Showing posts with label Artis Bercerai. Show all posts
Showing posts with label Artis Bercerai. Show all posts

Tuesday, October 16, 2012

Untuk Tiga Hari vs Sayang

Baru-baru ni timbul satu isu berkait dengan dialog dalam filem arahan Afdlin Shauki, Untuk Tiga Hari. Boleh rujuk laporan berita sumber Utusan Online

Boleh tonton trailer filem tersebut, dan dialog yang diungkap oleh Rashidi Ishak seperti berikut :



"Kita kahwin untuk tiga hari, Affin akan pegang pada janji Affin, hari kedua mesti kena bersanding, lepas itu selepas selesai majlis perkahwinan, hari ketiga, kita minta cerai"

Tapi isu itu sudah reda. Filem Untuk Tiga Hari tetap mendapat pujian dan seperti biasa filem arahan Afdlin Shauki pasti menarik. Dah mula ditayangkan di Astro First pun. Boleh lah langgan kalau belum tonton lagi.

Sekarang ni aku nak persoalkan tentang satu lagu yang makin popular pulak sejak akhir-akhir ni. Lagu dari kumpulan Ungu bertajuk "Sayang". Macam best je tajuk apatah lagi Ungu yang nyanyikan. Mesti HIT punya.

Cuma bila dengar chorus lagu tu, aku teringat balik kes dialog filem Untuk Tiga Hari. Sebab apa? cuba tengok bahagian chorus lagu ni sambil-sambil layan youtube.



Entah harus darimana ku memulai kata-kataku
Resah gelisah tak menentu, dari jauh lubuk hatiku
Bukan, bukan keinginanku tuk mencoba meninggalkanmu
Namun tak bisa ku jelaskan, aku takut menyakitimu

Berat rasanya, berat rasanya untuk
Ungkapkan kata meski melawan hati

Sayang maafkan aku ingin putus
Sayang maafkan kita harus putus

Persoalannya di sini :

Contohnya; Kalau nyanyi lagu tu dengan penuh emosi masa tengah driving petang-petang sambil isteri ada kat sebelah, apakah jatuh talak sebab seolah-olah nak mintak putus macam dalam lirik tu? Kena pegi Jabatan Agama tak? Apa korang rasa? Bahaya tak lagu yang mengandungi lirik-lirik macam ni? Jelas sungguh nak "putus".

Friday, February 26, 2010

Kalau Dah Keluar Surat Khabar, maknanya "Something's Wrong" lah tu

Maya Karin


Kenapa perkahwinan yang melibatkan selebriti selalunya bermasalah? Tak kiralah di Malaysia, mahupun di mana sekalipun. Pasti menjadi topik hangat di akhbar-akhbar dan majalah. Pada aku, bila keluar saja artikel mengenai isu perkahwinan artis, tak perlu lah berdolak-dalik lagi.

Seperti apa yang berlaku kepada Maya Karin. Baru-baru ini keluar artikel di MStar mengatakan dia cuba menafikan perkahwinannya bergolak dan masih baik seperti biasa. Kemudian tak lama selepas itu, nama Maya Karin terpampang di semua akhbar. Dia akhirnya mengaku sedang menghadapi pergolakkan dalam rumah tangga.

Tak lupa juga banyak lagi kes penceraian yang melibatkan selebriti. Di Hollywood misalnya, Angelina Jolie dan Brad Pitt juga sudah dikatakan akan mengakhiri ikatan perkahwinan mereka. Dalam persada sukan, pemain Chelsea Ashley Cole juga dikatakan sudah ditinggalkan oleh isterinya yang juga selebriti di UK, Cheryl Cole.


Ashley dan Cheryl, di ambang perpisahan akibat scandal


Berita seperti ini bukanlah bagus dan enak didengar. Sememangnya ia sesuatu yang tidak mahu dilalui oleh semua orang. Tapi aku berpendapat, kalau ada artis di Malaysia yang hendak kahwin selepas ini, tak perlulah dibuat besar-besaran sampai sponsor berjuta-juta. Kerana bila penceraian berlaku, ia pun dilaporkan besar-besaran di surat khabar. Tapi bila bercerai, ada ke orang nak sponsor itu ini?

Satu lagi, kalau rasa dah berkahwin tu..berpada-pada lah bila bekerja. Takkan nak berpakaian seksi, berpelukan, clubbing dan sebagainya kalau dah berkahwin. Mana lah tak jadi tekanan yang membawa kepada penceraian. Tengok Dato' Siti, Ziana Zain, Amy Mastura misalnya. Semua low-profile dan masih maintain tanpa kontroversi walaupun sudah berkahwin.

Amy Mastura, maintain comel je


Kesimpulannya, banyakkan berdoa supaya keluarga kita kekal bahagia dan minta dijauhkan segala bala bencana. Amin

SOURCE : MStar, TheStar, Google

Related Posts with Thumbnails