Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts

Wednesday, June 29, 2011

Kenapa Batang Berjuntai Jadi Bestari Jaya

Sebab dulu selalu kena bahan kalau orang buat lawak.

Begini lawaknya;

"Dalam banyak-banyak buah, buah apa yang berbulu dan boleh dijumpai di Batang Berjuntai"

Tapi itu dulu, sekarang dah jadi;

"Dalam banyak-banyak buah, buah apa yang berbulu dan boleh dijumpai di Bestari Jaya"


Jawapan untuk kedua-dua versi di atas ialah Buah Rambutan.

Kthnxbai.

Saturday, June 18, 2011

Maharaja Lawak Minggu Ke-12 : Sepah, Jozan Memang Lawak!







Saturday, May 21, 2011

Budaya Rewang Bersepah-sepah, Orang Gila Naik Teksi

Steady lah Sepah. Aku rasa persembahan paling kelakar untuk Maharaja Lawak minggu ke-8. Bijak guna budaya "Rewang" dalam lawak diorang. Dengan ketiadaan Amir, lebih aman nampaknya studio. Sebab dah takde "silent period" dalam rancangan ni. Tapi ada gak orang marah sebab dah takde "waktu rehat" nak pegi toilet dan sebagainya..haha

Oh R2 sudah diundi masuk seperti jangkaan aku. Dan masuk je terus menyerlah dengan lawak orang gila-gila diorang. Memang Amir should have been voted out earlier instead of R2 dulu. Ini baru Maharaja Lawak. Bagi orang gelak, bukan menyumpah. Haha







Monday, April 18, 2011

Tak Boleh Terima Dek Akal Aku

Ok, kembali menulis perkara serius. Ini betul-betul serius. Serius lawak. Pada aku, ini antara lawak bangang yang paling berjaya menggeletek jiwa aku. Aku memang tak boleh terima pelawaan MLM. Aku cukup tensyen kalau ada kawan yang tipu ajak keluar tetiba semata-mata nak promote MLM dia. Tak kiralah apa jenis produk sekali pun, kalau ada unsur cari downline semua tu, aku tak berminat. Aku lebih rela kerja makan gaji, tak perlu dengan godaan pakai kereta sports, pakai bowtie kaler merah, lepas tu posing dengan tanda bagus depan banglow besar-besar. 

Nak dijadikan entri, aku ada terima satu so called "brochure" satu produk yang "bangang nak mampus tapi aku tak tau kenapa mamat ni boleh taksub dan percaya serta sibuk promote kat ofis". Sampai satu tahap aku rasa malu dengan bangsa sendiri yang boleh percaya dengan mudah penipuan yang jelas.

Korang tengok sajalah gambar-gambar ni dan nilaikan. Nak gelak pun boleh, especially cara-cara mengubati "erectile disfunction" tu..kahkah.

Photobucket

Photobucket
Photobucket


Lawak cam gampang kan? Ape kejadah Lampu Suluh biasa pun korang boleh kena tipu? There's no such thing as whatever that "thing" they are selling. Ini terang-terangan SCAM!!! Suluh kat Makanan untuk energize? Siap ada Heineken Beer tu kat gambar tuuu..

Sakit teloq? Suluh je celah kangkang..ape kejadah tu woi! Ingat semudah itu ke? Nanti Dr Ismail Thambi nak cari makan macamana? Hidung tersumbatlah...ehhh tak susah, tak payah makan ubat..suluh je kat lubang hidung!! Wakakaka..

Paling klimaks lawak bila air yang sudah disuluh, boleh gantung keliling tong gas untuk penjimatan sehingga 80%!! Gila babi dah macam enjin hybrid pulak boleh jimat-jimat ni. Bil TNB mahal sangat? Tak susah pun, letak je atas tu, dapat jimat 40%! Kahkahkah

Serius weh. This is EPIC LOL! Kalau ada yang baca ni jadi agen, minta maaf banyak-banyak..tapi aku sarankan korang kembali ke dunia yang nyata. Balik minum air Zam-zam sudah. Jauh lebih baik dari "air lampu suluh" korang ni. 

Photobucket


Anti MLM. Kthnxbye.

