Lagu kali ini dari group yang digelar Def-Tech. Terdiri dari duo Shen dan Micro. Membawa genre muzik baru yang mereka namakan "Jawaiian Raggae" iaitu gabungan unsur Japanese, Hawaiian dan Raggae. Lagu mereka memang unik, sebab kombinasi lirik English dan Jepun. Seperti biasa ini lagu yang aku akan pilih bila ke karaoke zaman student dulu. Lagu "Catch The Wave" memang sesuai dinyanyikan tiap kali tiba musim panas. Lagu ini betul-betul membuatkan kitorang nak ke pantai. Biasalah musim panas cari sungai, cari pantai. Nak mandi. Tengok sajalah video clip lagu ini, memang best je layan ombak.
Def-Tech
Micro, Shen
Teruskan membaca untuk lirik lagu "Catch The Wave"

