Showing posts with label JPOP101. Show all posts
Showing posts with label JPOP101. Show all posts

Friday, July 30, 2010

JPOP 101 : Def-Tech - Catch The Wave

Salam 1Jpop. Doudesuka minna? Genki kai? Lama pula tertinggal nak post tentang Japan. Malam ini aku terkejut mendapat tahu group yang aku minati ini dikatakan sudah break-up pada tahun 2007. Jadi aku mencari lagu favourite aku di youtube, untuk aku kongsikan dalam JPOP101 kali ini.

Lagu kali ini dari group yang digelar Def-Tech. Terdiri dari duo Shen dan Micro. Membawa genre muzik baru yang mereka namakan "Jawaiian Raggae" iaitu gabungan unsur Japanese, Hawaiian dan Raggae. Lagu mereka memang unik, sebab kombinasi lirik English dan Jepun. Seperti biasa ini lagu yang aku akan pilih bila ke karaoke zaman student dulu. Lagu "Catch The Wave" memang sesuai dinyanyikan tiap kali tiba musim panas. Lagu ini betul-betul membuatkan kitorang nak ke pantai. Biasalah musim panas cari sungai, cari pantai. Nak mandi. Tengok sajalah video clip lagu ini, memang best je layan ombak.

Def-Tech
Micro, Shen


Teruskan membaca untuk lirik lagu "Catch The Wave"

Friday, July 2, 2010

Lirik Lagu Aizdean Mou Ichido (One More Time)

アイズディーン
Aizdean

Selepas berulang kali dengar lagu "Mou Ichido" dari Aizdean ni, aku rasa best pula. Kena pula 2 hari tak ada World Cup kat TV. Dah lama tak dengar lagu Jepun baru sejak pulang ke Malaysia. Al-maklumlah, sukar nak dapat info. Lagipun kat youtube selalunya lagu Jepun terbaru sukar nak dapat sebab isu copyright. Jadi bila nama Aizdean ni "boom" kejap, aku pun mencari-cari lagu Aizdean. Yang ada official video clip hanyalah lagu "Mou Ichido" ini. Itu pun preview clip saja, short version. Tapi kalau nak tengok lagu-lagu lain, ada juga video live show Aizdean. 4 episode semuanya, selain video-video interview Aizdean dengan TV Jepun.

Lepas aku suka lagu ni, sudah pasti aku nak mencari lirik lagunya. Tapi aku gagal mencari, tak kira yang romaji ataupun dalam nihongo. Jadi aku pun fikir-fikir, cuba nak tulis balik lirik lagu ni. Dengan nihongo aku yang sudah berkarat ni, aku dapat juga tangkap sikit lagu "Mou Ichido" ni. Dah hafal pun. Haha.

Jom layan lirik lagu "Mou Ichido". Siapa pandai Nihongo boleh layan, dalam romaji pun ada. Cuma translation je aku belum buat. Kalau Aizdean baca ni, tolong betulkan lah kalau ada silap pada lirik lagu ini. Tapi aku rasa ok kut, sebab aku folo gerak mulut sambil taip..haha

+ + + + + + +

Lirik dalam Nihongo

さよならを言わないままに
君と二度と会えなくなった
あの時君と一緒にいれば
何かが変わったかな

突然過ぎて分からなくて
涙さえも出てこなかったんだ
僕には君しかいなかったのに
君は同だったんだろう

あぁぁ。。涙が
今更出てくるなんて

もう一度
君に会いたいよ。。苦しくなるよ
叶うなら。。僕は君だけを
守りたかったよ
君さえいれば
僕は何も要らない
Just one more time


Lirik dalam Romaji

Sayonara wo iwanai mama ni
Kimi to nido to aenakunatta
Ano toki kimi to isshoni ireba
Nanikaga kawattakana