Monday, April 11, 2011

Jadi Rakan Cop Secara Tiba-tiba

Photobucket

Thursday, March 31, 2011

Bonus Tahunan

Photobucket

Tuesday, March 22, 2011

Rally Badminton Paling Epik!


MAY THE FORCE BE WITH YOU!

Wednesday, December 15, 2010

Year End Sale, 50% Discount

Photobucket

Tuesday, December 14, 2010

Made In China

Photobucket
Source : Kosmo


Cet..pengantin ni obviously buat-buat tak paham yang mereka berada di negara China. Sepatutnya Avatar Apek Wannabe 2 orang tu cakap :

"Made in China maa..Kamu bertiga perempondan tak mengetahuikannye ker? Made in China punya costume kan punn..semuanya pasti imitation punya barang punnnnn, cetak rompakkannyierr. Tak perlulah nak memarahikan kami..Marahkan idea bodoh korang perempondan yang nak sibuk nak bergambar dengan Avatar pun kann?"

Friday, December 10, 2010

Dia Masih Bermimpi : Inception 5 Lapis Baekk Punya

Photobucket

Saturday, December 4, 2010

Kena Ugut Dengan Ah Long


Macam cilaker lawak si Johan nih. Habibah btol!!

Wednesday, December 1, 2010

Mimpi Dalam Mimpi Ngeri

Photobucket

Tuesday, November 23, 2010

(PARODY) Reaksi dR Rozmey dengan kutipan filem 2 Alam - Day 1



Hitler parody is just AWESOME. Rambut pun ada iras-iras. Memang pedas! Hari ni lupa nak beli Metro/Kosmo.. so tak tahu kutipan hari ke-2 berapa banyak. Mungkin dah cecah RM5 juta barangkali. Banyak juga duit dr Rozmey dan rakan-rakan beli tiket banyak-banyak tapi panggungnya kosong! Hahaha

Pecah perut lawak Hitler ni.

//credit to whoever created this funny video.

Friday, November 19, 2010

Sudah 18 Nov..Saya Takut, Saya Risau

18 Nov 2010.
tarikh yang paling aku takuti. Kenapa? biar aku terangkan.

Ok aku tipu. Sila rujuk entri post berikut. 18 Nov tarikh tsunami melanda panggung wayang Malaysia (kononnya). Fenomena pecah panggung yang bakal mengubah sejarah perfileman Malaysia (kononnya). Situasi gegak gempita di semua lokasi tayangan filem 2 Alam (kononnya).

Risau juga, kalau
  1. Takde orang pergi majlis kenduri kahwin akibat beramai-ramai ke panggung. Sampai ketua kampung pun buat rombongan pergi penuhkan panggung 8 slot sehari. Nak capai cita-cita RM40juta
  2. Takde orang pergi tengok tapi keluar berita/headline/iklan di Metro "Hari pertama kutip RM8juta, gegak gempita panggung di Jitra" dan sebagainya.
Photobucket

Tanpa Pamela Anderson pun dah sasar RM40 juta, kalau ada Pamela Anderson aku rasa paling kurang RM85 juta doktor ni sasar kut.

Wednesday, August 25, 2010

Diam..Diam..Diam... Adik Tidok...Nanti Terpelantin Pecah Kepala


Bila dah boring, aku cari bahan di youtube. Cerita lama, tapi kelakar!
"Diam..diam..diam..adik tidok.. Nanti terpelantin pecah kepala"

Tuesday, August 17, 2010

Akhbar mStar Online Buat Lawak Garam. Sila Baca Dengan Serius!

Photobucket
exibit A : Screenshot page yang menjadi mangsa



Photobucket
Ini Angelina Jolie - dia tidak bersalah dalam hal ini


Photobucket

+ + + + + + +

Sila baca tembakan skrin (screenshot) dari laman web mStar online di atas. Aku screenshot just incase ada perubahan berlaku, dan kalau ia berlaku maka tak jadi lah lawak ini. Haha

Nampak tak di mana kelakarnya mStar hari ini?

Ending artikel yang anti-klimaks. Lawak hampeh dengan satu perkataan magikal, Garam (siap italic tu, mungkin ditulis dengan kadar keyakinan yang tinggi)


SOURCE : mStar Online lah
Sessi soal jawab di FormSpring FTN!

