Memperkenalkan casing iPhone 4 paling WTF sekali pernah aku lihat. Dikeluarkan oleh Strapya dari Jepun, casing ini diberi nama iMeshi. Meshi dalam Bahasa Jepun bermaksud Makanan. Sesungguhnya orang-orang Jepun ini penuh dengan idea gila.
Jya, Itadakimasu!!!!
Showing posts with label WTF Japan. Show all posts
Showing posts with label WTF Japan. Show all posts
Wednesday, July 13, 2011
Sunday, July 25, 2010
Japan 101 : Dekotora, Another WTF Japan Stuff
Dah lama tak buat entry Japan 101. Kali ini lain sikit. Nak cerita satu hobi orang Jepun yang sangat unik tapi agak bling-bling. Mungkin ada yang akan kagum bila melihat hobi ini, dan ada juga yang akan berkata "Oh My Wadefak Japan!". Tak pasti sama ada hobi ini menjadi ikutan di Malaysia, tapi sejak aku balik dari Jepun, belum pernah lagi tengok ada orang Malaysia yang cuba hobi ini.
Hobi apakah yang dimaksudkan? Sebut betul-betul..."D-e-k-o-t-o-r-a". "Dekotora" bermaksud singkatan dari perkataan English Decoration Truck. Ia merupakan satu hobi menghias truck/lori dengan kadar melampaui batas, iaitu dengan lampu-lampu neon, custom body bling-bling, warna yang terang, serta banyak lagi. Dalam erti kata mudah, bayangkan Optimus Prime masuk I-City Shah Alam. Tengok sajalah contoh-contoh "Dekotora". Kagum seh.
+ + + + + + +
Ini Atuk Optimus Prime
Ini boleh lawan I-City Shah Alam
Ni mau silau mata time tengahari terik
Sejarah "Dekotora" bermula sejak tahun 1976 apabila satu siri filem bertajuk トラック野郎 (Torakku Yarou) disiarkan. Sejak itu, ia menjadi ikutan di Jepun, dan modifikasi Trak-trak itu pun berubah mengikut peredaran masa. Kehadiran anime Gundam sejak awal 90-an telah mempengaruhi "Dekotora" dengan design yang lebih moden.
Ini intro cerita トラック野郎, Old Skool gila
Trak-trak ini semuanya road legal tau, selagi mereka mematuhi spesifikasi dan lulus pemeriksaan. Tapi bayangkan kalau 10 biji "Dekotora" lalu dekat Highway PLUS waktu malam, mau terang-benderang jalan macam Hari Raya.
Apa pun, ini antara satu lagi culture unik di Jepun. Mereka sentiasa kreatif dan ada saja idea untuk dijadikan hobi. Walaupun masa aku mula-mula tengok trak macam ni di Jepun dulu dan berkata WTF??, namun akhirnya aku kagum dengan kreativiti dan usaha pemilik trak itu untuk produce "Dekotora" yang macho.
Sessi soal jawab di FormSpring FTN!
Thursday, July 22, 2010
Wadefak, Istana Takeshi Alih Suara Macam Chilaker
Pernah tengok Istana Takeshi yang ditayang semula di TV9? Tapi itu versi MXC. Suka hati buat alih suara lepas tu lansung tak sama dengan apa yang originally being said dalam program tu. Cilakak punya Americans, jadi lawak haram jadah pulak rancangan ini. Kalau yang dekat TV9 tu bulat-bulat dia letak subtitle seperti yang Americans tu cakap. Dia punya lawak tu boleh tercekik la kalau tengok sambil makan keropok lekor yang ada banyak tulang ikan.
Sebagai contoh (mana lah tau korang layan ASTRO jer), macam dalam sedutan klip yang aku jumpa kat youtube, first contestant dia namakan "Mike Human" peminat browser Internet Explorer (WTF??). Padahal kat tulisan Jepun tu tulis dia bekas pemain Baseball di Jepun. Contestant no 2 tu pulak dia bagi nama "Mahmud Husen" padahal nama dia Mushashi. Yang ketiga tu lagilah, "Bernard Batista". Kepala hotak dia Batista! Itu orang Jepun, bukan pemain Brazil. Lepas tu mamat nama Ueno dia kasi nama "Johnson". Macam-macam lagilah nama diorang ni kasi.
Bukan tu je, kalau korang dengar betul-betul dia punya commentary memang tak ada kena mengena dengan Istana Takeshi, ataupun kisah contestant dia. Ada pernah aku tengok kat TV9, diorang translate 2 kumpulan Bekas Pelakon Lucah berentap sesama sendiri, padahal originally diorang tu OL jer (office ladies).
p/s : Mamat botak berbadan besar tu dia kata bekas pembunuh bersiri. Macam chilake!
Sessi soal jawab di FormSpring FTN!
Monday, May 31, 2010
Jepun Yang Gila : Anda Pasti Berkata WTF Lepas Tonton Iklan Ini
WTF!? Ok, mungkin korang tak faham bahasa Jepun dalam video ini. Iklan ini mengenai produk SourceNext yang boleh dibeli dengan 1980yen (itu yang Norika Fujiwara cakap). Tapi aksi selepas itu yang aku paling tak faham. Apa kaitan Norika Fujiwara notice produk SourceNext dengan melahirkan seekor anak kuda? Dan mamat kaunter itu menyebut "terharu" bila menyaksikan situasi itu.
Aku tak faham!!! WTF(wadefakk!)
*Norika Fujiwara ialah actress dalam video itu. Hot dan sangat sexay di Japan.
SOURCE : wtfjapanseriously
Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!







.jpg)
