : Menteri Hal-Ehwal Murtad
Lawak siot video Hitler kali ini. Gelak gila aku tengok. Memang sesuai tatkala mengantuk di pejabat. Terus tak jadi nak beli secawan kopi. Hahahaha. Menteri Hal-Ehwal Murtad? LOL!!
Memang WINRARRRRRRRRRR!
Thursday, December 23, 2010
How To Cheat during 100m Hurdles Race
This is EPIC!
Adoi. Aku gelak gila tengok video ni. Tolonglah gelak sama-sama weh. Epic Failure betol. Main tipu, dapat nombor 4 pulak. Kalau aku mamat yang dia langgar tu, memang aku sepak terajang lepas garisan penamat.
Of course, made in china :P
Of course, made in china :P
Thursday, December 9, 2010
Mari Belajar Tarian Zapin Songsang
Bersama Cikgu Ultraman. Lihatlah step-step lemah gemalai sungguh berseni sekali. Jari kena kasi lentik sikit. Boleh juga dipraktikkan semasa tarian 1Malaysia ataupun poco-poco ketika majlis perkahwinan. Mungkin agak ketinggalan kalau nak fusion dengan tarian Shuffle.
//Power skill resakse kali ini, boleh membuatkan Ultraman jadi biol sambil membuat lawak spastik di TV Jepun. Pasti kecewa budak-budak melihatkan hero pujaan mereka menari zapin di kaca TV.
Wednesday, December 8, 2010
Mentol Pecah Yang Pecah Panggung
Baru-baru ini aku tertekan satu laman web youtube kepunyaan MentolPecah. Ini semua gara-gara RT dari rakan-rakan di Twitter. Bagus. Aku berterima kasih kerana memperkenalkan dua orang genius dan kreatif ni (at least compare to DDR's way).
I have no idea siapa mereka, umur berapa semua tuh. Jangan tanya. Boleh add diorang kat Facebook dan tanya sesuka hati. Mereka berdua (Niman & Mozek) ni suka buat video. Mmg kelakar & kreatif. Aku rasa mereka ni boleh kerja dengan Afdlin Shauki lah.
Apa2 pun, enjoylah video-video yang diorang buat..setakat ni ada 16 video semuanya dalam channel Youtube diorang. Jangan lupa follow diorang di Facebook & subscribe Youtube diorang untuk mendapat update video-video terbaru.
Ni aku tampal 2 video yang betul-betul lawak seh. Salute MentolPecah!
//I wonder camera apa diorang guna. Beberapa video yang terbaru tu nampak macam dah HD tuhh..clear gambar!
Saturday, December 4, 2010
Kena Ugut Dengan Ah Long
Macam cilaker lawak si Johan nih. Habibah btol!!
Labels:
Ah Cai,
Funny,
johan Raja lawak,
Kelakar,
Lawak,
Raja Lawak,
Video Lawak,
Zizan Raja Lawak
Tuesday, November 23, 2010
(PARODY) Reaksi dR Rozmey dengan kutipan filem 2 Alam - Day 1
Hitler parody is just AWESOME. Rambut pun ada iras-iras. Memang pedas! Hari ni lupa nak beli Metro/Kosmo.. so tak tahu kutipan hari ke-2 berapa banyak. Mungkin dah cecah RM5 juta barangkali. Banyak juga duit dr Rozmey dan rakan-rakan beli tiket banyak-banyak tapi panggungnya kosong! Hahaha
Pecah perut lawak Hitler ni.
//credit to whoever created this funny video.
Labels:
2 Alam,
dr rozmey,
hitler parody,
Lawak,
Pecah Panggung,
Pecah Punggung,
rozmey,
Video Lawak
Wednesday, November 17, 2010
Bukan Pengumuman Raya
Gimik tetap gimik. Tapi yang kelakar tetap kelakar bagi aku. Confident itu penting, tapi kalau terlalu over dah semacam jadinya. Tapi tak mengapa, aku nak share satu lagi gimik dari seorang usahawan berjaya ini. Mungkin dah selalu sangat tengok wajah "still pictures" dalam Harian Metro. Kali ini tengok video pulak.
Selamat mengumpul RM40,000,000.00!
Friday, November 5, 2010
Soalan : Tayar Yang Sesuai Untuk Proton Saga
Nak update kan?
Ok aku jumpa satu video yang membincangkan tentang automotif. Bagus untuk dikongsi dengan semua.
Apatah lagi bila ada kenaikan harga RON97. Mungkin ada kaitan dengan isu tayar yang dibangkitkan.
Soalan dari En. Azman, dari Seremban berbunyi :
"Apakah tayar Dunlop sesuai dengan Proton Saga 1st Edition, menggunakan rim 15"
Kita dengar jawapan dari ahli panel yang berpengalaman.
from the makers of Hang Tuah fail SPM. Lol. Korang gelak tak? Kalau tak gelak..aku rasa korang mute PC kut..
Sunday, September 5, 2010
Wednesday, August 25, 2010
Diam..Diam..Diam... Adik Tidok...Nanti Terpelantin Pecah Kepala
Bila dah boring, aku cari bahan di youtube. Cerita lama, tapi kelakar!
