Showing posts with label Mou Ichido. Show all posts
Showing posts with label Mou Ichido. Show all posts

Friday, July 2, 2010

Lirik Lagu Aizdean Mou Ichido (One More Time)

アイズディーン
Aizdean

Selepas berulang kali dengar lagu "Mou Ichido" dari Aizdean ni, aku rasa best pula. Kena pula 2 hari tak ada World Cup kat TV. Dah lama tak dengar lagu Jepun baru sejak pulang ke Malaysia. Al-maklumlah, sukar nak dapat info. Lagipun kat youtube selalunya lagu Jepun terbaru sukar nak dapat sebab isu copyright. Jadi bila nama Aizdean ni "boom" kejap, aku pun mencari-cari lagu Aizdean. Yang ada official video clip hanyalah lagu "Mou Ichido" ini. Itu pun preview clip saja, short version. Tapi kalau nak tengok lagu-lagu lain, ada juga video live show Aizdean. 4 episode semuanya, selain video-video interview Aizdean dengan TV Jepun.

Lepas aku suka lagu ni, sudah pasti aku nak mencari lirik lagunya. Tapi aku gagal mencari, tak kira yang romaji ataupun dalam nihongo. Jadi aku pun fikir-fikir, cuba nak tulis balik lirik lagu ni. Dengan nihongo aku yang sudah berkarat ni, aku dapat juga tangkap sikit lagu "Mou Ichido" ni. Dah hafal pun. Haha.

Jom layan lirik lagu "Mou Ichido". Siapa pandai Nihongo boleh layan, dalam romaji pun ada. Cuma translation je aku belum buat. Kalau Aizdean baca ni, tolong betulkan lah kalau ada silap pada lirik lagu ini. Tapi aku rasa ok kut, sebab aku folo gerak mulut sambil taip..haha

+ + + + + + +

Lirik dalam Nihongo

さよならを言わないままに
君と二度と会えなくなった
あの時君と一緒にいれば
何かが変わったかな

突然過ぎて分からなくて
涙さえも出てこなかったんだ
僕には君しかいなかったのに
君は同だったんだろう

あぁぁ。。涙が
今更出てくるなんて

もう一度
君に会いたいよ。。苦しくなるよ
叶うなら。。僕は君だけを
守りたかったよ
君さえいれば
僕は何も要らない
Just one more time


Lirik dalam Romaji

Sayonara wo iwanai mama ni
Kimi to nido to aenakunatta
Ano toki kimi to isshoni ireba
Nanikaga kawattakana

Totsuzen sugite wakaranakute
Namidasae mo detekonakattanda
Bokuniwa kimi shika inakattanoni
Kimiwa doudattandarou

aaa..namidaga
Imasara detekurunante

Mou ichido
Kimi ni aitaiyo..Kurushikunaruyo
Kanaunonara..Boku wa kimi dake wo
Mamorikattayo
Kimi sae ireba
Boku wa nanimo iranai
Just one more time

+ + + + + + +

Next song dijangka hit dari Aizdean, "Show Me The Glory"
dari permainan video Far East of Eden

Thursday, July 1, 2010

Lagu Aizdean dengan Iringan Vuvuzela

Aizdean
(source here)


Aizdean. Satu nama yang makin meningkat popular dalam carian web di Malaysia. Sebab apa? Sebab dia seorang rakyat Malaysia yang berjaya mencipta nama di Jepun. Aku rasa tak ada lagi penyanyi dari Malaysia yang menjadi recording artist di Jepun. Aizdean dah kira mencipta rekod la nih. Aku terbaca tentang Aizdean beberapa hari sebelum keluar dalam suratkhabar. Ada di satu blog, kalau tak silap aku student Jepun gak.

Aku kaji punya kaji, sekali betullahh..Aizdean ni budak Malaysia weh! Lagu nyanyian Aizdean sudah didownload sebanyak 30,000 ribu kali kalau tak silap. Memang market "chaku-uta" kat Jepun tu hangat. Pantas je minah-minah Jepun tu download. Semua tu berbayar pulak. Tak mainlah curi-curi letak kat phone. Haha.

Lepas mendengar lagu "Mou Ichido", aku secara peribadi rasa ada unsur-unsur Exile yang best dalam lagu tu. Suara Aizdean pun best, dan kelebihan pada Aizdean berbanding kebanyakan artis Jepun ialah...sebutan English yang baik. Selalunya orang Jepun nyanyi mengada-ngada nak selit English words sebutir dua, tapi sebutan hancus (kecuali Kimura Takuya, Katori Shingo etc lah)

Apa pun, tahniah kepada Aizdean. Khabarnya sedang bercuti di Malaysia. Makanlah puas-puas segala macam nasi lemak semua tu. Bila pulang ke Jepun nanti harapnya dapat menaikkan nama Malaysia. Jaga la pemakanan, dan peminuman anda yer. Dunia entertainment di Jepun memang tough. Budak-budak study di Jepun sure faham, lifestyle artist dia sana sangat tough, mencabar dan banyak sangat fomaliti yang kena ikut.

Aizdeanさん、日本でがんばってください!!


Lagu 「もう一度...」- Aizdean (short ver.)
[ada version vuvuzela juga]

tekan dan dengar Aizdean dengan iringan vuvuzela!! Haha
(kena lihat video di website youtube)


+ + + + + + +



tengok interview Aizdean. Gila pera-pera Nihongo dia. Aku jeles betul tengok orang asing yang boleh berbahasa Jepun dengan fluent nih..hebat!! Tabik gila.

+ + + + + + +


Related Posts with Thumbnails