Totsuzen sugite wakaranakute
Namidasae mo detekonakattanda
Bokuniwa kimi shika inakattanoni
Kimiwa doudattandarou

aaa..namidaga
Imasara detekurunante

Mou ichido
Kimi ni aitaiyo..Kurushikunaruyo
Kanaunonara..Boku wa kimi dake wo
Mamorikattayo
Kimi sae ireba
Boku wa nanimo iranai
Just one more time

+ + + + + + +

Next song dijangka hit dari Aizdean, "Show Me The Glory"
dari permainan video Far East of Eden

Thursday, July 1, 2010

Lagu Aizdean dengan Iringan Vuvuzela

Aizdean
(source here)


Aizdean. Satu nama yang makin meningkat popular dalam carian web di Malaysia. Sebab apa? Sebab dia seorang rakyat Malaysia yang berjaya mencipta nama di Jepun. Aku rasa tak ada lagi penyanyi dari Malaysia yang menjadi recording artist di Jepun. Aizdean dah kira mencipta rekod la nih. Aku terbaca tentang Aizdean beberapa hari sebelum keluar dalam suratkhabar. Ada di satu blog, kalau tak silap aku student Jepun gak.

Aku kaji punya kaji, sekali betullahh..Aizdean ni budak Malaysia weh! Lagu nyanyian Aizdean sudah didownload sebanyak 30,000 ribu kali kalau tak silap. Memang market "chaku-uta" kat Jepun tu hangat. Pantas je minah-minah Jepun tu download. Semua tu berbayar pulak. Tak mainlah curi-curi letak kat phone. Haha.

Lepas mendengar lagu "Mou Ichido", aku secara peribadi rasa ada unsur-unsur Exile yang best dalam lagu tu. Suara Aizdean pun best, dan kelebihan pada Aizdean berbanding kebanyakan artis Jepun ialah...sebutan English yang baik. Selalunya orang Jepun nyanyi mengada-ngada nak selit English words sebutir dua, tapi sebutan hancus (kecuali Kimura Takuya, Katori Shingo etc lah)

Apa pun, tahniah kepada Aizdean. Khabarnya sedang bercuti di Malaysia. Makanlah puas-puas segala macam nasi lemak semua tu. Bila pulang ke Jepun nanti harapnya dapat menaikkan nama Malaysia. Jaga la pemakanan, dan peminuman anda yer. Dunia entertainment di Jepun memang tough. Budak-budak study di Jepun sure faham, lifestyle artist dia sana sangat tough, mencabar dan banyak sangat fomaliti yang kena ikut.

Aizdeanさん、日本でがんばってください!!


Lagu 「もう一度...」- Aizdean (short ver.)
[ada version vuvuzela juga]

tekan dan dengar Aizdean dengan iringan vuvuzela!! Haha
(kena lihat video di website youtube)


+ + + + + + +



tengok interview Aizdean. Gila pera-pera Nihongo dia. Aku jeles betul tengok orang asing yang boleh berbahasa Jepun dengan fluent nih..hebat!! Tabik gila.

+ + + + + + +


Thursday, June 10, 2010

JPOP 101 : Asian Kung-Fu Generation - Kimi To Iu Hana

Salam. Makin rancak pula JPOP 101. Bukan apa, sejak akhir-akhir ini aku sering mainkan CD lagu-lagu dari Jepun dulu. Sampai ada yang sudah bercalar-calar. Ini satu lagi lagu yang best aku nak kongsi dengan semua. Lagu kali ini daripada band Asian Kung-Fu Generation, atau dikenali dengan "Ajikan". Kepada peminat anime Naruto mungkin sudah biasa dengar dengan nama kumpulan ini. Salah satu lagu mereka pernah menjadi opening song iaitu "Haruka Kanata". Tapi kali ini aku nak kongsi lagu bertajuk "Kimi To Iu Hana".

Aku makin suka lagu ini bila dengar chorus. Makin lama makin layan. Jadi terus jadi pilihan. Ini pun lagu yang menjadi playlist semasa karaoke di Jepun. Pendek kata, semua lagu yang aku kongsi di JPOP 101, semuanya ada dalam playlist. Hehe. Lagu "Kimi To Iu Hana" dikeluarkan hujung tahun 2002, kiranya masa aku tiba di Jepun lagu itu sedang hit.


