Showing posts with label Soalan. Show all posts
Showing posts with label Soalan. Show all posts

Tuesday, October 16, 2012

Untuk Tiga Hari vs Sayang

Baru-baru ni timbul satu isu berkait dengan dialog dalam filem arahan Afdlin Shauki, Untuk Tiga Hari. Boleh rujuk laporan berita sumber Utusan Online

Boleh tonton trailer filem tersebut, dan dialog yang diungkap oleh Rashidi Ishak seperti berikut :



"Kita kahwin untuk tiga hari, Affin akan pegang pada janji Affin, hari kedua mesti kena bersanding, lepas itu selepas selesai majlis perkahwinan, hari ketiga, kita minta cerai"

Tapi isu itu sudah reda. Filem Untuk Tiga Hari tetap mendapat pujian dan seperti biasa filem arahan Afdlin Shauki pasti menarik. Dah mula ditayangkan di Astro First pun. Boleh lah langgan kalau belum tonton lagi.

Sekarang ni aku nak persoalkan tentang satu lagu yang makin popular pulak sejak akhir-akhir ni. Lagu dari kumpulan Ungu bertajuk "Sayang". Macam best je tajuk apatah lagi Ungu yang nyanyikan. Mesti HIT punya.

Cuma bila dengar chorus lagu tu, aku teringat balik kes dialog filem Untuk Tiga Hari. Sebab apa? cuba tengok bahagian chorus lagu ni sambil-sambil layan youtube.



Entah harus darimana ku memulai kata-kataku
Resah gelisah tak menentu, dari jauh lubuk hatiku
Bukan, bukan keinginanku tuk mencoba meninggalkanmu
Namun tak bisa ku jelaskan, aku takut menyakitimu

Berat rasanya, berat rasanya untuk
Ungkapkan kata meski melawan hati

Sayang maafkan aku ingin putus
Sayang maafkan kita harus putus

Persoalannya di sini :

Contohnya; Kalau nyanyi lagu tu dengan penuh emosi masa tengah driving petang-petang sambil isteri ada kat sebelah, apakah jatuh talak sebab seolah-olah nak mintak putus macam dalam lirik tu? Kena pegi Jabatan Agama tak? Apa korang rasa? Bahaya tak lagu yang mengandungi lirik-lirik macam ni? Jelas sungguh nak "putus".

Thursday, March 31, 2011

Bonus Tahunan

Photobucket

Tuesday, May 11, 2010

Awak Ni Cikgu Ke?

Jangan silap..ini bukan bro Eyriqazz tau


"Awak ni cikgu ke?"

Ini merupakan soalan yang aku dapat di Formspring aku hari ini. Aku tak pasti siapa yang tanya, tapi di sini aku nak jelaskan. Aku bukanlah seorang cikgu. Tapi setahu aku, Zara seorang cikgu.

Rasanya soalan ini timbul sebab aku mulakan segmen Nihongo 101 barangkali. Aku bukanlah seorang cikgu bahasa Jepun. Sekadar berkongsi pengetahuan aku dalam bahasa Jepun. Untuk pengetahuan, aku pernah belajar bahasa Jepun 7 tahun lepas sebelum melanjutkan pelajaran ke sana.

Jadi sedikit sebanyak aku faham bahasa Jepun. Mungkin dah agak "berkarat" sikit. Jadi sebab itu aku adakan segmen ini, disamping aku mengulangkaji bahasa Jepun, aku nak berkongsi dengan semua.
Walaupun sekadar asas saja, asalkan ada yang boleh manfaat daripadanya aku cukup gembira.

Kalau ada yang nak bertanya tentang bahasa Jepun, dan apa-apa berkaitan dengan Jepun (kecuali anime sebab sudah tak ikut sangat), dipersilakan. Yang mana aku boleh bantu, aku cuba.

Apa pun, terima kasih kepada yang bertanyakan soalan itu di Formspring.


Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Related Posts with Thumbnails