Showing posts with label GENEVA Motorshow 2010. Show all posts
Showing posts with label GENEVA Motorshow 2010. Show all posts

Tuesday, June 25, 2013

Peraduan Nama Siapa Hebat PROTON

 photo Screenshot2013-06-25at51508PM_zps4b35b980.png

Ahaaa!!

PROTON akan kembali dengan model serba baharu tahun hadapan!! Yaa tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Suku pertama 2014, bakal menyaksikan sebuah model kompak keluaran PROTON. Bersempena dengan model terbaharu tersebut, pihak pengurusan PROTON telah menganjurkan satu peraduan menamakan model tersebut! Tempoh peraduan selama sebulan bermula hari ini dan menawarkan hadiah-hadiah lumayan sehingga RM120,000. Termasuklah hadiah utama sebuah kereta kompak terbaharu proton!

Apa lagi, ini lah peluang nak menang kereta secara percuma. Hantarlah seberapa banyak penyertaan sekalipun. Tak dapat kereta, HTC One pun ok apa? hahaha

Yang pastinya, kereta ini direka untuk menepati kehendak EURO NCAP 5 bintang. Kerangka yang diperkuatkan dengan teknologi hot press forming (seperti Preve), dan dilengkapi banyak ciri-ciri terbaru yang belum ada pada model PROTON sebelum ini. Memang dasat!

Apa lagi? Jom kita bagi nama!!

 photo Screenshot2013-06-25at51454PM_zps1166d531.png
Hadiah-hadiah lumayan ditawarkan

Tuesday, March 2, 2010

(VIDEO) Lagi Info Tentang Kereta Konsep Hybrid PROTON E-MAS

Kalau ada yang skeptik dengan melihat gambar, kali ini ada video pula. Ini video presentation dari Italdesign Guigiaro. Terdapat info-info mengenai kereta konsep ini dan CGI kereta itu. Aku cukup teruja hari ini dengan berita kereta hybrid PROTON ini. Sampai 3 entry hari ini berkenaan hal yang sama! Apa boleh buat, aku bangga jadi rakyat Malaysia!

Video dari Italdesign Guigiaro via Paultan.org




SOURCE : paultan.org

Gambar Terkini Kereta Konsep Hybrid PROTON : E-MAS!

Kereta konsep PROTON sudah pun dirasmikan di Geneva Motorshow 2010 oleh Tun Dr. Mahathir beberapa jam lalu. Kolaborasi antara PROTON, Italdesign Guigiaro dan LOTUS Engineering telah menghasilkan sebuah kereta konsep hybrid yang bercirikan "city driving". Walaupun nampak "compact" tetapi jika dilihat secara bandingan di dalam gambar, ia sebenarnya besar.

Kereta ini diberi nama E-MAS. Iaitu akronim untuk Eco Mobility Advance Solution. Tapi aku rasa ia bermaksud lebih dari itu. Ia merupakan anak "emas" PROTON yang terbaru. Ia merupakan E-MAS, yang boleh membawa maksud Electric Malaysia. Aku masih teruja dengan perkembangan ini. Tak sabar nak menontonnya secara live di tv.

Tahniah PROTON! Semoga ia menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Lebih info terkini tentang PROTON EMAS di website PROTON Concepts

Nota : Gambar diambil dari laman Paultan.org (sila layari Paultan untuk lebih banyak gambaran "Live" dari Geneva)

Tun sedang membuka kain penutup kereta E-MAS

Salah satu variant, EMAS Country (ala SUV)

Tun nyata nampak gembira dengan EMAS

PROTON vs The World at Geneva Motorshow 2010



Countdown di laman web PROTON Concepts

Gambaran terkini di Geneva, masih "under cover"

Dalam masa beberapa jam lagi, satu sejarah akan tercipta dalam industri automotif negara. Pengeluar kereta nasional Malaysia, PROTON dengan kerjasama Italdesign Giugiaro dan LOTUS Engineering bakal mempamerkan kereta konsep hybrid pertama negara. Daripada respon di blog dan forum-forum automotif, ternyata rakyat Malaysia teruja dengan langkah berani PROTON menyertai Geneva Motorshow 2010 bermula 2hb Mac.

Teruskan membaca..


Related Posts with Thumbnails