アジアン・カンフー・ジェネレーション
Asian Kung-Fu Generation
Takahiro Yamada, Masafumi Gotoh (vokal), Kensuke Kita, Kiyoshi Ijichi


Videos tu.tv


Teruskan membaca untuk lirik lagu "Kimi To Iu Hana"

Tuesday, June 8, 2010

JPOP 101 : Glay - Beautiful Dreamer

Salam, Ohayo Minna! JPOP101 datang lagi. Selepas aku perkenalkan lagu pertama dari Funky Monkey Babies tempoh hari, kali ini aku nak introduce band yang sangat terkenal di Jepun. Semua mesti kenal dengan GLAY, bukan GLEE tau. Aku rasa ramai peminat band ini di Malaysia, terutamanya awek-awek sebab vokalist band ini memang "ikemen". Hehe

Lagu yang aku pilih ini bertajuk "Beautiful Dreamer" dan merupakan antara lagu yang paling kerap aku pilih bila pergi karaoke di Jepun. Lagu ini aku mula layan masa dikeluarkan tahun 2003 dalam bulan Oktober. Masa tu dekat time raya. Tahun pertama aku di Jepun. Layan habis lagu ini. Fast song, tapi sangat energetic. Video clip pun mantap. Aku sangat suka. Walaupun dah agak berkarat, tapi aku masih cuba nak ikut pace lagu ini tiap kali nyanyi dalam kereta.

GLAY JPOP101 From The News
グレイ | GLAY
Hisashi, Teru (vokalis), Jiro, Takuro


Sedikit info aku petik dari wikipedia.org mengenai band GLAY ini :

GLAY; sebuah band rock/pop dari Hokkaido, Jepun. Ditubuhkan oleh bekas gitarist Takuro dan penyanyi Teru ketika zaman sekolah 1988. GLAY membawa konsep lagu Rock dan Pop dan ada juga lagu menggunakan style yang berlainan seperti raggae. Sehingga tahun 2008, mereka telah menjual lebih 28 juta rakaman terdiri dari 40 singles dan 23 juta keping dari 14 album.


Beautiful Dreamer
Videos tu.tv


Teruskan membaca untuk lirik lagu Beautiful Dreamer

Saturday, May 29, 2010

JPOP 101 : Funky Monkey Babies - Lovin' Life

Mencari idea di hujung minggu. Semasa perjalanan pulang ke kampung tadi, aku layan balik segala CD yang aku "burned" dari Jepun dulu. Memang layan. Terkenang waktu-waktu student life dulu. Indahnya masa menjadi pelajar. Tambah-tambah lepas layan entri Lizz sebelum bertolak tadi. Kalau ada masa, teringin nak tulis tentang pengalaman sekolah juga.

Okay, sejajar dengan kenangan lagu-lagu JPOP (cewah), aku nak tambah satu spin-off daripada Nihongo 101, iaitu JPOP 101. Aku nak kongsi lagu-lagu JPOP kegemaran aku. Aku mungkin dah tak dapat nak update dengan lagu-lagu terbaru sebab dah lost contact dengan dunia hiburan Jepun. Jadi buat masa ini aku kongsi dulu lagu-lagu favourite aku. Mungkin ia bakal menjadi kegemaran korang juga.

Untuk JPOP 101 edisi pertama, aku nak kongsi lagu dari group Funky Monkey Babies bertajuk Lovin' Life. Lagu ini kalau tak silap waktu Januari 2007, 2 bulan sebelum aku grad. Memang berbunga-bunga lagu ini. Bunga sakura pula tu. Lagu ini bertemakan cinta sesuai dengan kehadiran musim bunga. Apa pun, layan dulu Lovin' Life!

ファンキー・モンキー・ベイビーズ
Funky Monkey Babies
Mon-Kichi, Funky Kato, DJ Chemical




Teruskan membaca untuk lirik lagu

Related Posts with Thumbnails