Showing posts with label Glay. Show all posts
Showing posts with label Glay. Show all posts

Tuesday, June 8, 2010

JPOP 101 : Glay - Beautiful Dreamer

Salam, Ohayo Minna! JPOP101 datang lagi. Selepas aku perkenalkan lagu pertama dari Funky Monkey Babies tempoh hari, kali ini aku nak introduce band yang sangat terkenal di Jepun. Semua mesti kenal dengan GLAY, bukan GLEE tau. Aku rasa ramai peminat band ini di Malaysia, terutamanya awek-awek sebab vokalist band ini memang "ikemen". Hehe

Lagu yang aku pilih ini bertajuk "Beautiful Dreamer" dan merupakan antara lagu yang paling kerap aku pilih bila pergi karaoke di Jepun. Lagu ini aku mula layan masa dikeluarkan tahun 2003 dalam bulan Oktober. Masa tu dekat time raya. Tahun pertama aku di Jepun. Layan habis lagu ini. Fast song, tapi sangat energetic. Video clip pun mantap. Aku sangat suka. Walaupun dah agak berkarat, tapi aku masih cuba nak ikut pace lagu ini tiap kali nyanyi dalam kereta.

GLAY JPOP101 From The News
グレイ | GLAY
Hisashi, Teru (vokalis), Jiro, Takuro


Sedikit info aku petik dari wikipedia.org mengenai band GLAY ini :

GLAY; sebuah band rock/pop dari Hokkaido, Jepun. Ditubuhkan oleh bekas gitarist Takuro dan penyanyi Teru ketika zaman sekolah 1988. GLAY membawa konsep lagu Rock dan Pop dan ada juga lagu menggunakan style yang berlainan seperti raggae. Sehingga tahun 2008, mereka telah menjual lebih 28 juta rakaman terdiri dari 40 singles dan 23 juta keping dari 14 album.


Beautiful Dreamer
Videos tu.tv


Teruskan membaca untuk lirik lagu Beautiful Dreamer

Related Posts with Thumbnails