"Diam..diam..diam..adik tidok.. Nanti terpelantin pecah kepala"
Monday, August 23, 2010
Wonder Girls Sudah Ada Saingan dari *Filipina
Sumpah nak nangis aku tengok. Tak tau la kalau ada produser yang tergoda dengan persembahan diorang ni. Rasanya kalau Wonder Girls (original) tengok, agaknya diorang rasa tercabar tak?
Sunday, August 22, 2010
The (Not So) Great Escape - Drunk Driver Fail!
Hari ini aku ketandusan idea lah, jadi aku mencari bahan di youtube. Walaupun lansung tak infomatif, tapi sekadar nak kongsi bahan yang ada di youtube. Ini satu lagi yang aku jumpa, seorang pemandu mabuk yang dah silap langgar kereta yang sedang berbaris. Yang lawaknya, semasa nak melarikan diri, dia berlanggar pulak dengar beberapa buah kereta lain. Sehingga dia diserbu orang ramai dan dibelasah.
Saturday, August 21, 2010
Saturday, August 7, 2010
Mak Khairuddin Kena Sepam Dengan Tokrimau!
Adoi, lawak seh. Hajat nak baca blog Kak Jie, sekali tergelak-gelak tengok video yang Kak Jie share kat blognya. Kreatif betul tokrimau. Buat parody pulak dengan video Mak Khairuddin tu. Siap pakai topeng. Yang klakar tu tengoklah apa yang tergantung belakang dia. Hahahaha..
Ok, gelak tak boleh lama. Ada wedding kawan nak kena attend!
Sessi soal jawab di FormSpring FTN!
Thursday, July 29, 2010
"Oi, Ko Ni Golak Macam Gampang Tau Tak"
Bila Negro cakap Nogori, ini macam la jadi! "Oi, ko ni golak macam gampang tau tak". Bukan takat ko je golak macam gampang, eden pun golak gilo ni. Pagi-pagi dah bikin eden menitik air mato golak ni.
Peh bughok benor gaya aku cakap Nogori.., sajo nak menghibur hati sebelum pergi meeting sampai tengahari.
Monday, May 31, 2010
Jepun Yang Gila : Anda Pasti Berkata WTF Lepas Tonton Iklan Ini
WTF!? Ok, mungkin korang tak faham bahasa Jepun dalam video ini. Iklan ini mengenai produk SourceNext yang boleh dibeli dengan 1980yen (itu yang Norika Fujiwara cakap). Tapi aksi selepas itu yang aku paling tak faham. Apa kaitan Norika Fujiwara notice produk SourceNext dengan melahirkan seekor anak kuda? Dan mamat kaunter itu menyebut "terharu" bila menyaksikan situasi itu.
Aku tak faham!!! WTF(wadefakk!)
*Norika Fujiwara ialah actress dalam video itu. Hot dan sangat sexay di Japan.
SOURCE : wtfjapanseriously
Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!
Wednesday, May 5, 2010
Kantoi Whatever Video dan Keyword Terpanjang Pernah Aku Dapat (Memang Panjang Gila)
Rentetan dari entri mengenai AIM17 yang aku miss dan Kantoi Whatever yang kelakar habis dari Afdlin Shauki, kali ini aku sertakan sekali video dari youtube (amier135) untuk tatapan mereka yang miss persembahan kelakar tersebut. Banyak lagi yang kelakar dari Afdlin pada malam itu seperti Kemarau (parody Hujan) dan lain-lain tapi aku pasti Kantoi Whatever merupakan "highlight" malam itu. Pastinya Zee Avi akan teringat lagu ini sampai bila-bila (termasuk kita semua)
Thursday, April 8, 2010
Sudahkah Korang Membeli Album Terbaru Faizal Tahir - Adrenalin?
Sudahkah korang memiliki album Faizal Tahir bertajuk Adrenalin? Aku sudah pun membeli yang original minggu lepas. Seingat aku kali terakhir aku membeli album artis tempatan yang original ialah KRU. Hahaha gelak yer. Kali ini aku dan isteri pergi membeli album Faizal Tahir akibat terpengaruh dengan rakan ofis disamping minat gila "babeng" dekat Faizal Tahir ini. Lagipun nama dah sama. Support sikit. Haha
Album Adrenalin ada 2 versi. Hitam dan Putih. Berbeza pada cover album. Setiap album akan disertakan dengan collector's item. Sama ada setem ataupun poskad Faizal Tahir. Kami beli yang hitam sebab cantik. Nampak ganas sikit. Ada 8 buah lagu semuanya, sekejap je sudah abis satu CD. Tetapi lagu-lagunya cepat tangkap dan makin dengar makin best. Selain lagu hit "Selamat Malam" dan "Bencinta" aku minat juga lagu Superhero dan Hanyut.
Album Adrenalin ada 2 versi. Hitam dan Putih. Berbeza pada cover album. Setiap album akan disertakan dengan collector's item. Sama ada setem ataupun poskad Faizal Tahir. Kami beli yang hitam sebab cantik. Nampak ganas sikit. Ada 8 buah lagu semuanya, sekejap je sudah abis satu CD. Tetapi lagu-lagunya cepat tangkap dan makin dengar makin best. Selain lagu hit "Selamat Malam" dan "Bencinta" aku minat juga lagu Superhero dan Hanyut.
Lagu-lagu dalam album Adrenalin
2 Superhero
4 Karma
5 Hanyut
6 Bencinta
7 Hanyut (Acoustic Version)