Friday, August 6, 2010

Only In China : Extraordinary Foods!

Contoh Menu sebuah Restoran di negara China

Inilah satu lagi kehebatan Negara China selain kepandaian menciplak produk orang lain. Satu-satunya negara yang kita boleh jumpa pelbagai menu dengan nama pelik yang mungkin tak pernah terlintas di fikiran Chef Wan untuk masak. Aku tak pasti sejauh mana tahap penguasaan Bahasa Inggeris penduduk negara China, tapi melihatkan gaya contoh menu di atas, seolah-olah menggunakan aplikasi google untuk translate nama masakan dari bahasa Cina kepada bahasa Inggeris.

Bila baca satu-persatu dah macam cerita pula nama masakan. "The black cow silk fried the idea powder"?? Wadehek. "The pig picks the noodle soup"? Peh, babi yang pilih? Yang paling kesian "Government abuse chicken", ini menu ayam teraniaya ke?

Apapun, kalau search di internet memang banyak contoh-contoh menu di China yang kelakar sangat. Hampir kebanyakan menu di restoran yang ada translation English sama level macam contoh di atas. Agaknya apa komen tourist yang ramai ke China tahun ini sempena World Expo di Shanghai.
Waiter : Yes, your order?
Tourist : I would like to have "Chop the strange fish" please..
Weird.


Sessi soal jawab di FormSpring FTN!

Thursday, August 5, 2010

Cara Mendapat Duit Raya Lebih?

Tayang, jangan tak tayang..duit tu wehh!

Salam 1Khamis. Malam ini malam Jumaat. Minggu depan kita bakal menyambut kedatangan Ramadhan al-Mubarak. Ramai menjangka 11hb akan bermula bulan puasa. Walaupun puasa belum mula, dah ramai sibuk nak fikir pasal Raya. Ish ish tak elok tu.

Dan ini aku dapat dari kawan-kawan di FB. Cara-cara mudah untuk menjana duit lebih, orang kata "duit raya" lah. Tapi sebelum mencuba, pastikan anda tidak meletakkan harapan yang tinggi kerana teknik ini belum tentu menjamin kesejahteraan anda. Biasalah, bila dah kaya nanti banyak masalah akan datang. Bak kata Spiderman "with great powers come great responsibility". Eh sama ke tu? 

Balik kepada cerita duit, kalau tengok SOP (procedure) nak buat duit cara ini macam mudah sangat. Adik jiran sebelah rumah kawan aku pun boleh buat. Kalau betul, memang takkan ada rakyat miskin di Malaysia ini. Nak tahu lebih lanjhut? Apa yang lanjhutt?? (ah sudah! 2 kali macam Johan Raja Lawak)


Thursday, July 29, 2010

"Oi, Ko Ni Golak Macam Gampang Tau Tak"


Bila Negro cakap Nogori, ini macam la jadi! "Oi, ko ni golak macam gampang tau tak". Bukan takat ko je golak macam gampang, eden pun golak gilo ni. Pagi-pagi dah bikin eden menitik air mato golak ni.

Peh bughok benor gaya aku cakap Nogori.., sajo nak menghibur hati sebelum pergi meeting sampai tengahari.

Wednesday, July 28, 2010

Kenderaan SUV Yang Boleh Meluncur ke Neraka?

2011 FORD Explorer SUV - Mantap siot

Wah, ada "Hell Descent Control"!!

Inilah FORD Explorer 2011 yang terbaru untuk pasaran Amerika dan Eropah. Tampak bergaya dan penuh dengan teknologi terkini. Tampil dengan 2 variasi engin 3.5-liter dengan 290HP dan 2.5-liter dengan 235HP. Mantap, memang mengancam!

Tapi ia ada satu ciri yang tak pernah ada dalam kenderaan lain di dunia. Kawalan Turun ke Neraka atau "Hell Descent Control". Hebat bukan? Tak percaya? Lihat sajalah penerangan kawalan SUV tersebut. Gambar diperoleh dari Paultan.org.

Hehe, jangan terkejut. Aku yakin itu typo error. Sepatutnya "Hill Descent Control"

Related Posts with Thumbnails